Agak terharu apabila Sultan Perak yang boleh dianggap raja profesional memberikan mandat kepada BN untuk mentadbir negeri Perak. Saya percaya Sultan Perak telah mengkaji sedalam-dalamnya demi kepentingan survival orang Melayu dan Islam di Perak. Apa taknya selama 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat telah menyebabkan pihak istana memberi komen terhadap penyerahan tanah kepada penduduk Cina selama 999 tahun. Bukan itu sahaja, belum-belum dah tukar kereta toyota camry 2.4, apa yang nak diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat tidak difokuskan, hanyalah mementingkan politik dengan acara memancing undi wakil rakyat BN.
Jika dilihat pemerintahan Pakatan Rakyat pada hari ini, Datuk Seri Nizar hanyalah proaksi kepada DAP ini kerana PAS menang 6 kerusi, PKR 7 kerusi dan DAP 17 kerusi. Datuk Seri Nizar hanyalah boneka kepada DAP kerana DAP tidak boleh mengetuai kerajaan kerana ia menang di negeri bersultan. Sebab itulah Pakatan Rakyat mahukan pembubaran DUN bagi memengangkan kerusi yang dijangka ia menang. Tapi persoalannya bolehkah ia menang jika banyak tindakan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat telah mengguriskan hati orang Melayu di Perak. Sebaliknya jika dilihat BN, UMNO menang 27 kerusi dan MCA menang 1 kerusi di Chenderian (Dr. Mah Hang Soon). Ini bermakna kepimpinan BN adalah kemenangan untuk orang Melayu Islam dan pastinya akan membawa keadilan kepada kaum lain seperti di Johor.
Saya amat bersetuju benar perlantikan Dr. Zamri Kadir sebagai MB baru, beliau yang berkelulusan PHD adalah seorang yang profesional dan berlatarbelakangkan agama. Saya amat yakin beliau adalah calon yang paling sesuai dan generasi muda. Mudah-mudahan ia mampu memimpin untuk kebaikan Islam dan Melayu serta kaum lain di Perak.
Satu perkara lagi saya minta kepada BN yang memerintah, ingat ini amanah, jangan pentingkan diri sendiri secara melampau, fokus kepada rakyat, jaga moral, contohilah cara Rasulullah dalam memimpin kawasan. Belajar dari kekalahan dan pernah menjadi pembangkang. Apa sebab rakyat tak suka dan apa yang rakyat suka.
Mudah-mudahan BN Perak akan menggerakkan kekuatan baru dan diikuti di Selangor dan Penang.
No comments:
Post a Comment