Sunday, October 17, 2010

Di Mana Hendak Diletakkan DG41 Hingga DG48 Dalam Politik

Saya terpanggil untuk melihat ke mana arahnya guru yang bergred DG41 hingga DG48 yang tidak memegang jawatan hakiki seperti Guru Besar, Pengetua, GPK, Guru Kanan dan beberapa jawatan utama yang lain setelah dibenarkan untuk berpolitit. Dengan alasan golongan ini adalah golongan yang sangat memainkan peranan dalam masyarakat jika diukur kejayaan parti UMNO suatu ketika dulu dengan menggerakkan jentera mereka dikalangan guru-guru khususnya di peringkat akar umbi. Apabila kebenaran yang diberikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan disahkan oleh Perdana Menteri sendiri, saya mencar dimana arah golongan ini hendaj diletakkan, adakah ia berminat ke dalam politik, adakah golongan ini akan menyertai UMNO atau golongan ini akan menyertai pembangkang. Persoalan ini perlu dilihat secara serius dan mendalam kerana golongan ini dianggap sebagai golongan berpengaruh dalam masyarakat.

Di dalam Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bakri pada 19 Jun 2010 (Sabtu) di Hotel Muar Traders, saya telah membawa satu usul iaitu MEMASUKKAN DAN MERAMAIKAN GOLONGAN PROFESIONAL, AGAMA DAN BERPENDIDIKAN KE DALAM UMNO, usul ini diterima dengan sokongan daripada En. Abd. Ghani bin Abd. Moin selaku AJK UMNO Bahagian Bakri dan Ketua Cawangan Jalan Daud yang merupakan seorang yang memiliki Master dari USA. Walaupun usul ini diterima persoalannya, dimana hendak diletakkan golongan ini ke dalam UMNO, adakah pemimpin UMNO yang sedia ada telah bersedia untuk menerima golongan ini, ini kerana dikhuatiri golongan ini akan mengancam kedudukan jawatan mereka dan memperlekehkan keadaan mereka yang tiba-tiba ingin merebut atau menduduki jawatan utama ke dalam parti.

saya juga ingin bertanya, adakah guru-guru tersebut telah bersedia untuk menyertai UMNO atau mereka ingin menyertai parti pembangkang khususnya PAS yang dilabelkan imej Islamik dan PKR yang dilabelkan imej profesional. Secara jujurnya, jika golongan ini mahu diterima ke dalam UMNO, pemimpin UMNO perlu bersedia untuk memberikan peluang ke atas mereka. sebagai contoh, jawatan di peringkat cawangan dan bahagian ada jawatan yang dilantik, maka dengan ini saya mencadangkan agar guru-guru tersebut dilantik ke jawatan seperti ajk mahupun setiausaha cawangan bagi membantu kerja-kerja mengurus tadbir cawangan tersebut. Ini kerana ilmu yang mereka miliki perlu dimanfaatkan untuk kegunaan masyarakat setempat. saya juga percaya pemimpin UMNO dapat menerima golongan pendidikan ini secara perlahan-lahan dengan syart ia mesti melalui proses dari bawah ke atas.

semoga cetusan ini akan memberikan peluang dan pemikiran ke atas pemimpin UMNO.

3 comments:

Anonymous said...

masalah yang berlaku dlm UMNO pada masa ini adalah,UMNO dijadikan batu loncatan bagi memenuhi kepentingan peribadi.Sbg contoh,kontraktor2 yg pendidikannya hannya spm berebut2 nk kan jawatan ketua bahagian supaya sng dpt projek.sepatutnya jwtn2 dlm bahagian diberi kpd golongan profesional bg supaya dpt memacu parti ke tahap optimum.tp peranan2 golongan2 kontraktor tu jgn diketepikan.mereka bertindak sbg sumber kewangan umno.kita lihat mcmane TUN MAHATHIR memberi projek dan lesen2 kpd tan sri syed mokhtar.akhirnya keuntungan yg syed mokhtar perolehi disumbangkan sedikit kpd umno.Pemimpin2 umno perlu memahami hakikat perjuangan.jgn gadaikan perjuangan kerana harta kekayaan yg x kekal abadi.

-umno KKTDI2-

MOHD RADZI BIN HJ. AMIN said...

ia saling memerlukan baik kontraktor, golongan agama, golongan profesional, golongan pendidik dan golongan marhaien, namun perlu ada kawalan dan jatidiri bagi memastikan kesinambungan UMNO itu sendiri. Tidak hanya UMNO dilabelkan parti yang mementingkan material semata-mata sedangkan masih ramai lagi golongan UMNO yang bersifat sederhana. Cumanya golongan ini tidak kelihatan kerana tidak mampu untuk bersaing dengan duit. Akhirnya UMNO akan jadi lemah dan terus lemah jika tidak mengimbangkan dengan golongan yang saya sebutkan tadi di atas.

MOHD RADZI BIN HJ. AMIN said...
This comment has been removed by the author.