Monday, October 5, 2009

PAS Membenarkan Orang Politik Bukan Islam Menggunakan Al Quran


Baru-baru ini ceramah di Bagan Pinang, Salahudin Ayub telah mempertahankan N. Gobalakrishnan kerana menggunakan ayat suci al quran dalam ceramahnya ketika berkempen di Bagan Pinang. Salahudin Ayub menegaskan ia dibenarkan bagi orang bukan Islam bagi tujuan memperkukuhkan hujah ketika berceramah dan ayat Allah boleh dibaca di mana-mana tempat. Salahudin juga menganggap pemikiran orang yang menolak orang bukan Islam tidak boleh membaca al quran adalah pemikiran lapuk sedangkan di Negara luar ramai orang bukan Islam membaca al quran tidak seperti di Negara ini.

Sepanjang yang saya tahu bukan N. Gobalakrishnana sahaja yang membacanya malah ramai lagi pemimpin parti dari DAP dan PKR yang bukan Islam turut membacanya. Persoalan yang saya ingin timbulkan mengapa ia dibaca untuk dijadikan hujah bagi menghadapi kempen pilihanraya sahaja ataupun kempen di atas pentas politik, mengapa N. Gobalakrishnan tidak membacanya ketika ia bersama keluarganya sendiri atau dengan rakan-rakan India Non Muslim, mengapa al quran hanya dibaca pada bahagian-bahagian tertentu yang tidak diambil keseluruhannya, siapa yang mengajar mereka memilih potongan ayat suci al quran ini sehingga mereka tahu ayat mana sesuai untuk dijadikan hujah, adakah sesuai orang yang tidak mempunyai wudhuk, tidak menjaga adab membaca al quran, berhadas besar dan berhadas kecil, tidak mengarahkan al quran itu ke kiblat dan tidak menjaga sunah-sunah rasulullah di dalam membaca al quran, membaca dalam keadaan yang salah, membaca dalam keadaan terpekik-pekik dan yang paling mengecewakan orang Islam yang mendengar ceramah tersebut kononnya ia berilmu hanya membiarkan kesilapan ia berlaku. Adalah amat baik jika sipembacanya membaca dalam keadaan tenang, sederhana, bersuci dan memeluk Islam. Mengapa masa kita belajar di sekolah kita akur kepada guru kita, bahawa kitab al quran setelah kit abaca kita cium dan junjungnya, beranikah orang bukan Islam melakukannya.

Saya lihat, keadaan PAS bertambah celaru apabila memasukkan dirinya ke dalam Pakatan Rakyat, mereka sendiri bergaduh antara satu sama lain antara bersetuju untuk masuk ke dalam Pakatan Rakyat atau mengasingkan diri. Inilah akibatnya apabila PAS sendiri digunakan oleh Pakatan Rakyat sedangkan PAS sendiri tidak sempat menggunakan peluang di dalam Pakatan Rayat. PAS sendiri membenarkan agama Islam yang mulia dan tinggi di sisi Allah, agama kehidupan dan kebenaran dan agama yang diredhai oleh Allah digunakan oleh tangan-tangan yang mahukan kuasa politik di tangan mereka waimah dengan cara tidak baik sekalipun. Saya masih ingat ketika saya belajar di USM apabila rakan saya dari PAS dengan tegasnya berkata “kita sebagai orang Islam tidak boleh menghalalkan cara dalam mengejar matlamat”. Namun PAS dahulu dan kini telah berubah, ayuh PAS bersama UMNO di dalam menegakkan Islam, masih ramai yang akan mengikuti PAS jika PAS keluar dari Pakatan Rakyat demi survival dan kelangsungan Islam dan Melayu.

1 comment:

halimzakaria said...

Wahai saudaraku,

Dalam Al Quran sudah tertulis.

Firman allah :

“Janganlah orang-orang mukmin menjadikan orang-orang kafir sebagai wali selain orang-orang
mukmin. Siapa sahaja yang berbuat demikian, maka terlepaslah ia dari pertolongan Allah...” [TMQ
Ali Imran (3):28].

Dan firmanNya,

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani
sebagai wali bagimu, sebahagian mereka adalah wali bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di
antara kamu mengambil mereka sebagai wali, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah
(5):51].

Ingatlah akan firman Allah,

“Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah, RasulNya, dan orang-orang yang beriman, yang
mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah)” [TMQ al-Ma’idah
(5):55].

Semoga muhasabah sesama saudara Islam ini menjadi penyedar dan penyejuk kepada hati-hati yang
ikhlas dan beriman. Wallahu a’lam.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu faham bahawa dalil yang membenarkan ‘penubuhan’ sesebuah
parti politik (atau gerakan) Islam
- Tidak kira Umno,PAS,PKR dan sebagainya adalah ayat,

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan (Islam),
mengajak kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar." [TMQ Ali Imran (3):104].

Sebaik-baik pemimpinnya seperti ayat di bawah ini :

"Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada
yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah" [TMQ Ali-Imran
(3):110].

Itu aje wasallam