Syukur alhamdulillah dengan rahmat dan keizinan-Nya kita dapat sama-sama meraikan hari kemerdekaan ke 55. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk mengecapi apa yang kita miliki pada hari ini dan lagi sukar untuk menjaganya pada suatu masa yang panjang. Perkataan 55 tahun jika kita sama-sama amati, kita melalui beberapa zaman, zaman ketika penjajah iaitu British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, zaman kita meniti kesusahan dengan menjual hasil bumi yang terhad iaitu bijih timah, getah, balak, koko dan kelapa, kemudian kita mula membuat pinjaman dengan US untuk menaikkan taraf kemudahan kita termasuk pembinaan jalan raya dan pelabuhan bagi memudahkan kita mengekang komunis dan menjual hasil masyhur kita. Kemudian kita berhadapan dengan konfrontasi dengan Indonesia bagi pembentukan Malaysia, kemudian kita berpisah dengan Singapura, kita juga mengalami krisis ekonomi dan perpecahan dalaman parti Melayu sehingga terbentuklah parti semangat 46, kemudian PKR dan kini Malaysia terus menjadi negara yang dihormati.
Secara jujurnya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemimpin negara kita dalam semua peringkat, baik YDPA, PM, TPM, MB, CM, Menteri Kabinet, MP, ADUN, Ketua GLC dan semua rakyat Malaysia sejak merdeka sehingga kini. Tanpa jasa dan pengorbanan yang dilakukan tidak mungkin kita berada di tahap kini.
Namun kemerdekaan ke 55 tahun ini tidak akan begitu lama jika generasi yang dilahirkan bukan generasi yang kita harapkan, sebab itu pada masa kini usaha untuk melahirkan generasi yang baik bukan satu perkara yang mudah dan kita masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Generasi yang kita harapkan khususnya dikalangan generasi Melayu mestilah generasi yang boleh dianggkat hingga ke persada antarabangsa, usaha ini perlu digembleng secara bersama dibanyak peringkat.
Oleh itu generasi yang ada pada masa kini yang menyambut sambutan kemerdekaan, ayuhlah kita singsing lengan, sama sama berganding bahu untuk membina masyarkat yang baik, cemerlang untuk masa depan Malaysia yang penuh gemilang....hentikan rasuah, tingkatkan intergriti, tambahkan ilmu, kuatkan semangat yang tinggi demi sebuah negara bernama Malaysia...selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke 55....janji ditepati...
No comments:
Post a Comment