Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1430H".
Syukur alhamdulillah, kita dapat bersama-sama meraikan sambutan maulidur rasul saw. secara aman dan harmoni, perhimpunan seramai 100 ribu orang di Dataran Merdeka jelas menunjukkan semangat cintakan agama di dalam kalangan umat Islam dan Melayu di negara ini masih lagi menebal dan menunjang.
Titah Yang Dipertuan Agung (YDPA) yang mengingkatkan kita semua rakyat Malaysia yang hidup di dalam negara yang berbilang kaum mestilah diambil ingatan. Banyak perkara yang berlaku di dalam negara kita ini kerana inginkan kuasa sampai institusi raja turut diheret. Jelas terbukti apa yang berlaku di negeri Perak. Jika rakyat di bumi Malaysia ini patuh dan taat kepada pemimpin ulul amri, insya Allah orang bukan Melayu dan Islam akan respect dengan agama kita dan bangsa kita.
Kepada generasi muda dan belia, apa yang berlaku dihadapan kita yang dilakukan oleh orang tua-tua kita, kita jadikan ianya sempadan, yang baik kita ikut yang buruk kita jadikan pengajaran. Kita mempunyai cabaran yang lebih besar dan hebat lagi untuk kita terus mengimarahkan bumi ini.
Kepada wanita di negara ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita. Tanpa wanita, kami kaum lelaki akan kesunyian dan sengetlah hidup ini. Anda umpama sinar matahari yang menghidupkan alam ini, peranan dan sumbangan wanita tidak lagi dinafikan, selamat maju jaya dan teruskan perjuangan mengangkat martabat wanita selaku sayap kanan negara
No comments:
Post a Comment