Sepertimana cadangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamudin yang mencadangkan agar guru kumplan A dibenarkan berpolitik bagi menggembleng dan memantapkan lagi UMNO perlu dilihat dalam aspek positif dan negative. Guru yang merupakan orang terpenting dalam melahirkan masa hadapan anak bangsa bukan mempunyai kedudukan yang selesa tetapi kedudukan yang kritikal. Jika gagal menumpukan kelas dan pelajar maka gagal jugalah anak murid tersebut dari sudut akademik. Oleh itu meletakkan guru dalam keadaan berpolitik atau tidak perlu berhati-hati.
Dari aspek positif pertamanya kemasukan guru kumpulan A sudah pastinya akan melahirkan seramai mungkin golongan professional di dalam UMNO dan secara tidak langsung akan menguatkan parti UMNO. Keduanya pada masa UMNO dalam keadaan kritikal seperti hari ini, sudah tiba masanya golongan yang berlatarbelakangkan moral dan akademik yang baik dibawa masuk semula ke dalam UMNO sepertimana perjuangan era awal kemerdekaan. Ini kerana pada masa kini larangan guru berpolitik sebelum ini disebabkan melihat UMNO dalam keadaan yang kuat. Ketiganya kemasukan kumpulan A akan menjadi role model kepada anak-anak muda untuk melakukan tindakan yang lebih bermoral. Keempatnya kemasukan guru akan mengimbangi golongan korporat yang pada hari ini dilihat menguasai UMNO. Kelimanya kemasukan guru kumpulan A sudah tiba masanya untuk membetulkan keadaan parti UMNO yang dalam keadaan kritikal di dalam menjamin survival parti.
Dari aspek negative pula kemasukan guru kumpulan A akan menyebabkan hilang focus kepada sekolah, kelas dan pelajar yang pastinya akan member kesan kepada pencapaian akademik pelajar. Keduanya dikhuatiri golongan guru tidak semestinya menyokong UMNO malah akan menyokong parti lain jika kebenaran berpolitik diperolehi. Ketiganya akan member imej buruk kepada sekolah berkenaan jika guru tersebut gagal melakukan moral politik yang baik. Keempatnya guru tersebut.
Dalam hal ini saya berpandangan kemasukan guru untuk berpolitik atau tidak bukanlah satu yang penting memandangkan pada masa kini guru sendiri terbahagi kepada 3 iaitu ia menyokong kerajaan, menyokong pembangkang dan atas pagar. Apa yang lebih penting bagaimana pendokong UMNO hari ini membetulkan persepsi dan mewujudkan harapan bahawa UMNO benar-benar parti yang membela rakyat, memperjuangkan hak Melayu dan institusi beraja, mempertahankan dan mendaulatkan Islam dan memahami aspirasi penduduk yang berbilang kaum. Malah pada hari ini UMNO dalam keadaan kritikal apabila dihumbani pandangan bahawa UMNO parti korupsi, kroni, tidak focus kepada rakyat, menggunakan kuasa sewenangnya, meninggalkan golongan muda professional dan bermacam lagi. Satu lagi perkara penting yang perlu difahami oleh golongan kakitangan kerajaan termasuk guru adalah Malaysia sebuah Negara membangun yang mana apabila sesebuah regim dalam keadaan terancam maka ia akan mengancam keselamatan Negara Malaysia. Jika regim UMNO tumbang maka tumbanglah Negara kerana kemerdekaan Malaysia berasaskan prinsip kongsi kuasa antara pelbagai kaum yang mana pada hari ini pakatan rakyat cuba meniru pendekatan UMNO melalui kongsi kuasa Pakatan Rakyat. Mereka perlu memberikan sokongan, meningkatkan tahap perkhidmatannya, menegur perkara yang perlu dibaiki. Dalam keadaan regim BN kritikal perlulah kakitangan kerajaan bangkit bersama-sama dengan parti dan rakyat agar kelangsungan hidup Negara kita dalam keadaan selamat.
Kita juga perlu memahamai selain daripada moral pemimpin UMNO yang dilihat berpersepsi buruk sebagai punca UMNO jadi rosak, kita juga mendapati punca kakitangan awam bersikap sambil lewa dalam melayani karenah orang awam , mempunyai persepsi tersendiri terhadap kerajaan dan melakukan moral yang tidak baik telah meletakkan persepsi buruk masyarakat terhadap kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh parti UMNO. Adilkah kita apabila UMNO telah dihina, dihentak ke dinding, dipertikaikan sedangkan kakitangan awam tidak bersalah. Alangkah indahnya jika kakitangan awam menunaikan haknya, orang politik memelihara tanggungjawabnya dan rakyat bersatu padu dalam semangat kongsi kuasa. Sudah pastinya KDNK Negara akan bertambah baik dan masyarakat dalam keadaan harmoni dan bertoleransi.

1 comment:
Sebagai warga pendidik,saya merasakan ada benarnya dalam hujahan saudara. Pada pendapat saya,kedudukan guru sekarang tidak terjamin seperti dahulu lagi yang membolehkan guru di sekolah terlibat secara langsung dalam politik. Tetapi jika guru-guru yang sudah berkhidmat di bahagian yang lebih tinggi seperti di PPD, JPN atau KPM adalh lebih sesuai untuk melibatkan diri dengan politik. Dunia sekarang yang lebih mencabar membuatkan tugas sebagai seorang pendidik semakin mencabar. Lebih-lebih lagi guru sekarang ini sudah tidak lagi di sanjung tinggi oleh masyarakat seperti dahulu dimana guru disanjung tinggi. Dengan anak-anak didikan yang semakin berani mengikut arus pemodenan dari segi akhlak, perangai dan tingkahlaku, guru terpaksa berdepan dengan seribu macam karenah yang kadang-kala di luar jangkaan. Kuasa di tangan guru yang semakin hilang dan lenyap menyukarkan guru era globalisasi untuk mendidik anak-anbak didikan mereka dengan smepurna dari setiap aspek dalam melahirkan modal insan yang gemilang dan cemerlang. Adalah kurang wajar untuk menempatkan seorang guru yang mengajar di sekolah yang memikul segala tanggungjawab untuk melibatkan diri dalam bidang politik melainkan guru-guru bersara ataupun guru-guru yang tidak lagi berkhidmat di sekolah. Apa yang penting adalah pembinaan modal insan yang cemerlang, gemilang dan berjaya dari segala sudut aspek. Oleh itu, adalah lebih baik guru melahirkan ahli politik yang berjaya dari terlibat secara langsung dalam bidang politik. Dekad ini, ramai masyarakat di luar yang tidak lagi menghormati guru, memandang guru sebelah mata, mencari kesalahan guru, sering mengutuk guru dan menganggap guru adalah golongan berpendapatan rendah. Guru era kini lebih banyak dicerca, dikeji, dihina, dipersalahkan dan diperlekehkan daripada disanjung dan dipuji. Maka sama ada kemasukan guru akan menaikkan dan memantapkan lagi nama UMNO atau tidak, ianya tidak akan mendatangkan impak yang besar. Sebaik mana pun guru itu, guru itu tetap akan dikritik hebat.Sedangkan PM kita pun sentiasa dikritik hebat, inikan pula guru yang berpendapatan rendah. Apa yang penting ialah nawaitu seseorang. Orang melayu kita mudah melenteng, mudah terpengaruh dan penuh dengan PHD ( Perangai hasad dengki ). Selagi semua itu bersarang di hati selagi itulah bangsa melayu akan berpecah dan tidak akan bersatu. Orang melayu hanya akan bersatu apabila dicabar. Tetapi berkemungkinan semuanya akan terlambat.Justeru itu, orang melayu perlulah bangkit dan bersatu demi kedaulatan negara dan berfikiran secara logik, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata dan janji-janji manis terutamanya dari pihak pembangkang. Adalah lebih penting kita mempertahankan apa yang dah dicapai dan makin memperbaiki serta memajukan negara daripada mencuba sesuatu yang baru yang belum tentu ada arah tujunya dan mungkin memakan masa bertahun-tahun lagi untuk menstabilkan negara. Sokonglah kerajaan sekarang yang sudah mengembleng tenaga bertahun-tahun dalam memastikan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang baik dan selesa.'Sedangkan lidah lagi tergigit'.tapi bukan selalu kita tergigit lidah sendirikan.. Jadi fikirkanlah... Kekalkan apa yang ada dah perbaikinya ataupun terpaksa bermula dari bawah dengan pelbagai masalah yang lebih rumit untuk dihadapi.. Yang penting, orang Melayu...bangkitlah bersatu..
Post a Comment