Thursday, September 10, 2009

BERBUKA PUASA DGN ORANG ASLI






Tahniah kepada YB. Dr. Shahrudin selaku ADUN Jorak yang prihatin kepada masyarakat orang asli kampung Tambak Dapor yang hanya 22 buah rumah terletak di pedalaman Jorak. Bersebelahan dengan Parlimen Bakri, Kampong Tambak Dapoor adalah kampung tradisional orang asli yang tidak beragama Islam. Mereka mengamalkan upacara ritual dan kepercayaan animisme. Dengan kedudukan yang jauh ke pedalaman, mereka tidak mempunyai bekalan air dan elektrik dan tiada talian telefon termasuk selular. Kedudukan mereka yang jauh telah memberikan keprihatinan YB yang menganggap ada hak yang perlu diberikan kepada masyarakat orang asli ini.

Dengan semangat yang tinggi, kami berempat dari kawasan Bakri juga menjejaki masyarakat ini dengan turut serta dalam majlis penyampaian cenderahati, ucapan, berbuka bersama dan solat berjamaah (ahli rombongan sahaja). Kehadiran kami dirasakan cukup diminati dan mereka melihat keprihatinan YB telah menyentuh perasaan mereka. Dalam ucapan YB beliau berusaha untuk membawa Timbalan Perdana Menteri ke kawasan ini bagi melihat sendiri nasib kaum orang asli dan berusaha untuk memberikan kelengkapan hidup mereka termasuk bekalan air, elektrik dan talian telefon.

Kami sempat juga bergambar dengan keluarga orang asli yang rumahnya kecil dibuat dari kulit kayu, namun mereka juga memiliki motosikal untuk berulang ke pekan.

No comments: