Monday, June 8, 2009

CADANGAN MEWUJUDKAN KERAJAAN PERPADUAN

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada perwakilan PAS yang telah berjaya mengekalkan kumpulan ulama' di dalam tampuk kepimpinan parti. Jika dilihat pada muktamar tersebut wujud 4 golongan di dalam PAS iaitu golongan ulama, golongan erdagon, golongan aktivis dan golongan bukan Islam yang timbul kesan daripada pilihanraya ke 12.
Pada pandangan saya, kemengan Ust. Nasharudin amat penting kerana ingin memastikan survival parti PAS yang ingin menegakkan Islam akan terus bertahan, kukuh dan ampuh dalam menghadapi tekanan politik yang tidak menentu. Kemenangan ini juga dilihat PAS masih lagi mengekalkan golongan ulama. Ini kerana bagi saya mengapa golongan 3 lagi tidak mendapat tempat di dalam PAS khususnya Datuk Husam dan Hj. Mohd Sabu, ini kerana perwakilan yang dipilih bagi setiap kawasan adalah dikalangan mereka yang senior di dalam parti iaitu mereka yang mementingkan perjuangan Islam daripada perjuangan individu dan golongan profesional yang menjadi perwakilan adalah tidak ramai.
Berbalik kepada cadangan presiden untuk mewujudkan kerajaan perpaduan. Bagi saya amatlah bertepatan, bersesuaian dan perlu bagi mengadakan kerjasama antara PAS - UMNO. Di dalam keadaan perpaduan Melayu Islam yang tidak menentu, jelas sekali UMNO sebagai parti abang sanggup mewujudkan kompromi dalam memastikan perjuangan asal menegakkan bangsa, Islam dan Malaysia akan tercapai. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Dato' Hadi, Ust. Nasharudin dan ulama muda Nasrudin Tantawi serta mereka yang mendokong pemikiran ini kerana inilah masa yang paling sesuai untuk mewujudkan kerjasama antara UMNO-PAS.
Persoalannya....sejauhmanakah keberanian PAS sebagai parti dalam pakatan rakyat untuk berterus terang dengan PKR dan DAP, adakah benar-benar PAS adalah sebuah parti dominan di dalama Pakatan Rakyat, adakah wujud perjanjian-perjanjian politik antara mereka, apakah bentuk kerjasama yang ingin dijalinkan, adakah kerajaan perpaduan atau kerjasama perpaduan dan pelbagai lagi persoalan yang terarah kepada kerajaan perpaduan.
Sebagai anak muda di dalam UMNO, saya melihat tidak mustahil kerjasama ini dapat dijalinkan, harapan kami inginkan kita berbaik-baik dan berpadu tenaga secara kolektif membawa Malaysia sebuah negara Islam yang harus dicontohi dalam semua aspek tanpa meninggalkan atau merendahkan kaum dan agama lain yang berada di Malaysia ini. Oleh itu, golongan ulama PAS dan UMNO, golongan profesional PAS dan UMNO, aktivis UMNO dan PAS dan golongan bukan Melayu di dalam BN dan Pakatan Rakyat haruslah melihat sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang tanpa menggadaikan nasib sebuah negara bernama Malaysia.

No comments: