Monday, March 22, 2010

PROGRAM OPKIM UITM DI PARLIMEN BAKRI




Syabas dan tahniah kepada semua peserta OPKIM iaitu 104 pelajar, 32 siswa/siswi UiTM fakulti Pengurusan Perniagaan, 15 orang belia 4B dan 10 orang guru yang menyertai kursus selama 3 hari 2 malam di SMK Sungai Abong. Saya sebagai Pengerusi belia 4B Kawasan Bakri ingin mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada Dato' Saipolbahari yang sudi merasmikan majlis penutupan OPKIM, Datuk Dr.Haris Salleh selaku Pengerusi JPMM DUN Sungai Abong, Tn. Hj. Ahmad Nasarudin Tulus selaku wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Tn. Hj. Mahmud bin Sarlan selaku Pengetua SMK Sungai Abong, Pn.Sahera binti Arifin selaku Pensyarah UiTM, Tok Kahar Mashuri selaku Pengerusi PIBG merangkap ketua kampung dan En Hanapiah selaku pengusaha kantin.

Program yang bermula pada 19-21 Mac 2010 telah dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Sukan Pagoh dengan melibatkan lebih 800 siswa/siswi, 2,414 pelajar dan Parlimen yang terpilih.

Bagi Parlimen Bakri, pemilihaan sekolah ini dibuat berdasarkan latarbelakang sekolah yang berada diantara bandar dan luar bandar serta kedudukan sekolah yang berada di kawasan kalah.

Banyak pengisian telah dijalankan seperti program LDK yang menerapkan nilai keyakinan, jati diri,keberanian,kepimpinan, nilai kerohanian dan semangat muafakat dalam kumpulan. Pelajar juga turut mengadakan program gotong royong di Taman Marin dengan membersihkan kawasan secara bersama dengan pihak SWM. Pihak sekolah juga berharap agar Gerakan Belia 4B akan terus memberikan kursus seperti ini yang akan memberikan faedah kepada generasi akan datang.

Syabas kepada peserta OPKIM,siswa/siswi, para belia dan pihak pengurusan pendidikan.

2 comments:

halimzakaria said...

Salam,

Syabas teruskan usaha anda.

Nota
Abu Dsa berminat dgn pekara begini.

MOHD RADZI BIN HJ. AMIN said...

tkasih lim atas pandangan....aku terfikir, dalam perjuangan apa sebenar yg dicari dan apa sebenar yang hendak diperjuangkan, adakah ilmu di dada sudah cukup untuk melakukan perjuangan dalam merempuh rona-rona kehidupan....dengan masayrakatnya, dengan belianya, dengan masalah sosialnya dan dengan keluarganya sendiri....bukan mudah nak menelan air liur sambil memikirkan perjalanan dalam kehidupan....baru sebentar tadi aku menerima tazkirah dari seorang ulama...bagus tazkirah tu, dia beri secara personal, dia minta aku gerakkan belia dan tidak meninggalkan perjuangan Islam...insya Allah lim, aku tekad utk membawa agenda ini untuk kebaikan agama dan bangsaku...