Sunday, January 3, 2010

GELANGGANG SUKAN PELBAGAI GUNA


Bersyukur kepada Allah SWT kerana kasih dan sayang-Nya, Parlimen Bakri telah mendapat 7 buah gelanggang sukan pelbagai guna sebanyak RM 150,000.00 setiap buah dan jika ada 7 unit ini bermakna kos keseluruhan gelanggang ini adalah RM 1,050,000.00. Walaupun Bakri berada di kerusi pembangkang yang terang-terangan tidak mampu dapat lakukan apa-apa pembangunan di kawasan Bakri, namun kepimpinan BN Bakri telah berjaya mengadakan peruntukan yang besar ini untuk golongan muda beriadah dan bersukan.

Gelanggang ini telah diperuntukan oleh Kementerian Belia Dan Sukan kepada setiap DUN yang mengandungi 2 gelanggang. Ia mengandungi gelanggang futsal, sepak takraw dan bola jarring. Memandangkan Bakri di bawah pembangkang maka Ketua UMNO Bahagian ketika itu YB. Datuk Hj. Abdullah Md. Ali telah meminta saya selaku Pegawai Khasnya untuk mendapatkan 6 tempat. Maka cadangan tempat di kawasan DUN Bukit Naning telah diletakkan di Kompleks Penghulu Mukim Air Hitam dengan bantuan Penghulu Zabidi Mahmud dan Padang Parit Tengah Air Hitam dengan bantuan Tok Sarman Othman selaku Ketua Kampung. Bagi DUN Sungai Abong, 2 tempat telah dicadangkan iaitu di Kompleks Penghulu Mukim Bakri atas bantuan Penghulu Khairul Azmi dan Pesta 2 atas bantuan En. Ghafar Said. Bagi DUN Bentayan, 2 tempat telah dicadangkan, peringkat awal adalah di kawasan lapang Pengakalan Tiram, namun ia tidak sesuai kerana tanah yang kecil, kemudian dicadangkan ke tanah milik hospital, namun sukar mendapat keizinan, maka dicadangkan di Pesta 1 atas kerjasama En. Abdullah Tahir dan ia dapat diluluskan. Satu lagi gelanggang yang berkonsepkan masyarakat Cina dibina di Taman Temiang Jaya.

Dalam perlaksanaan projek ini, hanya 4 gelanggang telah siap dibina iaitu di DUN Bukit Naning dan DUN Sungai Abong kecuali di DUN Bentayan yang masih dalam pembinaan. Bagi DUN Sungai Abong pula, sebuah gelanggang tambahan hasil usaha Tn. Hj. Hasan Johari yang dibina di Jalan Mahmud Bukit Batu.

Namun apa yang lebih musatahak adalah pengisian gelanggang tersebut termasuk soal pengurusan, jadual permainan, penyelenggaraan, undang-undang permainanan, masa permainan dan pelbagai lagi. Oleh itu saya mencadangkan agar gelanggang sukan ini diletakkan di bawah Kelab Sukan Komuniti bagi DUN masing-masing. Rasionalnya, Kelan Sukan Komuniti mempunyai sijil pendaftaran yang sah dan akaunnya yang sendiri serta dibawah Pengerusi JPMM.

No comments: