Tuesday, September 8, 2009

Pemilihan Calon Di Bagan Pinang

Pilihanraya kecil lagi....itulah luahan daripada jentera BN yang sering berhadapan dengan pilihanraya kecil, 6 kali bertanding hanya 1 menang dan 1 tidak bertanding, yang menang disebabkan ianya kerusi BN iaitu Batang Ai dan kedudukannay di sarawak yang memang sukar jentera PKR nak sampai.

Tapi kali ini berbeza dengan Batang Ai, kedudukan Bagan Pinang di Parlimen Teluk Kemang yang dilihat 3 kerusi dimenangi pembangkang iaitu 2 PKR (DUN Chuah dan DUN Port Dickson) manakala 1 kerusi DAP (DUN Lukut)sedangkan BN hanya menang 2 kerusi iaitu Bagan Pinang dan DUN Linggi. Kemenangan pembangkang 3 daripada 5 DUN di Teluk Kemang kerana pengundi bukan Melayu lebih ramai di kawasan tersebut jika dibandingkan di DUN Bagan Pinang dan DUN Linggi.

Jika dilihat jumlah pengundi di Bagan Pinang adalah 13,964 iaitu Melayu 64%, Cina 10.8%, India 20.4% dan lain-lain 4.9%. Persoalannya, daripada jumlah undi kita dah tahu kemana undi-undi akan dibahagikan. Katakanlah saya ambil pengundi Melayu, ia pecah kepada 2 iaitu BN dan PR. Jika BN pecah lagi iaitu penyokong calon dan bukan penyokong calon. Jika PR pecah lagi akan mengundi PAS atau PKR namun ia tetap memberi undi kepada calon PR. Jika dari sudut undi Cina kita boleh pecahkan iaitu penyokong MCA dan PR. MCA pula pecah kepada 2 ikut presiden dan ikut timbalan presiden, namun MCA hardcore akan beri pada calon BN. Jika kaum cina yang menyokong PR tetap tidak berubah dan kumpulan ini adalah teramai. Jika masyarakat India pula terpecah kepada beberapa kumpulan kalau BN ia lihat MIC atau PPP. MIC Pula berpecah-pecah group Presiden dan group Datuk S. Subramianiam.

Namun diketengahkan beberapa isu yang penting untuk melihat keadaan calon. Tan Sri Isa yang disebut-sebut mempunyai beberapa isu namun yang popular adalah beliau disabitkan dengan politik wang. Isu perarakan kepala lembu, isu kononnya rampasan kuasa di Perak, isu pemindahan kuil,isu kerajaan korupsi dan umno rasuah dan isu moral calon. Kehadiran kereta-kereta mewah sepanjang pilihanraya, gaya-gaya mak datin akan memuakkan lagi pengundi untuk mengundi BN. Sokongan kumpulan Tan Sri Isa Samad dan sokongan Datuk Seri Mohamad Hasan juga boleh mengecilkan sokongan BN. Faktor moral amat penting, inilah yang berlaku di DUN Manek Urai yang mana BN menengahkan calon yang mempunyai moral yang baik telah berjaya mengurangkan majoriti pembangkang yang cukup besar, namun kerana calon PAS iaitu Mohd Fauzi Abdullah yang dilihat mesra rakyat, cara kampung dan hubungan baik dengan orang ramai telah menyelamatkan beliau. Jika dibandingkan dengan calon di Permatang Pasir iaitu Rohaizat Othman isu moral dan peribadi menyebabkan beliau dan jentera BN turut letih dan tidak mampu menangkis serangan bertubi-tubi pembangkang.

Di dalam hal ini, apa yang penting bukanlah seseorang itu yang memiliki jawatan tertinggi di dalam parti diberikan tempat, namun yang paling mustahak ia disenangi oleh semua pihak baik di dalam UMNO/Bn mahupun di luar UMNO/BN. Ambillah pandangan akar umbi termasuk ketua-ketua cawangan, NGO, jabatan kerajaan dan juga risik-risik kepada pembangkang. Apa yang penting calon tersebut tinggi moralnya, mempunyai rekod kerja yang baik, mempunyai personaliti yang baik serta hubungan mesra rakyat. Faktor calon amat penting kerana ia boleh dianggap penentu kemenangan BN. Jika faktor BN, Dato' Seri Najib dan Tan Sri Mahyudin telah bertungkus lumus mengangkat kerajaan bertambah baik dengan konsep 1Malaysia, malah ekonomi negara dalam keadaan baik serta mendapat pengiktirafan di luar negara.

Namun eksploitasi pembangkang tidak melihat kebenarang di dalam menitik BN, apa yang penting rakyat dikelirukan dengan fakta songsang fan rakyat dibuaikan dengan janji-janji kesenangan. Lihatlah ceramah pembangkang, mereka meletakkan kepentingan rakyat Malaysia lebih tinggi jika dibandingkan perjuangan BN iaitu kaum didahulukan. Malah pembangkang berjaya membentuk pemikiran kelas konflik iaitu rakyat bawahan dengan rakyat atasan, golongan miskin dan golongan elit kaya. Inilah perjuangan PR yang membawa teori karl marx iaitu sistem komuniti atau sistem komunis....

4 comments:

halimzakaria said...

Tahniah akhirnya anda mengkaji pasal politik hari ini. Itu satu percapaian yang bagus. Saya pun begitu juga demi Agama, bangsa dan negara kini dan akan datang.

Pada pemikiran saya :
Cara yang terbaik ialah melalui wujudkan syariat islam dalam kepimpinan.


Sabda Nabi SAW,

“Sungguh akan datang pada manusia suatu zaman, di mana yang ada atas kalian adalah pemimpin-pemimpin yang bodoh (umara sufaha) yang mengutamakan orang-orang yang jahat dan mengalahkan orang-orang yang baik di antara mereka, dan mereka suka menunda-nunda solat keluar dari waktu-waktunya. Maka barangsiapa di antara kalian yang mendapati pemimpin-pemimpin seperti itu, janganlah sekali-kali dia menjadi kakitangan (’ariif), atau menjadi polis, atau menjadi pemungut, atau penyimpan harta.” [Musnad Abu Ya’la, 3/121; Ibnu Hibban no 4669].

Dalam hadis lain juga ada disebut ( lebih kurang sama ),

“Akan ada pada akhir zaman para pemimpin yang zalim, para menteri yang fasik, para hakim yang khianat, dan para fuqaha yang pendusta. Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapati zaman itu, janganlah sekali-kali dia menjadi pemungut harta mereka, atau menjadi kakitangan mereka, atau menjadi polis mereka.” [HR Thabrani].

Berharap ianya berguna untuk anda.

MOHD RADZI BIN HJ. AMIN said...

Saya setuju melalui syariat Islamlah negara kita ini akan menjadi aman, toleransi dan memahami kepentingan dan hak masing-masing. Namun apabila pemimpin itu meletakkan syahwatnya diatas maka kerosakanlah yang akan menanti, peliknya mereka tidak sedar malah mereka menganggap merekalah pejuang agama walhal hanya sedikit agama yang dibawanya, tetapi malang lagi bila ada dikalangan pemain politikus ini menggunakan agama untuk survival politik mereka.....apa yg mustahak, saya, saudara, kawan2 kita terdekat dapat meletakkan yang hak kepada haknya dan yg bathil kepada bathilnya,,,

halimzakaria said...

Saya setuju pendirian anda.

halimzakaria said...

Wahai Saudaraku Radzi, bila sebulan kita berpuasa menahan segala nafsu dengan penuh kesabaran dari hati ke jiwa kita. Inilah masanya kita mengenal erti bukti persahabatan, jihad demi islam, bangsa dan negara sempena Ramadhan yang mulia ini. Ambang PRU13 tidak jauh lagi akan tiba lagi, jadikan iktibar politik di pemerintahan negeri Jepun baru-baru ini dan zaman kejatuhan khalifah ( islam ) pada tahun 1924