Ini adalah pengalaman saya ke Bangkok yang boleh saya
kongsi bersama. Saya pergi pada 16 November dan pulang kembali ke Malaysia pada
20 November 2013. Saya menggunakan motosikal jenis Yamaha XJ6. Sebenarnya motor apa sahaja takde masalah asalkan ada keyakinan. Jadi saya kongsi pengalaman saya untuk anda apabila bergerak seorang diri ke
Bangkok :
1. Niatkan
perjalanan yang dilakukan adalah ibadah bagi mendapatkan keredhaan Allah
2. Pastikan
motosikal telah di servis dan keadaan motosikal yang baik
3. Elakkan
bergerak malam
4. Bawa
passport
5. Bawa
salinan geran motosikal
6. Beli
insurans masuk Thailand (RM 16.00 untuk 9 hari) beli di Changlun, Kedah
7. Ambil
borang imigresen
8. Bawa
peralatan membuka tayar (cacing/penebuk tayar) tayar tubless lagi baik
9. Bawa
makanan segera, roti, biskut dan minuman 3 in 1 secukupnya (bagusnya milo)
10. Pastikan
motor ada side box dan elakkan beg sandang dibelakang badan (penat)
11. Ada
GPS / Peta Thailand
12. Bawa
pen dan buku nota untuk catatan sendiri (penting)
13. Spray
rantai 1 botol
14. Ubat
penting (panadol, cirit birit)
15. Kompas
untuk arah kiblat
16. Sehelai
seluar jeans, sehelai kain pelekat dan 2 helai t-shirt
17. Duit
yang telah ditukarkan paling tidak bawa RM 1,500.00 untuk 4 hari
Sempadan Thailand hanya dibuka jam 7.00 pagi (Malaysia) =
6.00 pagi (Thailand) dan akan ditutup kembali jam 12.00 mlm (Malaysia) = 11.00
mlm (Thailand)
Cara nak masuk
1. Pastikan
isi minyak motosikal penuh sebab minyak Thailand mahal. Ketika ini minyak RON
95 Malaysia ialah RM 2.10 seliter manakala Thailand RM 3.93 seliter, hamper 2
kali ganda
2. Lepaskan
dulu sempadan Malaysia untuk serahkan passport bagi tujuan pengesahan keluar
3. Masuk
Thailand motor parking tepi di pintu masuk
4. Pergi
kaunter antarabangsa dan serahkan passport Malaysia dan borang imigresen
5. Pergi
kaunter serahkan geran motor dan insurans serta bayaran RM 1.00
6. Jangan
kelam kabut dan tenang, jika ada masalah boleh bertanya di kaunter dalam Bahasa
Melayu atau Inggeris
Selepas keluar
singgah 7 eleven di Pekan Danok untuk beli
1. Peta
besar Thailand
2. Beli
sim card Thailand (call / internet) jika perlu, katanya call dari Thailand
lebih murah
3. Peta
Bandar utama Thailand seperti Bangkok, Hatyai, Phuket, Krabi, Kanchanaburi dan
sebagainya
4. Mulakan
perjalanan masuk, dengan penuh kesyukuran atas nikmat Allah
5. Pam
minyak jangan risau di sana ada banyak pam minyak termasuk Shell, Caltex, Esso
dan Petronas (hanya di Bangkok)
Laluan masuk
1. Pekan
Danok (ini tempat org Malaysia berhibur, tengok-tengok cari pengalaman takpe,
takyah singgah) beli sedikit makan (0 km) jam 5 petang
2. Jumpa
Sadao iaitu Daerah Selatan Thailand (23 km) jam 5.30 ptg
3. Simpang
3 Hatyai. Jika tegak masuk Hatyai belok ke kiri untuk ke Krabi, Phuket, Trang,
Bangkok (65 km) jam 6.15 ptg
4. Saya
menuju ke Krabi, ikut Jalan No. 4. Kemudian terus ke Phattalung (140 km) jam
8.15 mlm
5. Selepas
tu ke Trang (70 km) jam 9.00 mlm
6. Sampai
ke Krabi (190 km) jam 11 mlm. Di Krabi ada banyak pantai yang boleh dilihat,
saya tak pergi Pantai sebab dah malam, hanya tidur di Hotel satu malam RM
60.00. Esok pagi sarapan di Kedai sebelah Masjid sebelum Bandar Krabi.
7. Sampai
ke Phuket (200 km) jam 1.00 ptg. Solat di Masjid jalan menuju ke Patong Beach.
