Wednesday, April 8, 2009

Rakyat Mahu Melihat Perubahan BN

Pemimpin BN khususnya UMNO sedang diperhatikan oleh rakyat apakah transformasi-transformasi yang ingin dilakukan khususnya selepas perhimpunan agung UMNO dan penyerahan kepimpinan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Gandingan Najib Muhyiddin sudah dipastikan akan membuat perubahan tersebut bagi memastikan kelangsungan politik UMNO akan terus kukuh dan berkekalan dalam menjadikan UMNO terus relevan dan diminati oleh rakyat khususnya golongan muda.

Pemimpin UMNO dan komponen BN seharusnya menolak golongan badut politik yang tidak memberikan jawapan yang tepat tentang kehendak akar umbi atau sekeliling, mereka hanya melaporkan perkara-perkara yang sedap didengar kepada bos mereka. Transformasi yang amat penting sebagai pemimpin UMNO adalah mereka yang mampu memberikan maklumat dan fakta yang tepat kepada rakyat. Bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin yang benar tambahan lagi dalam krisis UMNO yang sedang melanda.

Rakyat pada hari ini bijak menilai, mereka tidak lagi perlu disogok dan jika disogok pun mereka sudah ada orang atau parti mana yang ingin dipilih. Sikap dan tingkalaku pemimpin UMNO yang menjengkelkan amat memberi kesan terhadap sokongan. Pemimpin di peringkat kawasan amat penting sebagai imej hamba kepada rakyat bukan raja bertakhta di hati.

Bagaimana pemimpin UMNO mahu menarik golongan muda untuk memberikan sokongan kepada UMNO. Mereka sudah pastinya tahu apakah kehendak golongan muda khususnya golongan muda profesional dan berpendidikan. Mereka tidak mahu apa kecuali penyelesaian konflik pucuk pimpinan dapat diselesaikan bagi menjadikan mood pemuda kepada BN akan meningkat. Imej mereka amat penting bagi memastikan ia adalah role model yang berintegriti.

Parti MCA dan MIC amat penting untuk sama-sama melakukan transformasi, mereka perlu ingat bahawa hari ini mereka tidak hanya disokong oleh ahli parti dalam memastikan pakatan BN akan terus kukuh, mereka seharusnya memberikan tumpuan kepada rakyat Cina dan India . Segala permasalahan mestilah dibawa kepada mesyuarat BN di semua peringkat terutamanya di peringkat Bahagian kalau isu tempatan, di peringkat negeri kalau ia masalah negeri dan di peringkat nasional jika ianya isu nasional atau isu akar umbi yang tidak dapat diselesaikan. Jika rujuk kepada kekalahan BN di Bukit Gantang, di mana sokongan kaum Cina, daripada 15,000 pengundi Cina hanya 1,500 pengundi sahaja yang menyokong BN. Adalah amat penting pendekatan dan transformasi segera dilakukan oleh MCA dan MIC bagi membolehkan ia mendapat tempat di dalam kabinet.

2 comments:

SBB said...

BN khususnya UMNO perlu berubah pada kadar segera sebelum PRU 13.UMNO jika masih kekal dengan sifat,persepsi & konotasi sedia ada dibimbangi hanyut ditelan gelombang gerobolan proletariat yang inginkan perubahan.

MOHD RADZI BIN HJ. AMIN said...

terima kasih atas pandangan saudara, sudah tiba masanya pemimpin UMNO mengukur tahap kepimpinan dirinya untuk agenda perjuangan bangsa