Wednesday, March 4, 2009

PERSIDANGAN DI BAWAH POKOK



Kalau kila lihat cerita P. Ramlee (Laksamana Do re Mi) bagaimana Raja Pasola mengadakan mesyuarat tentang kerajaannya yang hilang bolehlah diumpakan dengan Pakatan Rakyat yang kehilangan kuasa dan bermesyuarat di bawah pokok. Aduhai orang Melayu Islam di Perak yang, bukan tidak ada pelajaran, bukan tidak tahu adab, bukan tidak tahu hormat dan bukan tiada kedudukan, tetapi kerana emosi politik mesyuarat bawah pokok pun diadakan. Saya percaya Pakatan Rakyat sedang membuat provokasi supaya adanya liputan media, bila ada liputan media di dalam dan luar negara maka orang akan bersimpati dan seterusnya akan menyalahkan kerajaan. Pakatan Rakyat sentiasa hidup dalam keadaan isu-isu yang boleh dijaja dan menyatakan dirinya lebih betul daripada kerajaan.

Saya nak beritahu pada pemimpin Melayu Pakatan Rakyat, anda telah menghina Sultan dengan tidak bersetuju perlantikan Menteri Beasr yang baru. Adakah anda begitu hebat sehingga langsung tidak menghormati Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Sila fikirkan fakta ini :

1. PAS, DAP dan PKR yang menang di DUN Perak pada 2008 bukan atas satu lambang tetapi 3 lambang menentang satu lambang iaitu BN. Dengan adilnya Sultan Perak, Tuanku telah memanggil semua wakil rakyat dari 3 lambang menanyakan sokongan untuk memerintah, lantas 3 lambang tadi bersetuju untuk duduk sebagai Pakatan Rakyat. Lalu Sultan Perak perkenaan dan melantik Mohd Nizar selaku MB Perak. Persoalannya ? Adakah BN mengadap Sultan untuk mohon membubarkan DUN sedangkan BN memiliki 28 kerusi ?

2. Ketika Sultan Perak perkenaan melantik MB yang baru iaitu Dr. Zamry, mengapa pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat menentangnya sedangkan BN tidak pun buat ketika perlantikan Mohd Nizar ?

3. Ketika PAS memerintah di Kelantan pada 2004 dengan majoriti 1 kerusi sahaja dengan BN, adakah pemimpin BN minta Sultan Kelantan supaya bubarkan DUN atau mengganggu sidang DUN ? Adakah pemimpin BN mengajar ADUN PAS melompat parti ? Tentu sahaja tidak.

4. Speaker Perak, V. Sivakumar memanggil sidang tergempar DUN, beliau tahu jika ia memanggil ADUN BN sudah pastinya ADUN BN tidak hadir kerana ADUN BN tahu yang tindakan Speaker telah menyalahgunakan kuasa. Mintalah kebenaran Sultan dulu.?

5. Isu Elizabeth Wong, mengapa hubungan beliau dengan lelaki yang mengambil gambar tidak ditekankan sedangkan ia berada di dalam satu rumah, ini dipanggil bersekedudukan. Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim minta supaya Elizabeth bercuti sedangkan beliau sendiri mahu meletakkan jawatan exco dan adun bukit lanjan. Tetapi bila kena pada orang BN (Chua Soi Lek) cepat-cepat pembangkang minta beliau letakkan jawatan. Inilah double standard Pakatan Rakyat ?

6. Berbaring atas jalan menghalang kereta Raja Muda Perak dan berani mengetuk tingkap kereta Raja Perak. Kalau yang baring orang tidak beragama dan tiada pegangan hidup, memanglah setuju, tetapi orang yang berjubah dan membawa bendera Palestin digunakan untuk menghalang kereta Raja Muda bagi majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru. Inilah yang akan dinilai oleh orang bukan Islam sebagai Islam itu orangnya ekstremis.

7. Mesyuarat Cawangan PAS atau DAP atau PKR pun buat dalam bilik atau dewan atau balairaya. Tetapi mesyuarat tergempar DUN buat bawah pokok. Ia menjatuhkan imej parti pakatan rakyat sahaja, buatlah kat Pejabat DAP ke atau Markas PAS negeri.

Nah, apa yang orang Melayu Islam di dalam Pakatan Rakyat buat. Mereka digunakan oleh DAP untuk capai kejayaan untuk memerintah negara secara keseluruhan kecuali Perdana Menteri (orang Melayu) dan PKR lah yang membuka jalan tersebut. Sedarlah wahai orang Melayu Islam di dalam Pakatan Rakyat, kalau taknak masuk UMNO masuklah PAS yang mempunyai asas yang sama dengan UMNO. Inysa Allah UMNO dan PAS akan bersama di suatu hari nanti, bukan PKR yang didokongi oleh asas yang tidak kuat dan kumpulan India profesional. Ambil analisa ini :

KERUSI BN
UMNO 27 kerusi (27 muslim)
MCA 1 kerusi (1 bukan muslim)

KERUSI PAKATAN RAKYAT
DAP 18 kerusi (18 bukan muslim)
PKR 7 kerusi (3 muslim)
PAS 6 kerusi (6 muslim)

JUMLAH YB MUSLIM BN
27 kerusi
JUMLAH YB Muslim Pakatan Rakyat
9 kerusi
Soalan 1 : Adakah orang Melayu Muslim di Perak menyokong Mohd Nizar ? Adakah kerana Mohd Nizar sebagai orang PAS mewakili orang Melayu Islam di Perak.
Soalan 2 : DAP dapat 18 undi daripada siapa ?

No comments: