Thursday, October 1, 2009

Tragis Gempa Di Sumatera Barat




Subhanallah....mungkin itu yang kita mampu luahkan dengan apa yang berlaku di Sumatera Barat. Ribuan orang pasti akan terkorban tidak mengira siapa, baik orang alim atau tidak, baik orang kaya mahupun miskin, baik orang dihormati mahupun sebaliknya. Kekuatan 7.6 skala ritcher si Padang dan 6.6 skala ritcher di Jambi bukanlah satu gegaran yang kecil dan dipandang sepi....jika Selangor, Melaka, Johor dan negeri Sembilan boleh merasai gegarannya apa pula yang berlaku di tempat sendiri.

Indonesia adalah sebuah negara jiran kita yang mempunyai pertalian sejarah yang cukup rapat dan ketat, sehinggakan segala budaya, warisan sejarah, perkembangan Islam dan perhubungan serumpun telah lama berkait...malah tidak dinafikan rakyat Malaysia dan Indonesia kerap berhubungan sebagai satu saudara. Indonesia dianggap abang kepada Malaysia mempunyai keluasan yang berpuluh kali ganda dengan Malaysia dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Namun Indonesia memiliki garisan gempa bumi dan gunung berapi yang aktif jika dibandingkan di Malaysia. Namun adakah keselamatan yang dialami di Malaysia kita harus berpejam mata ?

Teringat saya di satu hadis Rasulullah SAW yang menceritakan tentang ketika Allah menciptakan bumi ini, bumi dalam keadaan berkocak dan bergoncang, lalu Allah menciptakan gunung ganang dan bukit bukau sebagai pasaknya, maka berkata para malaikat " hebatnya makhlukmu gunung ganang dan bukit bukau, adakah ada yang lebih hebat dari itu" berkatalah Allah "ada, iaitu besi yang boleh memotong gunung ganang dan bukit bukau" maka berkata para malaikat "hebatnya besi, sehingga boleh memotong bukit bukau dan gunung ganang sedangkan gunung ganang sahaja berjaya menghentikan kocakan bumi, adakah yang lebih hebat dari besi" tanya para malaikat...maka Allah menjawab "ad, iaitu api, sifat api boleh memotong besi" maka bertanya " adakah yang lebih hebat dari api ?" maka Allah menjawab iaitu "air, air dapat memadam api" maka bekata para malaikat "hebatnya air, air dapat memadam api, api dapat memotong besi, besi dapat memotong gunung ganang dan bukit bukau"....malaikat bertanya " adakah yang lebih hebat dari air ?" maka Allah menjawab ada " iaitu angin, angin dapat mengatasi air" maka malaikat bertanya " wahai Allah adakah yang lebih hebat dari angin ? maka Allah menjawab " ada, iaitu anak adam yang bersedekah dengan tangan kanannya namun tangan kirinya tidak mengetahui sedekah itu ".

Saya beranggapan, jika rakyat Indonesia dan Malaysia membuat amalan kebaikan yang berterusan termasuk bersedekah dan menghindarkan diri dari kerosakan maka parkara yang hebat yang diceritakan ini sudah pasti memberikan kebaikan kepada kita semua...salam syawal...

No comments: