Sunday, August 7, 2011

KECEWA DENGAN USAHA PEMURTADAN ORANG ISLAM

Sebagai seorang muslim, amat tersentuh dihati apabila usaha membaptiskan orang Islam di Malaysia ini begitu aktif sekali sehingga ramai dikalangan anak-anak Melayu kita yang beragama Islam telahy berada dipersimpangan dan akhirnya boleh menjerumus diri mereka untuk mengikuti ajaran baru mereka.

Kerana kemiskinan telah menyebabkan golongan ini memilih jalan singkat dengan menerima pelawaan dan bantuan yang diberikan oleh badan ngo yang bergerak atas arahan gereja. Golongan ini mendapat bayaran sebanyak RM 200.00 sekepala bagi anak-anak mereka, mendapat bantuan lain seperti bantuan sara diri sekeluarga, bantuan tuisyen percuma, bantuan perlindungan, menyanyi dan bergembira bersama pastor yang diberikan tanggungjawab. Malah golongan ini telah mula berani membezakan antara Muahamad dan Isa dalam konsep akidah.

Terlalu banyak usaha untuk memesongkan akidah umat Islam, pelbagai penghinaan dilakukan ke atas umat Islam sedangkan sedikit pun umat Islam tidak melakukan provokasi mahupun sabotaj kepada agama Kristien. Antaranya meletakkan lambang salib di sejadah, meletakkan lambang salib seolah olah lambang masjid di dalam lukisan, hiburan, pakaian,makanan dan pelbagai lagi unsur yang menyelitkan soal akidah.

Apa yang saya hendak lontarkan, sejauhmanakah akidah umat Islam pada hari ini sehingga mereka boleh terbwa-bawa dalam soal akidah yang sangat penting daripada duit yang mereka terima. Nilai iman yang ada pada diri mereka amat genting sekali sehingga menerima apa sahaja ketika dirinya ditimpa musibah. Saya menyeru dan meminta kepada semua pihak iaitu :

a. Ibu bapa : didiklah anak mereka dengan penuh keislaman, untuk itu ibu bapa perlu Islam terlebih dahulu, menerangkan soal kimanan, ketauhidan, soal rasul, soal alam akhirat, soal syurga neraka, soal sejarah kewujudan manusia, dalam anak-anak dengan al quran, dedahkan mereka dengan al hadis, bawa mereka ke masjid, bawa anak ke kelas agama. semak solat anak, uji minda anak dengan ketauhidan kerana anak itu ibarat kain putih.

b. Suami : Kepada mereka yang bergelar suami, jangan abaikan isteri dan anak-anak yang Allah amanahkan kepada kita, jaga isteri dan anak jangan sampai penceraian. Ini kerana banyak berlaku kebanyakan mereka yang bercerai mengalami masalah kewangan dan akhirnya memilih untuk menerima bantuan gereja. Kepada suami juga, bawalah anak-anak ke masjid untuk dapatkan suasana Islam dan pengetahuan Islam, ingatlah wahai suami, anda akan ditanya di akhirat kelak dengan tanggungjawab yang telah diberikan.

c. Kerajaan : kepada petugas-petugas JKM, pastikan bantuan yang sepatutnya diberikan perlu diteruskan, jangan hentikan selagi anak-anak mereka masih bersekolah, selagi ibu atau bapa masih tidak berupaya untuk menyaara diri, tanya betul betul pada penerima adakah ia telah bersedia untuk terus berdikari atau tidak, permudahkan permohonan dan percepatkan proses, selitkan sekali dengan unsur keagamaan kepada kumpulan ini, jangan hanya beri makana sahaja tetapi bawalah sekali kitab-kitab yang boleh dibaca, ini kerana orang miskin terlalu dekat dirinya dengan tuhan berbanding orang kaya. Saya juga minta agar penguatkuasaan jabatan agama perlu ditingkatkan, membuat semakan di gereja daerah masing-masing, jika berlaku ambil tindakan segera dan minta jasabaik dari pihak geraja agar tidak meneruskan usaha untuk melamar umat Islam masuk ajaran mereka. Juga berlaku di hospital, ketika ada insan yang sedang nazak di atas katil hospital, ada paderi yang datang untuk menarik mereka ke jalan agama mereka, inilah bahaya jika kita tidak tangani bersama.

d. Parti politik : Kepada parti UMNO, PAS dan PKR yang beragama Islam, jangan tunduk pada tekanan politik sahabat, ini soal akidah, kita semua akan dipertanggungjawabkan, hendaklah bersatu demi Islam yang tercinta, bersifat tegas dalam isu murtad.

P.S : Semoga kalian semua yang beragama Islam akan diselamatkan diri dan keluarga dari ditimpa kebinasaan. semoga kita terus berpegang teguh pada kalimah toyibah...hidup kita mati kita hanya untuk Allah yang satu

1 comment:

UBAH ATAU REBAH (UAR) said...

Kaedah pelaksanaan mereka adalah mudah - ianya adalah sebahagian dari pelan untuk mempersiagakan konsep sama rata mengikis identiti bangsa di kalangan rakyat yang turut diunjurkan ke arah usaha memelayukan dap sebagai teras dalam menarik minat lain-lain bangsa untuk berjuang bersama parti yang senadi dengan pap di singapura. jesteru tidak hairanlah jika kita dhidangkan dengan santapan berita cubaan untuk memurtadkan orang islam yang amat menjelekkan itu ...