Friday, February 27, 2009

RUKUN NEGARA SEMAKIN DILUPAKAN

Sejak kebelakangan ini ada dikalangan kita yang semakin melupakan pengertian RUKUN NEGARA, mereka tidak lagi menghayati apa itu RUKUN NEGARA sehinggakan mereka sanggup mempersenda dan mempertikaikan isi kandungan RUKUN NEGARA. Mengapa ini berlaku ?

Nah...dibeberapa negeri Sultan tidak lagi dihormati, kerana ketaksuban politik Sultan diperlekehkan kedudukannya, apa Sultan boleh buat ? Di mana suara anak Melayu yang semestinya mempertahankan Sultan atau Raja sebagai lambang kekuatan Islam ? Jangan berpeluk tubuh wahai umat Islam dan Melayu.
Kepada mereka yang memperlekehkan Islam, Raja dan hak istimewa Melayu, jangan bermain dengan api, ingatlah perjanjian yang kita persetujui sebelum kita meredeka, ramai lagi anak Melayu yang sanggup darahnya dipertaruhkan dan nyawanya digadaikan untuk perjuangan Islam, Raja dan melayu sepertimana anak muda Palestin mempertahankan negaranya.

Kepada orang Melayu yang memperlekehkan Islam, raja dan hak istimewa orang Melayu, sedarlah dan fikirlah semasak-masaknya, jangan kerana perbuatan keji kita hanya untuk memuaskan nafsu sendiri, tapi fikirlah anak-anak dan generasi kita yang akan lahir, mereka ada haknya sepertimana yang kita miliki....
Semoga Allah SWT memberikan keselamatan kepada Islam, Raja dan Melayu.....HIDUP ISLAM, HIDUP RAJA DAN HIDUP MELAYU, HANCURKAN PENGKHIANAT DAN PEROSAK ISLAM...ALLAH HUAKBAR

Wednesday, February 25, 2009

BEBERAPA SOALAN TENTANG PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BAKRI DALAM MESYUARAT AJK KALI KE 2

1. APAKAH PERANCANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BAKRI DI DALAM USAHA MENAWAN KEMBALI KERUSI BN DI KAWASAN SUNGAI ABONG, BENTAYAN DAN PARLIMEN BAKRI SERTA MENGEKALKAN KEMBALI KERUSI NUKIT NANING ?

2. ADAKAH WUJUD PERANCANGAN BAGI MEMBINA BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BAKRI BAGI MENYAINGI BLOG PARTI PAS BAKRI, BLOG DUN SUNGAI ABONG, BLOG DAP BAKRI DAN BLOG ERT TECK HWA

3. APAKAH USAHA PEMUDA BAKRI DALAM MEMBERIKAN BANTUAN SEPERTI LATIHAN, BIMBINGAN DAN GALAKAN KEPADA PEMUDA-PEMUDA YANG TERCARI-CARI UNTUK BERNIAGA KHUSUSNYA YANG TELAH BERJALAN SECARA KECIL-KECILAN ?

4. APAKAH PERANCANGAN PEMUDA BAKRI DALAM MEMANTAPKAN JAWATANKUASA PEMUDA BAGI ASPEK KEPIMPINAN, KEMAHIRAN BERUCAP, KEKUATAN DALAMAN, PENGISIAN ILMU DAN PEMANTAPAN FIZIKAL ?

5. APAKAH PERANCANGAN PEMUDA BAKRI DALAM MEMPERKASAKAN PEMUDA BAKRI DI PERINGKAT CAWANGAN KHUSUSNYA DALAM SOAL KEMAHIRAN KEPIMPINAN ?

6. BAGAIMANAKAH HUBUNGAN PEMUDA BAKRI DENGAN PEMUDA PARTI-PARTI KOMPONEN IAITU MCA, MIC, PGRM DAN PPP DAN APAKAH USAHA-USAHA KERJASAMA DI DALAM PEMUDA BN ?

Sunday, February 22, 2009

LARIAN AMAL PALESTIN DAN MAJLIS PECAH TANAH

Semalam aku menyertai larian amal Palestin anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Muar. Syukur alhamdulillah, dapat tempat keempat sejauh 3 km kategori terbuka walaupun ada pelajar sekolah yang memasuki kategori ini. Sebelum ni tempat pertama ketika mengikuti Johor Assesment Centre (JAC) di INTAN, Kluang pada bulan Januari 2009.

