Thursday, May 20, 2010

PROGRAM COMMUNITY POLICING


Kepada penduduk di kawasan Sungai Abong, marilah kita bersama-sama menjayakan program Communty Policing pada 23 Mei 2010 (Ahad) jam 7.45 pagi bertempat di Taman Desa Muar. Program anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Muar bersempena hari polis ke 203 adalah baik dan bermanfaat untuk kita semua. Pelbagai acara disediakan sepanjang program tersebut yang dijangka tamat pada jam 12.30 tengahari. Berikut adalah aturcara bagi majlis tersebut :
7.45 pg : Ketibaan orang ramai
8.10 pg : Ketibaan Ketua Polis Daerah Muar
8.15 pg ; Ketiabaan Ketua Polis Negeri Johor
8.30 pg : Senamrobik yang diketuai oleh Pej. Belia Dan Sukan Daerah Muar
: Gimik Pelancaran
: Gotong royong membersihkan 3 taman(Taman Desa, Taman Indah dan Taman Marin)
9.00 pg : Petandingan mewarna kategori kanak-kanak
11.00 pg :Pertandingan tarik tali
12.30 tgh : Penyampaian hadiah, perasmian penutupan dan jamuan makan tengahari

Turut diadakan sepanjang program tersebut adalah pameran kesihatan, narkotik, jenayah, trafik dan jabatan belia dan sukan. Sebagai Pengerusi Belia 4B Kawasan Bakri, saya menyeru kepada semua penduduk dan pembaca blog ini untuk hadir sama bagi menjayakan program yang baik manfaatnya untuk kita semua.

Monday, May 10, 2010

Selamat Menyambut Ulangtahun UMNO Ke 64

Saya selaku ahli UMNO seumur hidup ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun UMNO ke 64 yang merupakan parti yang telah banyak berjasa kepada negara, kerana parit inilah rakyat kita dapat hidup dengan penuh toleransi dan kemajuan negara dapat dicapai dengan kekuatan yang ditunjukkan oleh pemimpin UMNO terdahulu.

Kepada pendokong UMNO di semua peringkat, saya berpesan agar kita betulkan balik persepsi UMNO yang tercalar setelah PRU 12, banyak kelemahan yang kita lihat sehingga kita berkelahi antara kita dan mengukuhkan parti pembangkang, janganlah kita menjadi duri dalam daging yang akan membocorkan secgala rahsia dan kekuatan UMNO, kesetiaan kita telah terbukti apabila mereka yang keluar dari UMNO telah kembali kepada UMNO kerana tidak percaya dan kecewa dengan parti pembangkang, namun kita tidak boleh berdiam diri dan ini hanyalah bonus kecil atas kesedaran mereka memikirkan nasib orang Melayu pada masa akan datang.

Apa yang mustahak khususnya di Bakri yang mengalami 3 kerusi kalah hendaklah kita betulkan kembali niat perjuangan kita, kita bukan hendak memfaraidkan harta yang diusahakan oleh datuk nenek kita, tetapi kita adalah pewaris yang menjaga harta yang kita miliki untuk anak bangsa kita pada masa depan.

Salam perjuangan dan salam hormat...

MOHD RADZI BIN HJ AMIN (0319330)

BANTAHAN CADANGAN PELESENAN PERTARUHAN BOLA SEPAK

Saya selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri membantah cadangan kerajaan untuk mewujudkan satu lesen bagi membenarkan pertaruhan semasa bola sepak piala dunia yang akan dijalankan pada Jun 2010 ini. Cadangan ini tidak logik dan tidak masuk akal kerana merasakan apabila pelesenan ini diadakan ia mudah dikawal dan dipantau oleh pihak kerajaan serta hasilnya boleh dibangunkan untuk pembangunan sukan. Saya melihat cadangan ini akan memberikan orang ramai lebih banyak pengetahuan dan kreativiti anak muda khususnya orang Melayu akan mewujudkan lebih banyak perjudian yang tidak didaftarkan. Ia bukan sahaja memberikan kesan buruk kepada penjudi malah akan membawa masalah kepada rumhatangga si penjudi sehingga boleh menyebabkan ia meminjam dengan along. Melalui perjudian secara profesional juga akan melahirkan perjudian secara kecil-kecilan dan saya yakin setiap agama dan kaum tidak menyukai perjudian yang boleh melemahkan masyarakat.

Bagi saya, selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B Bakri, mencadangkan agar penguatkuasaan perjudian semasa piala dunia ini dijalankan, undang-undang yang sedia ada yang melarang perjudian mesti dikekalkan dan mengkuhkan lagi undang-undang tersebut, libatkanlah bersama RELA, Polis, Jabatan Agama, SRS dan para belia dalam menangani permasalahan ini. Saya masih ingat cadangan kerajaan untuk memberikan kondom percuma bagi mengelakkan anak luar nikah yang ramai da AIDS, namun cadangan ini adalah cadangan yang tidak menyelesaikan persoalan pokok. Saya menyeru kepada pihak kerajaan, penekanan agama dalam setiap tindakan adalah perlu bagi mengelakkan kita hanya memikirkan secara logik akal, penguatkuasan yang tegas seperti kerajaan Singapura mesti dicontohi untuk kebaikan generasi yang akan datang...