Sunday, September 13, 2009

Pemimpin Perlu Menjaga Rakyat

Kenyataan Datuk Seri Najib amat bertepatan sekali apabila beliau berkata “apa makna popular dikalangan parti tetapi tidak popular dikalangan rakyat” bukan hanya jaga perwakilan sahaja untuk mempastikan kedudukan kuasa tetapi yang mustahak adalah kehendak rakyat dibawah jajahannya dapat dipertahankan. Kenyataan beliau amat bertepatan dan perlu disedari oleh pemimpin UMNO baik di peringkat cawangan, bahagian, perhubungan mahupun pusat, baik pemuda, puteri mahupun wanita.

Sayang sekali, apabila seseorang pemimpin parti tidak sanggup turun ke bawah kerana takut duitnya habis dikikis oleh orang bawah. Ini adalah persepsi salah dan takut dengan baying-bayang sendiri. Apabila seseorang itu naik memegang jawatan dan mempertaruhkan wang dalam merebut jawatan, inilah yang menghantui dan membayangi dirinya. Mereka menggunakan duit untuk mendapatkan kerusi, berbelanja ratusan ribu ringgit malah jutaan ringgit untuk dapatkan kuasa, ketika bertanding ia sanggup turun ke bawah, sanggup bersengkang mata, sanggup menelefon perwakilan hingga pagi, sanggup memberikan senyuman hipokrit, sanggup memberikan kebahagian termasuk hiburan, keseronokan dan rasuah. Inilah pemimpin yang bertopengkan wajah UMNO, kononnya ia menang secara halal, ia menang kerana popular, ia menang kerana ingin menabur kebaktian.

Kemenangan yang ada pada dirinya, telah tersemat satu tanggungjawab yang besar iaitu mendahulukan rakyat, mendahulukan ahli-ahlinya dan mendahulukan orang ramai. Tetapi sebaliknya apabila menang atau tidak menang, ia sukar dihubungi, tidak nampak kelibat diakar umbi, tidak tersenyum melebar, kehadiran ke cawangan kerana ada permintaan, kehadiran ke bawah kerana ada program rasmi, kehadiran ke akar umbi kerana untuk mencukupkan syarat bahawa dialah pemimpin yang mesra kepada rakyat. Pemimpin ini sedang sibuk mencari modal jutaan ringgit yang telah dikeluarkan, menggantikan balik overdraf yang dicagarkan, membayar balik pinjaman peribadi di bank, mendapatkan tenbder-tender kerajaan kelas A, nah apa yang berlaku bila projek dijalankan, untung sehingga 40% maka jahanamlah projek tersebut sepertimana runtuhnya stadium Terengganu, seperti retaknya makmal computer, apa tidaknya menjadi kontraktor besar tidak diukur dari segi akademik, hanya ada modal dan kelulusan SRP sudah cukup untuk menjadi kontraktor untung atas angin dan sekapal.

Inilah kesilapan pemimpin UMNO pada hari ini, kesilapan yang sukar untuk ditangani jika tidak melakukan anjakan peribadi, kesilapan yang perlu satu ubat mujarab yang hebat. Ini kerana mereka naik tidak berasaskan ilmu pengetahuan, ilmu agama, ketokohan berucap, ketokohan berpidato, berpendidikan rendah, mempunyai integriti yang lemah, mempunyai moral yang hina dan tidak menunjukkan akhlak terpuji dihadapan masyarakat. Sayang sekali tokoh ini mempunyai nafsu besar yang dia tidak sedar bahawa nafsu itulah yang akan merosakkan UMNO. Dia tidak sedar bahawa keinginan untuk menjadi wakil rakyat adalah satu penghinaan amanat rakyat, hanya kerana berlambangkang logo BN, dia menyembunyikan watak buruknya.....akhirnya BN tertewas kerana soal calon yang hina budi pekerti dan integrity yang baik...apa jadi dengan calon Permatang Pasir, apa jadi dengan calon Kuala Terengganu, apa jadi dengan calon Bukit Gantang kecuali calon di Manek Urai sahaja yang terselamat. Apa jadi kalau kalah berturut-turut maka perang psikologi pembangkang telah mereka menang, namun tidak insaf lagi termasuklah yang berlaku di UMNO Bahagian Teluk Kemang yang seolah-olah mereka tidak faham tentang signal penduduk. Bukan kesetiaan yang tidak bertempatan, bukan keakuran yang salah tetapi apa yang mustahak adalah meletakkan sesuatu di tempatnya...inilah yang dikatakan orang yang adil dan bukan orang yang zalim....Sewajarnya mereka sedar akan kehendak Timbalan Perdana Menteri bahawa mereka memerlukan calon yang ramai untuk dinilai, bukan takut dengan ketua....ingatlah orang lain melihat, satu dunia melihat, namun barisan kepimpinan tidak sedar lagi, saya percaya kesetiaan yang ditunjukkan bukan ikhlas dihati, namun hati berdetik dikalangan pemimpin kawasan...tiada orang lainkah yang boleh menggantikan, adakah seorang pemimpin itu perlu mendongak ke langit....ingat sejarah Datuk Z di Klang...kesnya masih belum selesai, cerita politik akan diingati, namun orangnya sudah tiada...

Wahai sahabatku sekalian, kenyataan Datuk Seri Najib itu amat penting dan amat memerlukan tindakan kita, usah hanya bercakap kawasan lain, tetapi renung-renunglah keadaan kawasan sendiri.

No comments: