Menyedari PRU 13 keadaan parti BN yang ditunjangi oleh UMNO semakin tidak stabil, ia dilihat dari aspek 3 kaum iaitu Melayu bagi parti UMNO, Cina bagi parti MCA dan India bagi parti MIC yang perlu diadakan transform secara dalaman. Setelah post mortem yang dijalankan beberapa kali sejak PRU 10 sehingga PRU 13, maka wajarlah satu usaha yang sangat koprehensif dan berkesan perlu dijalankan.
Sebelum ini penulis ada menulis bahawa UMNO perlu melakukan transformasi dalaman bagi menjadikan UMNO terus relevan. Cakap-cakap relevan tidak hanya diluangkan daripada mulut semata, ia perlu dijadikan prinsip dan pendirian yang tersemat di dalam sanubari bagi setiap ahli-ahlinya. Jumlah keahlian UMNO yang dianggarkan lebih 2 juta perlu dijadikan satu kekuatan yang sebenar dan tidak lagi dianggap sebagai ahli back fire pada klimaks perjuangan.
Penulis melihat untuk menjadikan UMNO itu kekal dan relevan, maka penulis membawa pembaca semua untuk melihat kepada barisan pemuda. Ianya bermula daripada pemuda yang mempunyai kualiti terpilih, menjadikan pemuda sebagai benteng utama dihadapan, mejadi simbol kepada kejayaan dan menjadikan pemuda sebagai pewaris masa hadapan negara. Untuk itu apa yang pemuda perlu lakukan transformasi tersebut.
1. Mementingkan urusan Allah dan Islam sebagai matlamat hidup perjuangan
Dalam apa jua bidang termasuk politik urusan Allah mesti diletakakn dihadapan hidup kita. Mempercayai rukun Iman dan Islam akan melahirkan pemuda yang sangat disayangi dan disegani. Percaya kepada rezeki, qada dan qadar, pembalasan hari akhirat juga akan membataskan pemuda untuk tidak melakukan perbuatan sewenangnya.
2. Pemuda mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam disiplin yang berbeza
Inilah segala intipati kejayaan, pemuda mestilah mempunyai sikap rajin membaca pada perkara fakta, dengan pembacaan sahajalah ia akan meringkaskan dan memendekkan masa mengecapi kejayaan. Banyak maklumat yang mudah diperolehi untuk menjadikan pemuda seorang yang cukup berilmu dan disiplin yang tinggi. Sikap membaca juga akan mengubah watak pemuda kepada golongan berfikir.
3. Pemuda mestilah kreatif, terbuka, bersungguh dan berwawasan untuk kecapi kegemilangan
Saya melihat, watak seperti ini akan menjadikan pemuda akan terus maju kehadapan. Saya menyeru kepada pemuda sekalian agar menjadikan tempoh usia pemuda ini untuk mengambil sebanyak mana ilmu, sebanyak mana peluang, sebanyak mana networking dan sebanyak mana keuntungan yang halal untuk persiapan masa tua. Oleh itu pemuda mestilah kreatif, terbuka, bersungguh dan mempunyai wawasan agar kedudukan pemuda dilihat lebih tinggi.
4. Mentaati kepada pemimpin dan menegur dengan hikmah sikap pemimpin
Dalam organisasi kita tidak lari daripada sifat menataati ketua yang kita angkat, namun bukanlah semua perkara kita turuti, selagi ianya tidak bertentangan dengan perkara mungkar, maka kita mesti taat kepada pemimpin kita. Oleh itu kita digalakkan menegur pemimpin kita dengan hikmah, dengan istighfar dan dengan niat untuk kebaikan semua pihak. Tindakan ini akan menjadikan pemuda mempunyai organisasi yang kuat dan padu.
5. Meninggalkan politik wang, rasuah, berpoya dan cakap kosong
Bagi menjadikan pemuda UMNO disanjungi, politik wang wajib digugurkan dan dielakkan kepada golongan muda. Budaya meminta rasuah, senduk, tekak kering, haus dan sebagainya perlu dielakkan untuk menjadikan pemuda seorang yang bermaruah. Sikap ini juga akan mewujudkan kehancuran pemuda dan seterusnya UMNO gagal mewujudkan barisan pelapis yang digeruni.
Dari itu, saya meminta kepada semua pembaca, ayuhlah kita melakukan tranformasi dalam pemuda untuk meletakkan pemuda ditempat yang sebenarnya. Apa yang saya tuliskan ini adalah ikhlas untuk kebaikan kita semua. Tanpa mengira apa jua latar belakang saudara termasuklah parti PAS, ayuhlah bersama pemuda UMNO untuk melakuakn transformasi demi kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.
Takbir...
Coretan transformasi pemuda
Mohd Radzi bin Hj Amin
15 Mei 2013
1.45 pagi
1 comment:
Alhamdulilah jika apa yg dicoretkan ini dapat diterjemahkan kepada realiti pemuda bakri akan menjadi barisan pemuda yg hebat barisan pemuda yang gemilang
Post a Comment