Monday, February 9, 2009

Apabila Karpal Singh Menghina Sultan


Apa yang orang Melayu dalam Pakatan Rakyat buat, mereka buat-buat guling di atas jalan sebagai tanda semangat cintakan Pakatan Rakyat dengan membawa bendera Palestin dan bendera PAS sebagai membantah kehadiran Raja Muda Perak bagi menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru (Dr. Zamri Kadir). Di mana orang-orang Melayu dalam DAP dan PKR. Nyatalah disini PAS telah diperkudakan oleh DAP dan PKR memandangkan Datuk Nizar adalah orang PAS.
Apa yang orang Melayu Islam dalam Pakatan Rakyat buat bila Karpal Singh akan menyaman Sultan Perak pada Selasa ini (11 Feb 09). Adakah mereka berbangga kerana ada orang yang menyebelahi mereka atau mereka kecewa kerana orang bukan Melayu menghina Sultan atau mereka tak kata apa-apa bagi menghalalkan perbuatan pemimpin rakyat.
Nah, sudah terang lagi bersuluh,inilah dia perjuangan Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai kekuatan dalam ikatan mereka, mereka hanya bersatu dalam ertikata protes dan apabila protes telah Berjaya mereka tidak bina kekuatan dalam Pakatan Rakyat malah mementingkan Agenda Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri dengan cara ajar orang UMNO lompat Pakatan Rakyat rupa-rupanya dia ajar Pakatan Rakyat lompat dalam BN.
Wahai saudaraku dalam Pakatan Rakyat, jika nak perjuangkan sesuatu agenda biarlah berprinsip, jika betul katakana betul, jika salah katakana salah, walaupun ia berat khususnya kepentingan Pakatan Rakyat. Saya sendiri akui telah banyak kelemahan yang berlaku dalam UMNO dan UMNO sedang membaiki (memerlukan masa) untuk kepentingan semua kaum. Terima kasih juga pada Pakatan Rakyat yang memberi kesedaran kepada pemimpin UMNO. Akhirnya janganlah kita menghina Sultan kerana ia lambang Islam dan Melayu kita.

No comments: