Saturday, July 6, 2013

PERUBAHAN UMNO KINI PENTING UNTUK MASA HADAPAN

Tidak lama lagi UMNO akan menghadapi pemilihan yang amat penting bagi menentukan masa hadapan parti tertua di dunia ini. Mengapa saya kata amat penting, ini kerana parti BN telah mengalami kekalahan yang paling teruk pada PRU 13 yang mana UMNO adalah tunjangnya. Masa hadapan UMNO dilihat amat berkait dengan masa hadapan dan corak Malaysia. Harus diingat parti UMNO merupakan pounch box kepada mereka yang tidak senang dengan kejayaan dan pencapaian yang dimiliki.

Saya melihat kepada 3 kumpulan di Malaysia yang melihat parti UMNO. Pertama mereka yang betul-betul duduk di dalam parti UMNO, memperjuangkan parti UMNO sebagai parti Melayu dan Islam. Mereka ini duduk dalam pelbagai lapangan, baik dari segi akademik, teknokrat, peniaga, ilmuan agama, politik, sosial dan pelbagai lagi. Mereka ini ada yang duduk berjawatan dalam parti dan ada yang duduk di luar. Golongan ini merupakan golongan yang amat penting dalam survival UMNO. Mereka yang dilahirkan dalam keluarga UMNO yang mana perjuangan Melayu dan Islam amat sinonim dengan dirinya.

Golongan kedua saya melihat kepada mereka yang terus menolak UMNO. Mereka ini dilahirkan di luar UMNO atau mereka yang kecewa, marah dan gagal dalam parti UMNO. Mereka ini sangat penting untuk menjadikan parti UMNO terus kekal. Mereka jelas menolak UMNO dengan alasan agama, keadilan, kezaliman dan sebagainya. Golongan ini dianggap sebagai pesaing utama dalam UMNO dan melihat UMNO begitu jijik dan haram. Golongan ini mempunyai pendekatan yang berlainan dengan parti UMNO. Kumpulan ini dilihat tidak memperjuangkan Melayu dengan lebih jelas namun tertumpu kepada agenda agama dan kesaksamaan. Harus diingat golongan ini semakin mendapat tempat jika pemimpin UMNO tidak mahu berubah.

Golongan ketiga adalah golongan berkecuali, ia tidak memihak kepada mana-mana, mereka yang mementingkan pada pencapaian diri sendiri. Mereka ini dilahirkan dalam suasana yang lebih terbuka. Mereka bukan tidak ada pendirian, tetapi pendirian mereka lebih terbuka. Golongan in lebih ramai jika dibandingkan dengan 2 golongan di atas. Golongan ini amat penting untuk ditarik oleh kedua pihak di atas. Golongan ini juga membuat keputusan pada saat akhir dengan melihat kepada penawaran yang diberikan oleh kedua pihak, melihat kepada permasalahan diri sendiri. Golongan ini perlu direbut dan diberikan tumpuan. Inilah golongan yang dipanggil atas pagar dalam parti politik. Mereka yang dilhahirkan kerana mahu memikirkan soal kerjaya. Mungkin juga golongan ini tidak didekati kerana mereka tidak mahu mengambil risiko dengan berbaik dengan 2 golongan di atas. Namun jika parti UMNO bijak menyesuaikan dirinya, maka golongan ini boleh beralih mengikuti UMNO.

Mengapa UMNO perlu berubah ?

UMNO perlu berubah dari segi kepimpinan iaitu tidak hanya melahirkan golongan koperat semata. Ia perlu memperbanyakkan golongan ilmuan, golongan agama, golongan sosial dan mereka yang ikhlas untuk berjuang. Bagaimana untuk membawa masuk golongan ini. Golongan ini boleh dibawa masuk menerusi perlantikan jawatan atau memegang mana-mana jawatan di dalam bahagian. Memasukkan golongan ini perlu dilihat secara terbuka. Menentukan kedudukan mereka di dalam parti juga penting untuk melihat mereka duduk bersama-sama dalam parti UMNO. Pada ketika ini UMNO dilihat sebuah parti yang mempunyai kemewahan, bersifat elit, tidak mementingkan soal pembangunan kerohanian dan tidak mendasar kepada perjuangan Melayu yang sebenar. Pejuang UMNO perlu meletakkan kepentingan Melayu dan Islam dihadapan jika dibandingkan kepada perjuangan projek. Golongan yang dibawa masuk ini perlu adil, mereka tidak boleh dibawa masuk dengan tangan kosong, mereka perlu diberikan tempat dalam apa jua bidang yang membolehkan mereka survive. Ini adalah wajar dan penting dengan suasana masakini yang telah berubah kepada ekonomi kapitalis. Ini bermakna perubahan ini bukan sahaja dilakukan oleh presiden parti namun kepada ketua UMNO Bahagian. Namun penegasan presiden UMNO adalah penting bagi memperlihatkan mereka benar-benar diperlukan dalam parti UMNO.

2 comments:

Anonymous said...

saudara,
post yang anda paparkan adalah kisah permasaalahan dan krisis yang bagi saya umum mengetahui dan bukan lah satu fenomena atau penyebab utama keputusan PRU13.saya hargai usaha saudara megajak kita(orang melayu) sedar akan kepentingan bersatu tapi maaf,tulisan saudara takde uummph??analasis saudara tentang wujudnya 3 kumpulan melayu memang benar.Tapi persoalannya yang patut di ketengahkan atau focus yang perlu saudara tekankan ialah PUNCA,SEBAB MUSEBAB terjadinya perpecahan tersebut!jawapannya ada melalui soalan2 kepada saudara.
1.kumpulan pertama adalah kita(ya saya ahli UMNO)memperjuangkan,mempertahankan hak2 dan keistimewaan orang melayu?kita benar2 telus,demokratik dalam memilih pemimpin?UMNO suara rakyat?lebih tepat suara 3.5 juta akar umbi?
2.kumpulan yang antiUMNO.siapa mereka ini?bukankah mereka asalnya serpihan kita?WHAT WENT WRONG?Kenapa mereka makin mendapat tempat atau sokongan terutamanya di hati orang melayu kalau benar perjuangan mereka tidak jelas?
3.kumpulan atas pagar.siapa mereka ini?kita katogerikan mereka sebagai king maker atau golongan yang ingin menjadi kuasa penentu pemenrintah!pernah kita dekati dan mengenali mereka?
saudara seorang ahli parti yang berjawatan.jawap lah dengan ikhlas kerana jawapan saudara melambangkan sedikit sebanyak suara atau pemikiran parti!
Akhir sekali izinkan saya mengkritik parti yang saya sayangi demi kesinambungan survival bangsa kita.
saudara, UMNO is ROTTEN TO ITS CORE!Malu dan sedih untok saya katakan begitu.kepada ayahda Tun M,a spade is a spade!baru nak mulakan sekian kalinya dalam sejarah umno undian dimana lebih ramai ahli mendapat kuasa menentukan pimpinan dah terkeluar saranan(arahan?)suara sumbang warlords agar jawatan presiden dan timbalan tidak di pertandingkan!apa hak mereka?why jump the gun?akar umbi dan rakyat melihat ini sebagai apa?post PRU13 PM mengatakan salah satu sebab utama kekalahan besar BN ialah masaalah PERSEPSI.apa persepsi rakyat tentang ini?agaknya inilah salah satu sebab red bean army kata kita bodoh!saudara boleh terima alasan perpecahan?AN INSULT TO OUR INTELLIGENCE!UMNO perlu berubah?niat saudara murni but dream on!saudara,UMNO sakit tenat.doktor dan pakar2 lulusan barat tak dapat nak ubat dan yang lebih serius tak tau apa penyakitnya!seriously ada bomoh melayu yang tahu penyakit itu and of course penawarnya!mesejnya?banyak lagi orang melayu di luar sana yang lebih hebat tetapi soalan cepumas maukah UMNO atau lebih tepat lg INGINKAN perubahan yang saudara warwarkan?

Khairul said...

Saya merupakan ahli umno bakri. namun telah berkerja di selangor. sedang menilik keadaan di bakri. Mcmana keputusan pemilihan pemuda bakri.? dimana nak dapat keputusan penuh