Tuesday, June 23, 2009

Perlaksanaan Sukan DUN Bukit Naning 2009

Sebagai Setiausaha Kelab Sukan Komuniti DUN Bukit Naning, kami telah berjaya mengadakan sukan yang ditetapkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor iaitu bola sepak (11 sebelah), bola tampar, sepak takraw dan bola jaring. Walaupun DUN Bukit Naning kekurangan dari segi peralatan dan tempat permainan namun semangat yang ditunjukkan oleh penyelaras, pengadil dan pemain telah memperlihatkan ia bukan satu alasan untuk tidak melaksanakan sukan.

Sebanyak 14 pasukan bola sepak, 27 pasukan sepak takraw, 10 pasukan bola jaring dan 6 pasukan bola tampar. Peruntukan sebanyak RM 20,000 hanya dibelanjakan sebanyak RM 18,187 dengan menyediakan hadiah, piala iringan, makanan tengahari dan baju untuk penyelaras.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Abdullah Ali (ADUN Bukit Naning), turut hadir En. Mohamad Nazrul Abd Rahim (Penolong Pegawai Daerah Muar), En. Zulnoren bin Bain (Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Muar) dan En. Arifpudin Abd Latif (Penghulu Mukim Air Hitam).

Tahniah dan syabas kepada semua penyelaras yang masih bertahan dalam perlaksanaan sukan sejak tahun 2006 iaitu Abd. Razak Ithnin, Abd. Hamid Tasimin, Mohd Zain Amat Baki, zulkifli Amin, Salimi Md Shah, Mohd Nizam Amin dan Pn. Rozana Rodi.

No comments: