Tuesday, August 18, 2009

Kontrak Sosial Masyarakat Majmuk Di Malaysia


Saya ingin mengajak saudara-saudara mengimbau kembali sejarah terbentuknya masyarakat Malaysia kita hari ini, bertitik tolak dari terbentuknya sebuah Negara Malaysia yang asalnya dikenali dengan Tanah Melayu atau Malaya sebelum tercapainya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Saya juga ingin mengajak saudara-saudara mengimbau kembali sejarah bagaimana kita rakyat Malaysia hari ini yang terdiri daripada pelbagai keturunan, menganut agama yang berlainan dan mengamalkan cara hidup yang berbeza dapat hidup bersatu padu, aman damai dan menikmati kesejahteraan, kemakmuran dan kebahagiaan hidup bersama. Jawapannya muda, tetapi ternyata tidak semudah untuk menerima hakikat yang sebenarnya sekiranya rakyat Malaysia hari ini terutamanya golongan generasi muda tidak mahu mempelajari apa lagi memahami sejarah asal usul kita.

salah satu halangan yang paling utama yang perlu diatasi bagi membolehkan kita mendapat kemerdekaan daripada penjajah Inggeris ialah masalah perpaduan kaum dan masalah kerakyatan. Orang Melayu sebagai rakyat asal negara ini sesungguhnya amat keberatan dan tidak rela warga asing diberi hak kerakyatan dengan terlalu muda. Sebaliknya orang Cina dan India yang tinggal di Tanah Melayu merasakan mereka juga berhak untuk menjadi rakyat negara ini.

Demikianlah atas dasar semangat perpaduan yang kental, dengan kebijaksanaan para pemimpin yang terdahulu daripada kita seperti Tunku Abdul Rajman, Datuk Tang Cheng Lock dan Tun Sambanthan telah merangka satu kefahaman, satu permuafakatan dan satu persetujuan untuk mewujudkan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC bagi membuktikan hasrat rakyat supaya ketiga-tiga kaum terbesar di Tanah Melayu bertolak ansur dan bekerjasama untuk melahirkan kesejahteraan dan keamanan negara.

Sikap tolah ansur daripada kalangan semua kaum dan kesanggupan menyatakan pendirian masing-masing telah menjadi teras kepada pembentukan sebuah masyarakat yang bersatu padu seperti yang kita amalkan pada hari ini. Orang-orang Melayu melalui UMNO bersedia menerima orang-orang bukan Melayu daripada keturunan Cina dan India mendapatkan hak mereka menjadi warga negara yang sah dan berkongsi kuasa dalam bidang politik. sementara itu orang-orang daripada keturunan Cina dan India dari MCA dan MIC telah bersetuju memberikan hak istimewa kepada orang-orang Melayu dalam bidang ekonomi, pentadbiran dan pendidikan, agama Islam sebagai agama rasmi negara dan kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan kebangsaan. Atas dasr inilah iaitu dasar tolak ansur, persefahaman dan kerjasama kita dapat kemerdekaan tanpa titisan darah dan air mata. Kejayaan ini menggambarkan kebijaksanaan tokoh-tokoh politik kita daripada semua kaum yang sanggup berkorban demi kepentingan negara.

Oleh itu, pada hari ini isu hak keistimewaan sesuatu kaum janganlah diungkit-ungkit kerana ia termasuk didalam kontrak sosial sewaktu kita sama-sama hendak menuntut kemerdekaan. Dikesempatan inilah saya menyeru kepada diri saya, anak-anak muda sebaya saya dari High School Muar, Sekolah Tun dr. Ismail, Sek. Men. Bukit Naning, USM, UKM, sahabat saya dari usrah belia 4B, sahabat saya dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP serta sahabat saya yang berada di dalam pakatan rakyat, PAS, DAP dan PKR, sahabat saya yang berada di jabatan kerajaan, KEMAS, SB, seranta, MIO, MPM, Pejabat Daerah, Pejabat Belia Dan Sukan Muar, sahabat saya yang berada di media, Utusan, Metro, Berita, TV3 serta sahabat saya di dalam Parlimen Bakri, para bloggers dan semua yang mengenali diri saya....ingatlah bahawa perpaduan yang telah dibina antara semua kaum atas dasar sikap tolak ansur mesti kita pertahankan...SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52

1 comment:

halimzakaria said...

Kalau kita belajar sejarah.....
banyak fakta kita dapat dan kadang
- kadang boleh menjadi keliru jikalau informasi tidak tepat. Atau tiada bahan bukti yang nyata kerana ianya amat perlu di masa kini. Bukannya sahaja sejarah negara atau sebagainya tapi sejarah kehidupan atau salasiah diri kita pun kira penting juga.

Perhatikan baris-baris kata daripada Rukun Negara yang berada dibelakang Buku Sekolah semasa persekolahan rendah saya dahulu.


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
memelihara satu cara hidup demokratik ;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Jika kita percaya ianya berguna abdikan di dalam diri kita untuk 1Malaysia .

Saya juga percaya jika dapat lakukan di bawah ini
" UNDANG - UNDANG ALLAH DIJUNJUNG DAN UNDANG-UNDANG NEGARA DIKENDONG " maka ianya tidak lari daripada apa yang dimaksudkan ke dalam Rukun negara yang asal.

P/s :
Saya ambil di dewan budiman Sekolah Rendah Ismail 1 Muar.