Wednesday, November 27, 2013
#MuktamarPAS : Konsert METAL Sesat di Karnival PAS for ALL!!!
Sedih apabila PAS turut melaksanakan konsert metal. Seharusnya PAS akan lebih menjaga dirinya apabila ia melaksanakan tahalul siyasi dgn DAP dan PKR. Semoga PAS akan menjadi lebih baik.
Wednesday, November 20, 2013
Pengalaman menunggang motosikal seorang diri ke Bangkok Thailand (16-20 Nov 2013)
Ini adalah pengalaman saya ke Bangkok yang boleh saya
kongsi bersama. Saya pergi pada 16 November dan pulang kembali ke Malaysia pada
20 November 2013. Saya menggunakan motosikal jenis Yamaha XJ6. Sebenarnya motor apa sahaja takde masalah asalkan ada keyakinan. Jadi saya kongsi pengalaman saya untuk anda apabila bergerak seorang diri ke
Bangkok :
1. Niatkan
perjalanan yang dilakukan adalah ibadah bagi mendapatkan keredhaan Allah
2. Pastikan
motosikal telah di servis dan keadaan motosikal yang baik
3. Elakkan
bergerak malam
4. Bawa
passport
5. Bawa
salinan geran motosikal
6. Beli
insurans masuk Thailand (RM 16.00 untuk 9 hari) beli di Changlun, Kedah
7. Ambil
borang imigresen
8. Bawa
peralatan membuka tayar (cacing/penebuk tayar) tayar tubless lagi baik
9. Bawa
makanan segera, roti, biskut dan minuman 3 in 1 secukupnya (bagusnya milo)
10. Pastikan
motor ada side box dan elakkan beg sandang dibelakang badan (penat)
11. Ada
GPS / Peta Thailand
12. Bawa
pen dan buku nota untuk catatan sendiri (penting)
13. Spray
rantai 1 botol
14. Ubat
penting (panadol, cirit birit)
15. Kompas
untuk arah kiblat
16. Sehelai
seluar jeans, sehelai kain pelekat dan 2 helai t-shirt
17. Duit
yang telah ditukarkan paling tidak bawa RM 1,500.00 untuk 4 hari
Sempadan Thailand hanya dibuka jam 7.00 pagi (Malaysia) =
6.00 pagi (Thailand) dan akan ditutup kembali jam 12.00 mlm (Malaysia) = 11.00
mlm (Thailand)
Cara nak masuk
1. Pastikan
isi minyak motosikal penuh sebab minyak Thailand mahal. Ketika ini minyak RON
95 Malaysia ialah RM 2.10 seliter manakala Thailand RM 3.93 seliter, hamper 2
kali ganda
2. Lepaskan
dulu sempadan Malaysia untuk serahkan passport bagi tujuan pengesahan keluar
3. Masuk
Thailand motor parking tepi di pintu masuk
4. Pergi
kaunter antarabangsa dan serahkan passport Malaysia dan borang imigresen
5. Pergi
kaunter serahkan geran motor dan insurans serta bayaran RM 1.00
6. Jangan
kelam kabut dan tenang, jika ada masalah boleh bertanya di kaunter dalam Bahasa
Melayu atau Inggeris
Selepas keluar
singgah 7 eleven di Pekan Danok untuk beli
1. Peta
besar Thailand
2. Beli
sim card Thailand (call / internet) jika perlu, katanya call dari Thailand
lebih murah
3. Peta
Bandar utama Thailand seperti Bangkok, Hatyai, Phuket, Krabi, Kanchanaburi dan
sebagainya
4. Mulakan
perjalanan masuk, dengan penuh kesyukuran atas nikmat Allah
5. Pam
minyak jangan risau di sana ada banyak pam minyak termasuk Shell, Caltex, Esso
dan Petronas (hanya di Bangkok)
Laluan masuk
1. Pekan
Danok (ini tempat org Malaysia berhibur, tengok-tengok cari pengalaman takpe,
takyah singgah) beli sedikit makan (0 km) jam 5 petang
2. Jumpa
Sadao iaitu Daerah Selatan Thailand (23 km) jam 5.30 ptg
3. Simpang
3 Hatyai. Jika tegak masuk Hatyai belok ke kiri untuk ke Krabi, Phuket, Trang,
Bangkok (65 km) jam 6.15 ptg
4. Saya
menuju ke Krabi, ikut Jalan No. 4. Kemudian terus ke Phattalung (140 km) jam
8.15 mlm
5. Selepas
tu ke Trang (70 km) jam 9.00 mlm
6. Sampai
ke Krabi (190 km) jam 11 mlm. Di Krabi ada banyak pantai yang boleh dilihat,
saya tak pergi Pantai sebab dah malam, hanya tidur di Hotel satu malam RM
60.00. Esok pagi sarapan di Kedai sebelah Masjid sebelum Bandar Krabi.
7. Sampai
ke Phuket (200 km) jam 1.00 ptg. Solat di Masjid jalan menuju ke Patong Beach.
Sedekah duit utk keselamatan diri. Di sini banyak tahfiz dan makanan Islam.
Saya ronda di Pulau Phuket termasuk
Karon Beach, pusing ke Chalong, Thalang dan berhenti di jambatan Pulau Phuket. Ambil
gambar dan di tepi jalan ada gerai ikan masin
8. Kemudian
bergerak ke Ranong (400 km), ikut jalan no 4. Di sini akan melalui Takua Pa (pantai),
Khura Buri, Suksamran, Kaper dan Ranong. Kawasan ini banyak muslim dan bila ada
masjid boleh berhenti sebab di situ ada warung Islam. Kawasan ini banyak kelapa
sawit dan agak sunyi. Sampai di Ranong, Bandar Ranong di sebelah kiri, tidak
berada di Jalan besar. Boleh tidur di Farm Resort. Makanan Islam di sini sukar cari kalau takde
pengalaman, malamtu saya makan roti
dengan buah berangan.
9. Esok
pagi sarapan di Ranong Port. Ada kedai muslim dan di sini juga sempadan Thailan
Myanmar. Kena naik bot. (Next time boleh pergi)
10. Bergerak
ke Chumporn (200 km) melalui Kra Buri. Berhenti seketika kerana boleh lihat
sempadan 2 negara iaitu Myanmar dan Thailand. Nanti Nampak bot berulang alik
menyeberang sempadan Negara. Seperti di Sungai Golok atau Munduk di Rantau
Panjang. Di Chumporn makanan Islam sukar cari.
11. Kemudian
bergerak ke Prachuap Khiri Khan (300 km). Boleh bawa laju, ketika itu saya bawa
140 kmh. Hati-hati bila melalui simpang sebab ada kenderaan u-turn, lembu di tepi
jalan dan kenderaan berat.
12. Kemudian
bergerak Bangkok (300 km) melalui Kui Buri, Pran Buri dan Phetchaburi. Berhenti
di simpang Pak Tho untuk belak ke kanan.
Jika terus ke Rachaburi ia akan bertambah jauh. Anda akan melalui samut
Songkhram, Samut Sakhon dan seterusnya ke Bangkok. Jalan raya mereka besar
iaitu 3 lorong bermula di Petchaburi.
13. Bangkok
bandarnya memang padat dan sesak. Bawa motosikal yang ada side box kena
hati-hati sebab boleh bergesel dengan kenderaan lain. Di sini memerlukan GPS
atau peta Bandar Bangkok. Kalau nak cari makan boleh ke medan selera Arab iaitu
Jalan Sukhumvit 3. Bila sampai di Bangkok jangan lupa ke Masjid Bangkok untuk
derma di sana dan solat syukur. Berhibur dan juga beramal.
Tips untuk menuju
ke destinasi
1. Tidak
semua orang Thai boleh berbahasa Inggeris. Mereka hanya faham menerusi Isyarat.
Jika anda mahu makan tunjukk isyarat hendak makan dan sebut perkataan muslim.
2. Minta
orang Thai lukiskan peta destinasi yang hendak dituju
3. Jika
anda mahu ke desntinasi tertentu,memang sukar dan anda kepenatan sendiri. Berhenti
di mana-mana parking yang ada lelaki memakai vest warna merah. Ia adalah teksi
motosikal yang akan bergerak ke mana-mana. Bayar kepada mereka Rm 2.00 atau 20
baht dan minta dia bawakkan ke mana anda mahu pergi. Tips ini adalah untuk
pengguna motosikal dan pejalan kaki.
4. Anda
tidak akan sesat, jika anda amati betul beberapa perkara iaitu :
a.
Bawa bisnes kad hotel anda, passport boleh
tinggal di hotel atau membawanya
b.
Minta nasihat pihak kaunter hotel, lazimnya dia
boleh berkomunikasi bahasa Inggeris dan menunjukkan tempat yang anda hendak
pergi
c.
Tengok sekeling bangunan anda yang tertinggi
sebagai symbol anda
d.
Hafal nama jalan besar hotel anda
e.
Boleh ikut laluan MRT
f.
Baca peta betul-betul
g.
Minta bantuan teksi motosikal sebab dia lebih
tepat daripada GPS.
Nasihat dari saya
1. Bawa
motor jangan ikut orang lain, ikut kemampuan diri sendiri
2. Pastikan
rehat yang secukupnya termasuk tidur. Jika penat berhenti di mana-mana 7 eleven
3. Jangan
menghina atau mentertawakan Negara, raja, pakaian, polisi dan lambang mereka.
4. Banyakkan
tolak ansur dan sentiasa senyum
5. Jika
ada sesiapa tahan anda kalau anda yakin nak bantu anda boleh bantu. Ikut gerak
hati masing-masing.
6. Di
atas motor banyakkan berzikir, hafal ayat-ayat lazim dan sentiasa menginsafi
diri
7. Nampak
masjid datangkan perasaan syukur teramat sangat pada Allah sebab anda lebih banyak
berjumpa tokong siam
8. Sebenarnya
kita di Malaysia lebih beruntung jika dibandingkan Thailand sebab pekerja pam
minyak mereka hanya RM 400.00 sebulan sedangkan kita telah masuk gaji minima RM
900.00 sebulan
9. Jika
ke Thailand anda boleh beradab atas jalan, apatah lagi di Malaysia. Saya sayang
anda semua sebab kita satu keluarga yang besar. Jaga nama baik Malaysia dan
maruah diri anda.
Maaf jika catatan ini kurang
tepat bagi mereka yang lebih arif keluar masuk, saya catat pada pengalaman saya
yang pertama kali. Catatan saya hilang setelah hp Samsung Note saya crack di Prachuap Khiri
Khan sebab motor saya terhentak di dalam lubang yang dalam ketika hujan .
Ketika ini saya sedang mengikuti pengajian peringkat Phd di UUM Sintok Kedah (International Study) semester 1. Kesempatan ini saya ambil. Ini kerana saya berulang-alik setiap minggu dari Muar ke UUM Kedah.
Saturday, July 6, 2013
PERUBAHAN UMNO KINI PENTING UNTUK MASA HADAPAN
Tidak lama lagi UMNO akan menghadapi pemilihan yang amat penting bagi menentukan masa hadapan parti tertua di dunia ini. Mengapa saya kata amat penting, ini kerana parti BN telah mengalami kekalahan yang paling teruk pada PRU 13 yang mana UMNO adalah tunjangnya. Masa hadapan UMNO dilihat amat berkait dengan masa hadapan dan corak Malaysia. Harus diingat parti UMNO merupakan pounch box kepada mereka yang tidak senang dengan kejayaan dan pencapaian yang dimiliki.
Saya melihat kepada 3 kumpulan di Malaysia yang melihat parti UMNO. Pertama mereka yang betul-betul duduk di dalam parti UMNO, memperjuangkan parti UMNO sebagai parti Melayu dan Islam. Mereka ini duduk dalam pelbagai lapangan, baik dari segi akademik, teknokrat, peniaga, ilmuan agama, politik, sosial dan pelbagai lagi. Mereka ini ada yang duduk berjawatan dalam parti dan ada yang duduk di luar. Golongan ini merupakan golongan yang amat penting dalam survival UMNO. Mereka yang dilahirkan dalam keluarga UMNO yang mana perjuangan Melayu dan Islam amat sinonim dengan dirinya.
Golongan kedua saya melihat kepada mereka yang terus menolak UMNO. Mereka ini dilahirkan di luar UMNO atau mereka yang kecewa, marah dan gagal dalam parti UMNO. Mereka ini sangat penting untuk menjadikan parti UMNO terus kekal. Mereka jelas menolak UMNO dengan alasan agama, keadilan, kezaliman dan sebagainya. Golongan ini dianggap sebagai pesaing utama dalam UMNO dan melihat UMNO begitu jijik dan haram. Golongan ini mempunyai pendekatan yang berlainan dengan parti UMNO. Kumpulan ini dilihat tidak memperjuangkan Melayu dengan lebih jelas namun tertumpu kepada agenda agama dan kesaksamaan. Harus diingat golongan ini semakin mendapat tempat jika pemimpin UMNO tidak mahu berubah.
Golongan ketiga adalah golongan berkecuali, ia tidak memihak kepada mana-mana, mereka yang mementingkan pada pencapaian diri sendiri. Mereka ini dilahirkan dalam suasana yang lebih terbuka. Mereka bukan tidak ada pendirian, tetapi pendirian mereka lebih terbuka. Golongan in lebih ramai jika dibandingkan dengan 2 golongan di atas. Golongan ini amat penting untuk ditarik oleh kedua pihak di atas. Golongan ini juga membuat keputusan pada saat akhir dengan melihat kepada penawaran yang diberikan oleh kedua pihak, melihat kepada permasalahan diri sendiri. Golongan ini perlu direbut dan diberikan tumpuan. Inilah golongan yang dipanggil atas pagar dalam parti politik. Mereka yang dilhahirkan kerana mahu memikirkan soal kerjaya. Mungkin juga golongan ini tidak didekati kerana mereka tidak mahu mengambil risiko dengan berbaik dengan 2 golongan di atas. Namun jika parti UMNO bijak menyesuaikan dirinya, maka golongan ini boleh beralih mengikuti UMNO.
Mengapa UMNO perlu berubah ?
UMNO perlu berubah dari segi kepimpinan iaitu tidak hanya melahirkan golongan koperat semata. Ia perlu memperbanyakkan golongan ilmuan, golongan agama, golongan sosial dan mereka yang ikhlas untuk berjuang. Bagaimana untuk membawa masuk golongan ini. Golongan ini boleh dibawa masuk menerusi perlantikan jawatan atau memegang mana-mana jawatan di dalam bahagian. Memasukkan golongan ini perlu dilihat secara terbuka. Menentukan kedudukan mereka di dalam parti juga penting untuk melihat mereka duduk bersama-sama dalam parti UMNO. Pada ketika ini UMNO dilihat sebuah parti yang mempunyai kemewahan, bersifat elit, tidak mementingkan soal pembangunan kerohanian dan tidak mendasar kepada perjuangan Melayu yang sebenar. Pejuang UMNO perlu meletakkan kepentingan Melayu dan Islam dihadapan jika dibandingkan kepada perjuangan projek. Golongan yang dibawa masuk ini perlu adil, mereka tidak boleh dibawa masuk dengan tangan kosong, mereka perlu diberikan tempat dalam apa jua bidang yang membolehkan mereka survive. Ini adalah wajar dan penting dengan suasana masakini yang telah berubah kepada ekonomi kapitalis. Ini bermakna perubahan ini bukan sahaja dilakukan oleh presiden parti namun kepada ketua UMNO Bahagian. Namun penegasan presiden UMNO adalah penting bagi memperlihatkan mereka benar-benar diperlukan dalam parti UMNO.

Tuesday, May 14, 2013
TRANSFORM UMNO BERMULA DARI PEMUDA
Menyedari PRU 13 keadaan parti BN yang ditunjangi oleh UMNO semakin tidak stabil, ia dilihat dari aspek 3 kaum iaitu Melayu bagi parti UMNO, Cina bagi parti MCA dan India bagi parti MIC yang perlu diadakan transform secara dalaman. Setelah post mortem yang dijalankan beberapa kali sejak PRU 10 sehingga PRU 13, maka wajarlah satu usaha yang sangat koprehensif dan berkesan perlu dijalankan.
Sebelum ini penulis ada menulis bahawa UMNO perlu melakukan transformasi dalaman bagi menjadikan UMNO terus relevan. Cakap-cakap relevan tidak hanya diluangkan daripada mulut semata, ia perlu dijadikan prinsip dan pendirian yang tersemat di dalam sanubari bagi setiap ahli-ahlinya. Jumlah keahlian UMNO yang dianggarkan lebih 2 juta perlu dijadikan satu kekuatan yang sebenar dan tidak lagi dianggap sebagai ahli back fire pada klimaks perjuangan.
Penulis melihat untuk menjadikan UMNO itu kekal dan relevan, maka penulis membawa pembaca semua untuk melihat kepada barisan pemuda. Ianya bermula daripada pemuda yang mempunyai kualiti terpilih, menjadikan pemuda sebagai benteng utama dihadapan, mejadi simbol kepada kejayaan dan menjadikan pemuda sebagai pewaris masa hadapan negara. Untuk itu apa yang pemuda perlu lakukan transformasi tersebut.
1. Mementingkan urusan Allah dan Islam sebagai matlamat hidup perjuangan
Dalam apa jua bidang termasuk politik urusan Allah mesti diletakakn dihadapan hidup kita. Mempercayai rukun Iman dan Islam akan melahirkan pemuda yang sangat disayangi dan disegani. Percaya kepada rezeki, qada dan qadar, pembalasan hari akhirat juga akan membataskan pemuda untuk tidak melakukan perbuatan sewenangnya.
2. Pemuda mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam disiplin yang berbeza
Inilah segala intipati kejayaan, pemuda mestilah mempunyai sikap rajin membaca pada perkara fakta, dengan pembacaan sahajalah ia akan meringkaskan dan memendekkan masa mengecapi kejayaan. Banyak maklumat yang mudah diperolehi untuk menjadikan pemuda seorang yang cukup berilmu dan disiplin yang tinggi. Sikap membaca juga akan mengubah watak pemuda kepada golongan berfikir.
3. Pemuda mestilah kreatif, terbuka, bersungguh dan berwawasan untuk kecapi kegemilangan
Saya melihat, watak seperti ini akan menjadikan pemuda akan terus maju kehadapan. Saya menyeru kepada pemuda sekalian agar menjadikan tempoh usia pemuda ini untuk mengambil sebanyak mana ilmu, sebanyak mana peluang, sebanyak mana networking dan sebanyak mana keuntungan yang halal untuk persiapan masa tua. Oleh itu pemuda mestilah kreatif, terbuka, bersungguh dan mempunyai wawasan agar kedudukan pemuda dilihat lebih tinggi.
4. Mentaati kepada pemimpin dan menegur dengan hikmah sikap pemimpin
Dalam organisasi kita tidak lari daripada sifat menataati ketua yang kita angkat, namun bukanlah semua perkara kita turuti, selagi ianya tidak bertentangan dengan perkara mungkar, maka kita mesti taat kepada pemimpin kita. Oleh itu kita digalakkan menegur pemimpin kita dengan hikmah, dengan istighfar dan dengan niat untuk kebaikan semua pihak. Tindakan ini akan menjadikan pemuda mempunyai organisasi yang kuat dan padu.
5. Meninggalkan politik wang, rasuah, berpoya dan cakap kosong
Bagi menjadikan pemuda UMNO disanjungi, politik wang wajib digugurkan dan dielakkan kepada golongan muda. Budaya meminta rasuah, senduk, tekak kering, haus dan sebagainya perlu dielakkan untuk menjadikan pemuda seorang yang bermaruah. Sikap ini juga akan mewujudkan kehancuran pemuda dan seterusnya UMNO gagal mewujudkan barisan pelapis yang digeruni.
Dari itu, saya meminta kepada semua pembaca, ayuhlah kita melakukan tranformasi dalam pemuda untuk meletakkan pemuda ditempat yang sebenarnya. Apa yang saya tuliskan ini adalah ikhlas untuk kebaikan kita semua. Tanpa mengira apa jua latar belakang saudara termasuklah parti PAS, ayuhlah bersama pemuda UMNO untuk melakuakn transformasi demi kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.
Takbir...
Coretan transformasi pemuda
Mohd Radzi bin Hj Amin
15 Mei 2013
1.45 pagi

Thursday, January 31, 2013
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PPK BAKRI
Pada hari ini 31 Januari 2013 ada program sambutan maulidur rasul peringkat PPK Bakri, program diadakan di pejabat peladang bakri Jalan Sungai Abong. Program dihadiri oleh Yh. Dato Saipolbahri Hj Suib selaku Pengerusi NAFAS Kebangsaan, Pengarah LPP Johor, AJP Bakri. Ceramah yg disampaikan oleh Ust. Iskandar dari SK Bandar Maharani.
Antara pengisian ceramah adalah jika kita dalam tempoh 40 hari tidak diisi dengan ilmu ibarat tanah merekah yang tidak ditimpa hujan selama 40 hari. Isilah diri dengan ilmu agar diri menjadi sempurna.

Wednesday, January 30, 2013
ISU KESELAMATAN JALAN RAYA DI BUKIT NANING
Salam semua, saya menerima pandangan dari rakan berkenaan kemalangan maut yang kerap berlaku di sepanjang jalan Bakri ke Parit Sulong terutamanya bermula di Batu 12 sehingga Batu 20 Air Hitam. Satu usaha yang komprehensif perlu dilakukan bagi menangani permasalahan ini.
Isu ini telah banyak kali dibangkitkan, terbaru ADUN Bukit Naning YB. Datuk Hj Abdullah bin Md Ali telah membawa isu ini ke Mesyuarat Tindakan Daerah iaitu pada 30 Januari 2013. Pegawai Daerah Muar Tn Hj Abd Rahman Mohamad Dawam memberikan respond yang baik bagi mengatasi masalah kemalangan yang kerap di Air Hitam.
Di sini saya postkan memorandum bagi permasalahan kemalangan maut di Air Hitam :

TARIKH : 30
JANUARI 2013
HARI : RABU
TEMPAT : PEJABAT
DAERAH MUAR
1. PENDAHULUAN
Isu keselamatan jalan raya di Bukit Naning telah
menjadi satu isu utama. Isu ini telah menjadi kerisauan penduduk setempat.
Kekerapan jumlah kemalangan telah mengakibatkan
angka kematian sentiasa meningkat. Bukan sahaja kemalangan kecil ia juga
melibatkan kemalangan maut yang melibatkan penduduk setempat.
Keadaan geografi sepanjang jalan bermula batu 13
sehingga batu 20 Air Hitam adalah bergelombang. Ini kerana tanah bergambut dan
penggunaan kenderaan berat telah mengakibatkan struktur jalan tidak rata.
Keadaan bahu jalan yang tidak rata telah mengakibatkan pengguna sering mengelak
kenderaan mereka ketika melalui jalan yang tidak rata. Jumlah peningkatan
kenderaan setiap hari turut menyumbang kepada peningkatan kemalangan.
Oleh itu satu perancangan dan tindakan yang
komprehensif perlu dilakukan bagi mengatasi permasalahan yang timbul. Peranan
daripada jabatan terbabit seperti Pejabat Daerah, JKR, JPS, Polis, JPJ, MKJR
dan NGO turut memainkan peranan penting bagi membantu mengurangkan dan
mengelakkan kemalangan dari terus berlaku. Pembentukan sikap dan sahsiah diri
ketika memandu amat penting bagi merealisasikan agenda mengatasi kemalangan
jalan raya di kawasan Bukit Naning.
Penduduk meluahkan rasa sangat kecewa terutamanya
mereka yang menjadi mangsa kemalangan akibat kecuaian pihak lain. Kekecewaan
ini telah berterusan dan ada yang menganggap Jalan Air Hitam Muar sebagai
perangkap maut. Penduduk juga telah memberikan pelbagai cadangan bagi mengatasi
permasalahan kemalangan yang kerap berlaku dan mengorbankan nyawa penduduk.
2. PERISTIWA KEMALANGAN
Kami tidak mempunyai data yang lengkap dan memohon
kepada pihak berwajib untuk menyenaraikan peristiwa kemalangan bagi memperkukuhkan
lagi isu ini. Namun begitu kami cuba menyenaraikan beberapa kemalangan yang
berlaku di sepanjang jalan bermula batu 12 sehingga batu 20 Air Hitam.