Sedekah duit utk keselamatan diri. Di sini banyak tahfiz dan makanan Islam.
Saya ronda di Pulau Phuket termasuk
Karon Beach, pusing ke Chalong, Thalang dan berhenti di jambatan Pulau Phuket. Ambil
gambar dan di tepi jalan ada gerai ikan masin
8. Kemudian
bergerak ke Ranong (400 km), ikut jalan no 4. Di sini akan melalui Takua Pa (pantai),
Khura Buri, Suksamran, Kaper dan Ranong. Kawasan ini banyak muslim dan bila ada
masjid boleh berhenti sebab di situ ada warung Islam. Kawasan ini banyak kelapa
sawit dan agak sunyi. Sampai di Ranong, Bandar Ranong di sebelah kiri, tidak
berada di Jalan besar. Boleh tidur di Farm Resort. Makanan Islam di sini sukar cari kalau takde
pengalaman, malamtu saya makan roti
dengan buah berangan.
9. Esok
pagi sarapan di Ranong Port. Ada kedai muslim dan di sini juga sempadan Thailan
Myanmar. Kena naik bot. (Next time boleh pergi)
10. Bergerak
ke Chumporn (200 km) melalui Kra Buri. Berhenti seketika kerana boleh lihat
sempadan 2 negara iaitu Myanmar dan Thailand. Nanti Nampak bot berulang alik
menyeberang sempadan Negara. Seperti di Sungai Golok atau Munduk di Rantau
Panjang. Di Chumporn makanan Islam sukar cari.
11. Kemudian
bergerak ke Prachuap Khiri Khan (300 km). Boleh bawa laju, ketika itu saya bawa
140 kmh. Hati-hati bila melalui simpang sebab ada kenderaan u-turn, lembu di tepi
jalan dan kenderaan berat.
12. Kemudian
bergerak Bangkok (300 km) melalui Kui Buri, Pran Buri dan Phetchaburi. Berhenti
di simpang Pak Tho untuk belak ke kanan.
Jika terus ke Rachaburi ia akan bertambah jauh. Anda akan melalui samut
Songkhram, Samut Sakhon dan seterusnya ke Bangkok. Jalan raya mereka besar
iaitu 3 lorong bermula di Petchaburi.
13. Bangkok
bandarnya memang padat dan sesak. Bawa motosikal yang ada side box kena
hati-hati sebab boleh bergesel dengan kenderaan lain. Di sini memerlukan GPS
atau peta Bandar Bangkok. Kalau nak cari makan boleh ke medan selera Arab iaitu
Jalan Sukhumvit 3. Bila sampai di Bangkok jangan lupa ke Masjid Bangkok untuk
derma di sana dan solat syukur. Berhibur dan juga beramal.
Tips untuk menuju
ke destinasi
1. Tidak
semua orang Thai boleh berbahasa Inggeris. Mereka hanya faham menerusi Isyarat.
Jika anda mahu makan tunjukk isyarat hendak makan dan sebut perkataan muslim.
2. Minta
orang Thai lukiskan peta destinasi yang hendak dituju
3. Jika
anda mahu ke desntinasi tertentu,memang sukar dan anda kepenatan sendiri. Berhenti
di mana-mana parking yang ada lelaki memakai vest warna merah. Ia adalah teksi
motosikal yang akan bergerak ke mana-mana. Bayar kepada mereka Rm 2.00 atau 20
baht dan minta dia bawakkan ke mana anda mahu pergi. Tips ini adalah untuk
pengguna motosikal dan pejalan kaki.
4. Anda
tidak akan sesat, jika anda amati betul beberapa perkara iaitu :
a.
Bawa bisnes kad hotel anda, passport boleh
tinggal di hotel atau membawanya
b.
Minta nasihat pihak kaunter hotel, lazimnya dia
boleh berkomunikasi bahasa Inggeris dan menunjukkan tempat yang anda hendak
pergi
c.
Tengok sekeling bangunan anda yang tertinggi
sebagai symbol anda
d.
Hafal nama jalan besar hotel anda
e.
Boleh ikut laluan MRT
f.
Baca peta betul-betul
g.
Minta bantuan teksi motosikal sebab dia lebih
tepat daripada GPS.
Nasihat dari saya
1. Bawa
motor jangan ikut orang lain, ikut kemampuan diri sendiri
2. Pastikan
rehat yang secukupnya termasuk tidur. Jika penat berhenti di mana-mana 7 eleven
3. Jangan
menghina atau mentertawakan Negara, raja, pakaian, polisi dan lambang mereka.
4. Banyakkan
tolak ansur dan sentiasa senyum
5. Jika
ada sesiapa tahan anda kalau anda yakin nak bantu anda boleh bantu. Ikut gerak
hati masing-masing.
6. Di
atas motor banyakkan berzikir, hafal ayat-ayat lazim dan sentiasa menginsafi
diri
7. Nampak
masjid datangkan perasaan syukur teramat sangat pada Allah sebab anda lebih banyak
berjumpa tokong siam
8. Sebenarnya
kita di Malaysia lebih beruntung jika dibandingkan Thailand sebab pekerja pam
minyak mereka hanya RM 400.00 sebulan sedangkan kita telah masuk gaji minima RM
900.00 sebulan
9. Jika
ke Thailand anda boleh beradab atas jalan, apatah lagi di Malaysia. Saya sayang
anda semua sebab kita satu keluarga yang besar. Jaga nama baik Malaysia dan
maruah diri anda.
Maaf jika catatan ini kurang
tepat bagi mereka yang lebih arif keluar masuk, saya catat pada pengalaman saya
yang pertama kali. Catatan saya hilang setelah hp Samsung Note saya crack di Prachuap Khiri
Khan sebab motor saya terhentak di dalam lubang yang dalam ketika hujan .
Ketika ini saya sedang mengikuti pengajian peringkat Phd di UUM Sintok Kedah (International Study) semester 1. Kesempatan ini saya ambil. Ini kerana saya berulang-alik setiap minggu dari Muar ke UUM Kedah.
11 comments:
Perkongsian yang baik ! Banyak tips berguna bagi mereka yang ingin bermotosikal ke Thailand.
Maklumat perjalanan ke Thailand yang sangat berguna. Terima kasih
Salam tuan...tips yang menarik dan bermanfaat.Inshaa Allah satu hari nanti saya pun nak ke sana menunggang motor
Salam tuan...tips yang menarik dan bermanfaat.Inshaa Allah satu hari nanti saya pun nak ke sana menunggang motor
Tuan pencacai tak bawa bendera UMNo ke masuk ke thailand
Terima kasih,
Saya mempunyai impian untuk menunggang motorsikal ke Pattaya Thailand,
rancangan saya untuk awal tahun 2018, mudah-mudah ia akan menjadi kenyataan.
terima kasih atas panduan.
Sape nk ke krabi naik.motor dari rantau panjang.mencari geng ke krabi - bangkok . Blh roger 0174455542..
Teringin jugak utk bermotor kethailand..
Belajar saja tinggi tapi masih sokong kemungkaran dalam negara. Bertaubatlah saudara sebelum nyawa melayang.
Geram kena ambil cop pengesahan dari polis dulu ke
Terima kasih perkongsian. Saya da ikut semua cara ini. Sangat seronok. Da 2 kali saya naik motosikal dr KL ke Thailand.. alhamdulillah..
En. Yasir Mohamad , Kch Srwk ❤️
Post a Comment