Thursday, June 10, 2010

RMK 10 : PEMBANGUNAN FIZIKAL JANGAN BERLAKU KETIRISAN


Pembentangan YAB Perdana Menteri di dalam bajetnya pada hari semalam telah menarik perhatian saya di dalam bajet sebanyak 60% dalam pembangunan fizikal dan selebihnya adalah pembangunan bukan fizikal. Apa yang menarik perhatian saya adalah dilema usahawan yang melaksanakan pembangunan fizikal sudah pastinya melihat pengurangan bajet ini akan memberikan impak kepada perniagaan mereka dan seterusnya akan mengecilkan peluang mereka untuk meraih pendapatan yang lebih. Tindakan Perdana Menteri ini memang saya menyetujui kerana sudah tiba masanya pembangunan bukan fizikal lebih diutamakan agar seiring dengan pengisian nilai kemanusiaan di dalam pembangunan.

Namun dalam perbincangan ini saya ingin mengekodkan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri yang melihat usahwan Melayu perlu dibantu dengan mengikut sistem meritokrasi. Pada hari ini kerajaan sudah pastinya kecewa dengan usahawan yang tidak mempunyai daya saing yang tinggi, gagal menyiapkan pelbagai projek fizikal, pelaksanaan yang tidak berpuas hati yang berlaku kecacatan melampau dan yang paling menyedihkan adalah berlakunya ali baba di dalam pelaksanaan projek tersebut. Perkara ini sudah semestinya akan menggagalkan dasar dan hasrat murni kerajaan untuk melihat usahawan bumiputera yang beradaya saing dan maju terutamanya parti yang membawa imej Melayu iaitu UMNO. Saya sendiri melihat kecuaian di dalam pelaksanaan projek yang merupakan antara punca mengapa rakyat tidak menyokong Barisan Nasional, ini kerana hanya keran ingin merebut keuntungan yang besar projek tersebut tidak capat dilaksanakan dengan baik dan langsung tidak dapat dimanfaatkan yang akhirnya menyusahkan orang ramai dan sakit mata yang memandang. Sudah tiba masanya kerajaan hanya menyokong kepada usahawan bumiputera yang tulen, maksudnya tidak hanya kepada usahawan tersebut memiliki pejabat, mesin dan tenaga kerja namun yang paling mustahak adalah ketulenan dalam pelaksanaan projek tersebut. Menilai secara meritokrasi agar sasaran kerajaan iaitu sekurang-kurangnya 30 % ekuiti korporat bumiputera tercapai iaitu mempunyai rekod kerja yang baik, berkemahiran dan bukan berpaut pada orang lain. Saranan ini adalah dilihat bersesuaian dengan persekitaran ekonomi global dan domestik yang mencabar bagi mewujudkan penyertaan syarikat yang berdaya saing. Dengan mengutamakan prinsip mesra pasaran, berdasarkan keperluan, merit dan berdaya maju sudah pastinya usahawan bumiputera mampu untuk mencapai tahap yang lebih gemilang seperti kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari.

Oleh itu saya meminta kepada usahawan bumiputera, anggaplah apa yang disampaikan oleh Perdana Menteri kita ini sebagai satu saranan yang penting untuk melihat kejayaan bangsa yang menggelarkan dirinya sebagai bangsa Melayu.

No comments: