Wednesday, February 8, 2012

KERJASAMA PARTI KOMPONEN AMAT PENTING

Dalam pilihanraya ke 13 ini, kerjasama antara parti komponen amat penting. Sikap mementingkan parti sendiri perlu dikikis dan sikap mementingkan diri sendiri perlu dibuang dalam menghadapi pilihanraya. Sikap bersatu padu yang ditunjukkan oleh parti pembangkang iaitu gabungan PAS,PKR dan DAP wajar dicontohi.

Jika melihat kepada aktiviti PR yang dilakukan sebagai contoh kain rentang yang dipasang mereka menampilkan pimpinan ketiga-tiga parti, tidak ada gambar kecil atau terbesar malah sama saiz gambarnya. Jika dilihat kepada ceramah pembangkang ketiga-tiga parti akan turun dan memberikan ceramahnya walaupun pimpinan itu tidak sehebat mana. Gerak kerja bersama dalam PR perlu dilihat positif oleh parti BN, ini kerana sikap berkerjasama di antara mereka ternyata membuahkan hasil walaupun mereka mempunyai mimpi yang berbeza.

Dalam pemerhatian ini, BN khususnya parti komponen UMNO,MCA dan MIC mesti bergerak secara seiring, tidak boleh meninggalkan tubuh badan lain dan tidak boleh mengkhianati antara satu dengan yang lain. Kerjasama antara parti komponen perlu ikhlas, teguh, bertenaga dan berwawasan. Jika parti komponen meninggalkan sikap pentingkan diri sendiri ia pasti akan menjadi lebih kuat dan mudah untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

Saya percaya masih ada masa dan ruang untuk mengadakan kerjasama yang erat antara pimpinan parti.

No comments: