Monday, February 9, 2009

Isu Rumah Retak Di Taman Bakri Maju

Saya telah meninjau permasalahan penduduk di Taman Bakri Maju yang mengalami keretakan dan masalah rumah berhabuk. Penduduk telah meluahkan rasa tidak pusahati ke atas pemaju projek pembinaan 500 buah rumah Maktab Teknik Polis Bakri. Penduduk telah membuat laporan akhbar dan meminta bantuan dari ahli parlimen Bakri Er Teck Hwa bagi menangani permasalahan ini.

Saya telah berjumpa dengan wakil pemaju bahawa tindakan yang mereka telah ambil adalah menyiram air sepanjang jalan bagi mengelakkan ia berdebu dan mengurangkan kelajuan pemanduan. Pemaju juga tiada alternatif bagi laluan ke tapak projek.

Saya telah berjumpa dengan penduduk di kawasan tersebut yang menyatakan rasa kecewa dan tidak puas hati kerana selaian rumah retak, habuk beterbangan, ancaman keselamatan penduduk dan gangguan bising. Saya telah berhubung dengan Pengerusi JPMM di Kawasan Sungai Abong supaya penduduk membuat laporan kepada pusat khidmat manakala Ahli Parlimen Bakri yang saya hubungi tidak menjawab panggilan telefon saya.

Pada pandangan saya, perlulah satu dialog diadakan diantara pihak penduduk, Majlis Perbandaran, Maktab Teknik Polis, Wakil Rakyat, Syarikat Pemaju, Jabatan Perparitan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah Muar.

No comments: