Wednesday, August 5, 2009

Melahirkan Pemuda Yang Berketerampilan Tinggi


Syukur alhamdulillah kita masih diberi keizinan, kesihatan, kekuatan dan masih lagi di dalam nikmat Islam. Islam yang diwujudkan untuk memberikan kebaikan, kesejahteraan, perlindungan, perdamaian, persaudaraan dan ketenteraman kepada pengamalnya dan memberikan kebaikan kepada seluruh alam ini. Alam yang indah ciptaan dan kurniaan Allah inilah kita sama-sama berusaha mencari keberkatan hidup di dunia dan akhirnya di akhirat.

Pemuda UMNO pada hari ini.....ke mana halatuju yang hendak dibawa, adakah ia hanya sekadar sayap dalam parti UMNO, sebagai pewarna di dalam parti sahsiah, sekadar mencukupkan korum atau hanya satu tempoh yang perlu dilalui oleh semua orang tanpa ada perkara yang bermanfaat untuk kebaikan semua orang. Pemuda hari ini, dimana martabat dan taraf tertinggi dirinya, adakah hanya untuk diejek, digurau, disindir atau dibualkan oleh pihak parti lawan. Pemuda hari ini, mengapa melihat dan membisu, seribu kaku apabila serangan demi serangan ke atas parti UMNO, di mana kita ingin bermula dan bagaimana kita mahu bertindak.

Wahai pemuda UMNO.... kamu dilahirkan di dunia ini, alam ini, alam Melayu ini bukan untuk sia-sia bukan untuk mencukupkan syarat, malah kita dilahirkan semua ini untuk tanggungjawab yang lebih besar dan lebih suci, menjadikan seorang pemuda yang beriman kepada Allah, bertanggungjawab kepada agama dan negara, membela parti UMNO ini dari kelumpuhan dari serangan pihak lawan, menjadikan pemuda seorang yang berketerampilan tinggi.

Wahai pemuda UMNO, kita perlu balik ke pangkal jalan, kita perlu lihat bagaimana pejuang Melayu dahulu memperjuangkan Melayu hingga ke titisan darah dan penghujung nyawa, kita perlu jadikan ianya satu sumber kekuatan, kita perlu balik dengan ilmu, kita perlu balik kepada keikhlasana dan kita perlu meletakkan maruah agama, bangsa dan negara sebagai yang terpenting. Janganlah kita menjadi pemuda yang disogok dengan politik wang, janganlah kita dilenakan dengan nyanyian karaoke, janganlah kita diisi dengan caci mencaci, kata mengata, dusta mendustai, janganlah kita hanya menyeronokkan diri dengan kelab malam, rumah urut, janganlah kita mendekatkan diri dengan arak dan perjudian. Kita bangsa mulia, kita bangsa terpuji, kita bangsa bertamadun malah kita umat Islam yang diberikan jaminan diakhirat kelak.

Wahai pemuda UMNO, kita perlu bersatu seperti bersatunya kaum muhajirin dan ansar, mereka melupakan kampung mereka, mereka meluapakan persengketaan semasa mereka jahiliyah, kerana mereka bersatulah kerahmatan Allah datang ke bumi kita ini. Kita perlu memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepad UMNO, biarpun ramai mengatakan UMNO penuh kerosakan, UMNO penuh rasuah, UMNO penuh kejelekan, namun saya percaya dan saya yakin saudara juga percaya bahawa UMNO tidak bersalah, hanyala segelintir pemimpin yang membuat kerosakan menjadikan UMNO dihina, wahai jabatan kerajaan, wahai agensi kerajaan, wahai badan-badan NGO, marilah kita bersatu hati memelihara parti ini dari dihina dibumi sendiri, marilah kita pulihkan dan kita sama-sama baiki, wahai pemimpin UMNO atasan, dengarlah pandangan dan rintihan orang bawahan, janganlah meneruskan politik wang, ajarlah kami dengan ilmu pengetahuan, berikanlah kami satu kekuatan baru untuk kami menjadi benteng yang ampuh, kami tidak perlukan pemimpin UMNO yang perasuah, kami tidak perlukan pemimpin UMNO yang menjadikan UMNO ini satu syarikat, kami tidak perlukan pemimpin UMNO yang tiada keikhlasan, kami tidak mahu pemimpin UMNO yang rendah moralnya, kami mahukan pemimpin UMNO yang tulin, setulin Tun Abdul Razak, segigih Tun Abdul Rahman, sekuat Tun Husin Onn, secerdik Tun Mahathir Mohamad sesabar Tun Pak lah.

Wahai barisan pemuda UMNO Bakri, hayatilah lagu UMNO JOhor jiwailah lagu warisan dan kuatkanlah tekad merampas kembali kerusi yang kalah, wujudkanlah keikhlasan di dalam perjuangan, jangalah momokkan lagi dengan keseronokan, janganlah hiasi kami dengan duit yang bertaburan, kami dahagakan satu perjuangan Melayu yang tulin, perjuangan bangsa yang lebih mulia dari perjuangan diri sendiri, perjuangan yang penuh keihlasanan dan keilmuan. Insya Allah kita akan menjadi kuat jika kita melupakan persengketaan, kata mengata, caci mencaci dan melemahkan sahabat yang lain, janganlah jadi onak dalam belukar jadilah lilin yang menerangi alam, biduk berlalu kiambang bertaut..........

Mohd Radzi bin Hj. Amin
AJK Pemuda Bakri

No comments: