Thursday, August 6, 2009

Lagu Warisan


Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap diarus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hiang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kini sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayukan gagah dinusantara,
Melayukan gagah dinusantara.

sahabat-sahabat semua, hayatilah lagu ini, lagu yang penuh pengertian dan kesedaran, sesungguhnya kita sudah berpecah belah, kerana sesuatu kuasa dan kedudukan seseorang, kita berantakan...aduhai sahabatku, kita dah takde apa2 lagi, lihatlah tanah-tanah datuk nenek kita di tengah bandar, habis semua hartanya yang diberikan kepada orang lain...dimana kita nak duduk selepas ini, marilah kita pelihara harta yang masih kita tinggal, kita dah takde apa lagi saudaraku...ekonomi kita kalah, agama kita tak bersungguh dan lemah, masalah sosial terlalu bejat, kita tinggal kuasa yang sedikit, kuasa PAS dan Kuasa UMNO sahaja yang tinggal untuk Melayu.

Sahabat-sahabatku yang aku sayangi, lihatlah anak-anak kita disuatu hari nanti, mereka akan menanya-nanya mana kampung asal datuk mereka, mana kampung kelahiran mereka, mana tanah yang patut diwarisi, janganlah sampai anak cucu kita duduk di depan pusara kita seraya berkata "inilah pusara yang menggadaikan seluruh harta kita " Aduh saudaraku, betapa pedihnya disaat itu, mereka hanya menumpang di tanah bukan milik mereka, mereka akan dijadikan pelarian sendiri di tanah mereka....Ayuh saudaraku bangkitlah, bangkitlah dari kelenaan yang tiada kesudahan, kuatkanlah dengan ilmu, kuatkanlah dengan iman dan ihsan,kuatkanlah jati diri saudaraku, perkukuhkanlah hubungan sesama Melayu, pergiatkanlah aktiviti pengukuhan jatidiri.

Sahabatku seperjuangan di dalam Parti PAS, kita akan mewarisi negara ini, biarpun hubungan kita pernah tercalar, kita mampu untuk bangkit, kepada sahabatku dari USM, tabiin, faizalrizal, usop dan lain-lain, ayuhlah dengan kalimah tauhid dengan kalimah bangsa keramat kita gagah menyelusuri cabaran ini, kita tekad bersatu menghadapi cabaran ini, kita ikhlas dan penuh tanggungjawab untuk merangkul bebanan yang dipertanggungjawabkan....insya Allah kita akan kekal dan kuat untuk kita wariskan pada anak bangsa kita....Takkan Melayu Islam hilang didunia Malaysia....

1 comment:

halimzakaria said...

Salam,

Lagu ni dahulu selalu bermain di Felda. Sebab tu di Felda kebanyakkannya semua adalah ahli Umno. Kalau tak caya cuba tanya Jabatan penerangan Umno.