Lepas daripada majlis larian, ketibaan Pegawai Belia Dan Sukan (En. Mohd Shafiq), ADUN Bukit Naning (YB. Datuk Abdullah Ali) dan Ketua UMNO Bahagian Bakri (Dato' Saipolbahri Suib). Turut hadir timbalan ketua UMNO Bahagian (En. Mazlan Sabari), Naib Ketua UMNO Bahagian (Hj. Hasan Johari), Ketua Pemuda Bahagian (Hj. Mohd Fuad Tukirin) serta kepimpinan masyarakat setempat. Lebih 200 orang telah menghadiri majlis pecah tanah gelanggang rakyat berharga RM 150,000 yang membolehkan penggunaan belia dan pemuda untuk aktiviti sukan seperti futsal, bola tampar, bola jaring dan sepak takraw.

Kehadiran Datuk Abdullah dan Dato' Saipol telah memperlihatkan perpaduan UMNO Bahagian Bakri masih lagi kukuh, mereka saling hormat menghormati di dalam ucapan mereka walaupun mereka baru sahaja bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian. Kedua-dua mereka seorang yang profesional dengan menekankan aspek dan tanggungjawab yang dipegang dan hasilnya untuk kebaikan rakyat di kawasan Bakri. Mudah-mudahan barisan pengikut dapat melihat bahawa bos mereka boleh bersatu dan kita semua harus bersatu bagi memfokuskan perkara yang lebih penting iaitu merampas semula kerusi DUN Sungai Abong (PAS), Bentayan (DAP) dan Parlimen Bakri (DAP) disamping menjaga kemenangan kerusi Bukit Naning pada pilihanraya ke 13. Marilah kita sama-sama buat kerja ke arah kemenangan BN.

Mesyuarat Pakatan Pemuda Batu 14-15

Selaku Setiausaha Pemuda Pakatan Batu 14-15 Air Hitam, Sabtu lalu (21/2/09) adalah genap 3 tahun bagi memilih jawatankuasa baru. Kehadiran pemuda kampung amat baik dan disokong pula oleh En. Rahmat Sulaiman selaku Ketua Masyarakat dan En. Mohd Uzir Hj. Syahid selaku Ketua UMNO Cawangan Sri Serdang. Ketua Pemuda yang lama En. Mohd Azam bin Marwi berhasrat untuk melepaskan jawatan bagi digantikan dengan kepimpinan baru setelah beliau menerajui pemuda selama 3 penggal.

Hasilnya pada malam tersebut En. Mohd Nizam Amin telah dicadangkan dan sebulat suara untuk menggantikan ketua pemuda yang lama. Namun terdapat dikalangan pemuda yang dicadangkan sebagai ajk menarik diri tanpa alasan yang kukuh. Secara keseluruhannya peranan pemuda amat penting bagi membolehkan pemuda belajar dan menerajui organisasi yang kecil sebelum memimpin organisasi yang besar dan manjadi pelapis kepada pemimpin masyarakat sedia ada.

"HIDUP PEMUDA BATU 14-15"

Friday, February 20, 2009

Rasuah Dalam Masyarakat

Rasuah adalah perbuatan keji yang harus dihindarkan dalam masyarakat. Sebagai orang Islam yang percaya pada hari akhirat, rasuah haruslah dielakkan kerana perbuatan rasuah tidak akan menjadikan seseorang itu kaya mahupun bahagia malah perbuatan tersebut akan dilaknat oleh Allah SWT.

Dalam konteks politik UMNO, rasuah politik atau politik wang sudah menjadi amalan biasa malah seolah-olah dihalalkan kepada perbuatan yang haram. Sikap sesetengah perwakilan yang meminta-minta untuk diberikan rasuah atau sikap orang yang bertanding memberikan rasuah pperlu dipandang serius kerana ia akan melahirkan masyarakat yang lemah dan hina. Kalau kita lihat orang yang berikan rasuah dengan memberi seorang perwakilan RM 1000 untuk mengundi dirinya, adakah duit tersebut sumbernya datang dari yang halal, bagi orang yang berniaga secara jujur tidak semudah itu memberikan wang kepada orang ramai untuk mengundi beliau, ini kerana terdapat pertandingan politik menyebabkan calon yang bertanding menghabiskan ratusan ribu atau jutaan ringgit semata-mata untuk mendapatkan jawatan.

Apa akan jadi kepada si penerima pula, sudah tentu duit yang diterima akan dibelikan makanan, susu anak, membaiki kereta atau membayar hutang, jarang sekali duit itu diserahkan di dalam tabung surau atau persatuan kemasyarakatan....apa akan jadi anak-anak sipenerima ? sudah tentulah anak-anak mereka akan menjadi lembap, nakal, melawan orang tua dan hasilnya wujudlah mat rempit dan minah rempit yang menyusahkan masyarakat ?

Monday, February 9, 2009

Isu Rumah Retak Di Taman Bakri Maju

Saya telah meninjau permasalahan penduduk di Taman Bakri Maju yang mengalami keretakan dan masalah rumah berhabuk. Penduduk telah meluahkan rasa tidak pusahati ke atas pemaju projek pembinaan 500 buah rumah Maktab Teknik Polis Bakri. Penduduk telah membuat laporan akhbar dan meminta bantuan dari ahli parlimen Bakri Er Teck Hwa bagi menangani permasalahan ini.

Saya telah berjumpa dengan wakil pemaju bahawa tindakan yang mereka telah ambil adalah menyiram air sepanjang jalan bagi mengelakkan ia berdebu dan mengurangkan kelajuan pemanduan. Pemaju juga tiada alternatif bagi laluan ke tapak projek.

Saya telah berjumpa dengan penduduk di kawasan tersebut yang menyatakan rasa kecewa dan tidak puas hati kerana selaian rumah retak, habuk beterbangan, ancaman keselamatan penduduk dan gangguan bising. Saya telah berhubung dengan Pengerusi JPMM di Kawasan Sungai Abong supaya penduduk membuat laporan kepada pusat khidmat manakala Ahli Parlimen Bakri yang saya hubungi tidak menjawab panggilan telefon saya.

Pada pandangan saya, perlulah satu dialog diadakan diantara pihak penduduk, Majlis Perbandaran, Maktab Teknik Polis, Wakil Rakyat, Syarikat Pemaju, Jabatan Perparitan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah Muar.

Jangan Minta-Minta Bertemu Musuh

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi SAW bersabda : " Janganlah kamu minta-minta bertemu dengan musuh. Tetapi bila kamu bertemu dengan mereka, maka teguhkanlah hatimu ! (Sahih Muslim)

Ku Sangka Pakatan Rakyat Rupanya BN Juga Ku Cari

Aduhai Pakatan Rakyat, baru nak memerintah negeri dah kucar-kacir, baru 5 negeri belum perintah Malaysia lagi. Inilah kerana kepentingan diri, tidak focus kepada rakyat dan imej buruk pada calon juga menjadi isu kegagalan Pakatan Rakyat memerintah negeri. Bukan apa, orang Pakatan Rakyat dulu pun orang BN, mungkin kecewa dengan sikap pemimpin BN atau kepentingan diri di dalam BN tidak diperolehi maka berpindahlah ke Pakatan Rakyat.
Semua rakyat di Malaysia ini mengakui malah di dunia ini tidak menafikan rejim BNlah yang menjadikan Malaysia sebuah Negara yang dikenali dari segai sifat kemanusiaan, keagamaan, pembangunan, pelbagai kaum, keindahan alam semesta, kesukanan, kebudayaan dan pelbagai lagi. Malah pendidikan yang dibangunkan telah menjadikan universiti di Malaysia telah menjadi pilihan warga luar. Inilah kebijaksanaan pemimpin BN dan kestabilan raja yang memerintah.
Apa yang pelik, dari kosong kepada berisi tidak ditanya bagaimana ia diisi, bagaimana Negara ini mempunyai system yang baik untuk rakyat yang berbilang kaum dan bagaimana kuasa politik dapat menjadikan Malaysia disanjungi. Yang peliknya orang lain yang bersusah dia senang-senang cuci tangan. Telah terbukti UMNO dan BNLah yang bersusah payah menjadikan kita Malaysia dihormati. Orang lain boleh sanjung, takkan dalam Malaysia tak boleh nak sanjung, jangan sampai kuasa Melayu hilang kerana Melayu sendiri yang hilangkannya.

Apabila Karpal Singh Menghina Sultan


Apa yang orang Melayu dalam Pakatan Rakyat buat, mereka buat-buat guling di atas jalan sebagai tanda semangat cintakan Pakatan Rakyat dengan membawa bendera Palestin dan bendera PAS sebagai membantah kehadiran Raja Muda Perak bagi menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru (Dr. Zamri Kadir). Di mana orang-orang Melayu dalam DAP dan PKR. Nyatalah disini PAS telah diperkudakan oleh DAP dan PKR memandangkan Datuk Nizar adalah orang PAS.
Apa yang orang Melayu Islam dalam Pakatan Rakyat buat bila Karpal Singh akan menyaman Sultan Perak pada Selasa ini (11 Feb 09). Adakah mereka berbangga kerana ada orang yang menyebelahi mereka atau mereka kecewa kerana orang bukan Melayu menghina Sultan atau mereka tak kata apa-apa bagi menghalalkan perbuatan pemimpin rakyat.
Nah, sudah terang lagi bersuluh,inilah dia perjuangan Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai kekuatan dalam ikatan mereka, mereka hanya bersatu dalam ertikata protes dan apabila protes telah Berjaya mereka tidak bina kekuatan dalam Pakatan Rakyat malah mementingkan Agenda Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri dengan cara ajar orang UMNO lompat Pakatan Rakyat rupa-rupanya dia ajar Pakatan Rakyat lompat dalam BN.
Wahai saudaraku dalam Pakatan Rakyat, jika nak perjuangkan sesuatu agenda biarlah berprinsip, jika betul katakana betul, jika salah katakana salah, walaupun ia berat khususnya kepentingan Pakatan Rakyat. Saya sendiri akui telah banyak kelemahan yang berlaku dalam UMNO dan UMNO sedang membaiki (memerlukan masa) untuk kepentingan semua kaum. Terima kasih juga pada Pakatan Rakyat yang memberi kesedaran kepada pemimpin UMNO. Akhirnya janganlah kita menghina Sultan kerana ia lambang Islam dan Melayu kita.

Sunday, February 8, 2009

Kemenangan BN Di Perak

Agak terharu apabila Sultan Perak yang boleh dianggap raja profesional memberikan mandat kepada BN untuk mentadbir negeri Perak. Saya percaya Sultan Perak telah mengkaji sedalam-dalamnya demi kepentingan survival orang Melayu dan Islam di Perak. Apa taknya selama 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat telah menyebabkan pihak istana memberi komen terhadap penyerahan tanah kepada penduduk Cina selama 999 tahun. Bukan itu sahaja, belum-belum dah tukar kereta toyota camry 2.4, apa yang nak diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat tidak difokuskan, hanyalah mementingkan politik dengan acara memancing undi wakil rakyat BN.
Jika dilihat pemerintahan Pakatan Rakyat pada hari ini, Datuk Seri Nizar hanyalah proaksi kepada DAP ini kerana PAS menang 6 kerusi, PKR 7 kerusi dan DAP 17 kerusi. Datuk Seri Nizar hanyalah boneka kepada DAP kerana DAP tidak boleh mengetuai kerajaan kerana ia menang di negeri bersultan. Sebab itulah Pakatan Rakyat mahukan pembubaran DUN bagi memengangkan kerusi yang dijangka ia menang. Tapi persoalannya bolehkah ia menang jika banyak tindakan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat telah mengguriskan hati orang Melayu di Perak. Sebaliknya jika dilihat BN, UMNO menang 27 kerusi dan MCA menang 1 kerusi di Chenderian (Dr. Mah Hang Soon). Ini bermakna kepimpinan BN adalah kemenangan untuk orang Melayu Islam dan pastinya akan membawa keadilan kepada kaum lain seperti di Johor.
Saya amat bersetuju benar perlantikan Dr. Zamri Kadir sebagai MB baru, beliau yang berkelulusan PHD adalah seorang yang profesional dan berlatarbelakangkan agama. Saya amat yakin beliau adalah calon yang paling sesuai dan generasi muda. Mudah-mudahan ia mampu memimpin untuk kebaikan Islam dan Melayu serta kaum lain di Perak.
Satu perkara lagi saya minta kepada BN yang memerintah, ingat ini amanah, jangan pentingkan diri sendiri secara melampau, fokus kepada rakyat, jaga moral, contohilah cara Rasulullah dalam memimpin kawasan. Belajar dari kekalahan dan pernah menjadi pembangkang. Apa sebab rakyat tak suka dan apa yang rakyat suka.

Mudah-mudahan BN Perak akan menggerakkan kekuatan baru dan diikuti di Selangor dan Penang.