Bil.
|
Tempat
|
Tarikh
|
Catatan
|
1
|
Batu 14 Air Hitam
|
23 Jan. 2013
|
Seorang guru Sek. Keb.
Bukit Naning dan 2 anak maut dihempap konkrit. Perlanggaran antara lori dan
kereta.
|
2
|
Batu 16 Air Hitam
|
16 Oktober 2012
|
Seorang Guru Besar Sek
Agama Bukit Naning maut berlanggar dengan lori
|
3
|
Batu 17 Air Hitam
|
23 Jan 2012
|
Sebuah treller mengheret
penunggang motosikal (Pn. Rusmi Mahfoz) dan terposok di bawah treller
|
4
|
Batu 11 Jalan Bakri
|
19 Nov 2012
|
Kemalangan antara kereta
Proton Saga dan Lori
|
5
|
Parit Samad Air Hitam
|
26 Jan 2012
|
Kemalangan melibatkan
motosikal dan basikal
|
6
|
Batu 16 Air Hitam
|
16 Dis 2012
|
Kemalangan sebuah kereta
Proton Iswara masuk parit JKR
|
7
|
Batu 21 Air Hitam
|
22 Okt 2011
|
Pn Marhamah Kasiran
meninggal akibat kemalangan kereta
|
8
|
Batu 12 Air Hitam
|
28 Apr 2011
|
Sebuah Pajero (Mohamad
Azarul Akmal Md Ramlan) mengelak lopak
air dan bertembung dengan treller
|
3.
CADANGAN PENYELESAIAN
Dalam mengatasi masalah ini, kami dapati beberapa
cadangan perlu dilakukan segera bagi menangani permasalahan kemalangan maut di
jalan sepanjang Air Hitam. Di antaranya adalah :
3.1
Mengadakan dialog
penduduk bersama jabatan kerajaan yang terlibat bagi menangani masalah
kemalangan maut di Jalan Air Hitam
3.2
Mengadakan solat
hajat di seluruh masjid Air Hitam
3.3
Membaiki keadaan
jalan yang tidak rata
3.4
Menambak bahu
jalan setinggi jalan tar
3.5
Menambahkan
perabot jalan termasuk lampu amaran
3.6
Memasang bill
board bagi tujuan kesedaran
3.7
Memasang papan
tanda kalimah Allah sepanjang jalan
3.8
Mengadakan
sekatan jalan raya bagi tujuan pemeriksaan kenderaan berat
3.9
Meletakkan
anggota JPJ bagi memantau kenderaan yang menyalahi peraturan
3.10 Mengadakan “speed trap” oleh pihak Polis
3.11 Mengedarkan risalah kempen kesedaran oleh MKJR
3.12 Mengadakan pemantauan oleh pihak SPAD
3.13 Mengenakan tindakan tegas dan keras ke atas pemilik
kenderaan dan pemandu yang menyalahi peraturan
3.14 Pemasangan AES di Jalan Air Hitam
3.15 Melebarkan jalan Air Hitam
3.16 Menyediakan laluan motosikal
3.17 Mengurangkan had laju sedia ada iaitu dari 90 kmj
kepada 70 kmj bagi kereta manakala lori berat kepada 60 kmj
4.
PENUTUP
Adalah diharapkan langkah yang tegas dank eras perlu
dilakukan dengan segera bagi mengelakkan lebih ramai yang akan menjadi mangsa
kemalangan maut. Pihak kerajaan yang memainkan peranan utama seperti Pejabat
Daerah Muar, JKR Muar, JPS Muar, Polis, JPJ, MKJR dan SPAD perlu bertindak
segera bagi menangani kemelut penduduk setempat. Usaha membaiki sikap pengguna
jalan raya dapat diatasi jika mereka didisplinkan dengan peraturan dan
penguatkuasaan yang berterusan.
Daripada :
(YB. Datuk
Hj. Abdullah bin Md. Ali)
ADUN Kawasan Bukit Naning
Subscribe to:
Posts (Atom)