Rasuah adalah perbuatan keji yang harus dihindarkan dalam masyarakat. Sebagai orang Islam yang percaya pada hari akhirat, rasuah haruslah dielakkan kerana perbuatan rasuah tidak akan menjadikan seseorang itu kaya mahupun bahagia malah perbuatan tersebut akan dilaknat oleh Allah SWT.
Dalam konteks politik UMNO, rasuah politik atau politik wang sudah menjadi amalan biasa malah seolah-olah dihalalkan kepada perbuatan yang haram. Sikap sesetengah perwakilan yang meminta-minta untuk diberikan rasuah atau sikap orang yang bertanding memberikan rasuah pperlu dipandang serius kerana ia akan melahirkan masyarakat yang lemah dan hina. Kalau kita lihat orang yang berikan rasuah dengan memberi seorang perwakilan RM 1000 untuk mengundi dirinya, adakah duit tersebut sumbernya datang dari yang halal, bagi orang yang berniaga secara jujur tidak semudah itu memberikan wang kepada orang ramai untuk mengundi beliau, ini kerana terdapat pertandingan politik menyebabkan calon yang bertanding menghabiskan ratusan ribu atau jutaan ringgit semata-mata untuk mendapatkan jawatan.
Apa akan jadi kepada si penerima pula, sudah tentu duit yang diterima akan dibelikan makanan, susu anak, membaiki kereta atau membayar hutang, jarang sekali duit itu diserahkan di dalam tabung surau atau persatuan kemasyarakatan....apa akan jadi anak-anak sipenerima ? sudah tentulah anak-anak mereka akan menjadi lembap, nakal, melawan orang tua dan hasilnya wujudlah mat rempit dan minah rempit yang menyusahkan masyarakat ?
3 comments:
-salam-
Saudara,dalam politik,rasuah di mulakan oleh `pemberi` bukan `penerima`.Dunia politik sekarang mirip pada perniagaan berbanding berkhidmat pada masyarakat.Sukarnya mencari pemimpin sejati menyebabkan masyarakat `terpaksa berniaga` dengan pemimpin.Masyarakat kena ada kesedaran politik yg tinggi barulah gejala rasuah ini dapat di bendung.
Salam...pemberi dan penerima dua-dua adalah bersalah, masalah rasuah tidak hanya pada umno shj tetapi di luar umno juga mengamalkan rasuah, cumanya umno telah sedar bahayanya rasuah, apa yg mustahak perkara yang berlaku kita sama2 tangani, mungkin kita tidak rasuah tetapi kawan2 kita ada yg rasuah atau org yg terdekat dengan kita, caranya bukan hanya kesedaran politik sahaja tetapi balik kepada perjuangan agama
Undang Allah Dijunjung Undang Negara disanjung.
Oleh itu rasuah berlaku diantara kedua-dua pihak yang memberi dan yang menerima pemberian itu untuk mendapatkan sesuatu hajat.
Perbuatan rasuah amat dilarang keras oleh Syariat Islam, dihitung sebagai suatu Dosa Besar.
Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 177
“Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui.”
Sabda Nabi S.A.W
“Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”
Semua hasil yang dimakan dari rasuah adalah Haram, menurut Nabi S.A.W “As-suhut” iaitu api neraka lebih utama dengannya.
Maka kita sebagai umat Islam haruslah menjauhi diri kita dari perbuatan terkutuk ini kerana siksaan di Akhirat amatlah pedih bagi orang-orang yang terlibat dengan Rasuah.
Minta maaf yer...
Kita tidak katakan boleh katakan parti tapi individu atau orang perseorangan yang berkepentingan diri sahaja yang sanggup dan telah membuat begitu.
Taubatlah......selagi ada pintu taubat itu masih terbuka maka insaflah tentang atas perbuatannya itu atas demi agama,bangsa dan negara yang dicintai.
Kerana keinsafan itu maka ianya tidak terjerumus ke arah yang lebih besar, merbahaya dan dilaknati......
Apa yang kita cari selama ini....???. Tapi akhirnya ke tanah jua kita.
Post a Comment