Monday, May 10, 2010

BANTAHAN CADANGAN PELESENAN PERTARUHAN BOLA SEPAK

Saya selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri membantah cadangan kerajaan untuk mewujudkan satu lesen bagi membenarkan pertaruhan semasa bola sepak piala dunia yang akan dijalankan pada Jun 2010 ini. Cadangan ini tidak logik dan tidak masuk akal kerana merasakan apabila pelesenan ini diadakan ia mudah dikawal dan dipantau oleh pihak kerajaan serta hasilnya boleh dibangunkan untuk pembangunan sukan. Saya melihat cadangan ini akan memberikan orang ramai lebih banyak pengetahuan dan kreativiti anak muda khususnya orang Melayu akan mewujudkan lebih banyak perjudian yang tidak didaftarkan. Ia bukan sahaja memberikan kesan buruk kepada penjudi malah akan membawa masalah kepada rumhatangga si penjudi sehingga boleh menyebabkan ia meminjam dengan along. Melalui perjudian secara profesional juga akan melahirkan perjudian secara kecil-kecilan dan saya yakin setiap agama dan kaum tidak menyukai perjudian yang boleh melemahkan masyarakat.

Bagi saya, selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B Bakri, mencadangkan agar penguatkuasaan perjudian semasa piala dunia ini dijalankan, undang-undang yang sedia ada yang melarang perjudian mesti dikekalkan dan mengkuhkan lagi undang-undang tersebut, libatkanlah bersama RELA, Polis, Jabatan Agama, SRS dan para belia dalam menangani permasalahan ini. Saya masih ingat cadangan kerajaan untuk memberikan kondom percuma bagi mengelakkan anak luar nikah yang ramai da AIDS, namun cadangan ini adalah cadangan yang tidak menyelesaikan persoalan pokok. Saya menyeru kepada pihak kerajaan, penekanan agama dalam setiap tindakan adalah perlu bagi mengelakkan kita hanya memikirkan secara logik akal, penguatkuasan yang tegas seperti kerajaan Singapura mesti dicontohi untuk kebaikan generasi yang akan datang...

2 comments:

Anonymous said...

Kerajaan kena bijak dalam membuat keputusan.Sepatutnya cari jalan mengambil hati rakyat.Ambil hati rakyat tak mestinya dengan kasi`duit` semata2.Tunjjukkan kematangan dalam menyelesaikan sesuatu isu mungkin memulihkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
Beri kondom tu cerita lama....maknanya sudah lama pemimpin yg bangang duduk dalam kerajaan.

-salam-

halimzakaria said...

Saya bersetuju dgn pendirian anda. Membantah pekara yang mungkar ini.
seperti dalam surah AL MAA-IDAH ayat 90~92

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul (Nya) dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kewajiban Rasul Kami, hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.

Nota :
Semoga anda berada dikalangan orang yang beriman.