Wednesday, December 8, 2010

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENEMPATAN (CF) UNTUK PROJEK PARLIMEN BAKRI

Pada 6 Dis 2010, UMNO Bahagian Bakri bersama Pejabat Daerah Muar telah mengadakan majlis penyampaian sijil layak menduduki bagi 3 projek yang diperuntukan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri menerusi permohonan yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Bakri. Antara projek yang diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri adalah :
a. Menaiktaraf Mess Pegawai PGA Bakri
b. Pembinaan Jalan di SRJKC Chin Terh Bakri
c. Pembinaan Pentas Budaya Parit Tengah Air Hitam
Kesemua projek tersebut telah pun siap dilaksanakan pada bulan 8 dan majlis yang diadakan pada tarikh tersebut adalah penyerahan sijil kepada penerima-penerima projek. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Penolong Pegawai Daerah iaitu Tn. Hj. Zainal Eran yang mewakili Pegawai Daerah Muar, ucapan YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali selaku ADUN Bukit Naning dan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Saipolbahari bin Hj. Suib selaku Ketua UMNO Bahagian Bakri. Di dalam ucapan CADO adalah projek ini yang dilobi sendiri oleh Dato' Saipol ketika TPM hadir ke Bakri, sebanyak, menyentuh tentang pembangunan PIA dan PIAS yang akan dijalankan pada Januari 2011 dengan peruntukan sekitar RM 1 juta.

ADUN Bukit Naning juga menyentuh inilah keprihatinan kerajaan Barisan Nasional yang memberikan peruntukan kepada kawasan-kawasan yang memerlukan, marilah kita bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan keamanan dan kemakmuran dalam negara Malaysia, memuji sistem penyampaian negara yang melaksankan transformasi yang diperlukan dalam mencapai objektif 1Malaysia,memuji kepada Dato' Saipol yang melaksanakan sebahagian tugas Ketua Bahagian dengan membawa projek di Bakri termasuk membina masjid Kampung Parit Tengah dan mendapatkan projek-projek untuk rakyat. Namun beliau menyentuh apakah yang kita perolehi daripada ADUN dan Ahli Parlimen pembangkang yang menang, langsung tidak ada projek pembangunan yang kita perolehi, hanya melawat sahaja dengan tangan kosong dan terus berpolitik menghentam kerajaan. Oleh itu beliau berharap pada masa akan datang pengundi-pengundi jangan tertipu dengan pembangkang kerana tidak ada apa yang boleh diharapkan. Malah kerajaan BN juga menurap jalan ke rumah ADUN pembangkang. Beliau juga menyatakan tentang projek yang telah pun dilaksanakan dan telah pun diluluskan iaitu Masjid Kampung Kenangan dato' Abdullah Jaafat Batu 6 Bakri sebanyak RM 2.3 juta dengan tambahan RM 250 ribu, Masjid Parit Keroma Jalan Dato' Haji Kosai sebanyak RM 1.5 juta dengan tambahan RM 300 ribu, Masjid Batu 18 Air Hitam hampir RM 2.3 juta dan RM 500 ribu untuk kerja-kerja menambak tanah merah dari Kampung Parit Kelantan ke Kampung Tanah Merah. Beliau juga mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam semoga pemikiran kita semakin baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Bagi Dato' Saipol pula, program yang diadakan ini adalah permintaan Pejabat Daerah yang mahukan satu majlis diadakan bagi memaklumkan kepada umum tentang kelulusan peruntukan dari TPM, beliau setuju dengan kenyataan ADUN Bukit Naning yang mana pembangkang tidak membuat apa-apa malah beliau bersama ADUN Bukit Naning berusaha untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuk kelulusan penutupan tapak pelupusan sampah. Beliau menyentuh tentang konvensyen BN yang meminta kita hendaklah buang jauh-jauh perkara yang keruh dan mengambil yang jernih, kita sama-sama berusaha untuk merampas kembali kerusi-kerusi yang kalah di Parlimen Bakri, beliau akan memberikan latihan kepada jentera parti untuk menghadapi pilihanraya dan beliau berharap jentera pemuda, wanita dan puteri jangan berjanji kepada awam yang akan memberikan kesan kepada pilihanraya. Beliau berjanji untuk merampas kembali kerusi yang kalah dari pembangkang.
ketibaan ADUN Bukit Naning bersama Ketua UMNO Bahagian Bakri










1 comment:

Anonymous said...

WANG KERAJAAN UNTUK PROJEK DARIPADA MANA??BERAPA PERUNTUKAN DIBERIKAN KEPADA YB PEMBANGKANG ??