Pada hemat saya,dan saya yakin menerusi gerak nadi akar umbi, kita mempunyai ruang yang luas dan kekuatan yang baik bagi menawan kembali kerusi-kerusi yang kalah atau terlepas ke tangan pembangkang. Keyakinan ini dapat dilihat hasil tinjauan saya ke bawah dengan mendalami perkara-perkara utama untuk menang.
Persoalannya,adakah kita semua sudah bersedia untuk menerima tawaran kemenangan itu, adakah kita sanggup untuk memikul tanggungjawab sebagai prasyarat kemenangan. Kita mempunyai pelbagai kekuatan dalaman Bahagian dan luaran Bahagian, kerana inilah masa yang paling sesuai untuk kita bekerja dengan setulus hati,tanpa memikirkan prasangka buruk antara satu dengan yang lain,meletakkan kepentingan parti bukan diri dan kesediaan untuk berubah.
Gagasan 1Malaysia,kita mendahului masa,kita menjuarai isu dan kita mewakili semua bangsa perlu diterapkan dalam kepimpinan UMNO Bahagian Bakri agar mereka melihat yang kita benar-benar berjuang untuk rakyat.
Setelah diteliti tidak kuat mana pembangkang di Bakri, isu dalaman DAP, jentera yang terhad dalam PAS dan tiada sebarang momentum langsung daripada PKR adalah peluang terbaik untuk kita sama-sama mengambilnya. Tugas ini bukan tugas jabatan kerajaan sahaja, tugas ini bukan tugas badan NGO sahaja dan tugas ini tidak terbeban pada parti sahaja, tetapi kita perlu berganding bahu antara jabatan, badan NGO dan UMNO....namun siapa yang nak koordinate, inilah yang perlu kita sepakati.
Apabila kita memahami dan menginsafi tentang struktur,kita taat pada pemimpin dan bekerjasama untuk bersama kita pasti akan dihormati...Kita tidak ditertawakan oleh parti lain. UMNO, MCA,MIC,PGRM dan PPP harus duduk semeja, harus mempunyai tekad yang sama, kesedaran dan kesungguhan perlu ada dalam setiap sanubari pemimpin. Tidak mungkin lebih 50 tahun kita mentadbir kita membiarkan masa dan situasi mencorakkan kita. Kita mampu bangkit dan menggandakan apa yang dibawa oleh pemimpin terdahulu.
Kepada jentera UMNO tidak kira berjawatan atau tidak, kita adalah aktivis,kita adalah pejuang, kita jua adalah pendiding, kalau hanya seorang yang memberi wang seringgit kita hanya ada seringgit tapi kalau 20,000 ahli UMNO beri seringgit kita ada RM 20,000 untuk kita tundukkan parti lawan....
Selebihnya untuk mengetahui tips kemanangan bolehlah kita berbincang.....
3 comments:
Salam,
Masih terlalu awal tentang kemampuan dari segi untuk kemenangan dalam PRU13.Masih ada banyak pekara, yang perlu dikajikan lagi dan dipertingkatkan lagi.
Wslm saudaraku halim...betul apa yg saudara nyatakan, saya percaya kalau kita hujahg satu persatu sudah pasti mereka yg rasional dan positif akan bersetuju untuk membetulkan keadaan, namun sejauhmanakah kesediaan mereka khususnya mereka yang membawa imej parti untuk berubah...sekiranya UMNO masih lagi dilitupi isu2 yang menjadi punca kekalahan sudah pastinya pimpinan UMNO belum bersedia untuk berubah...nah dimanakah org yg dianggap sebagai pembawa imej baik UMNO, mereka tenggelam dan terus tenggelam akibat suasana material...kita bertanggungjawab bersama menangani permasalahan ini....
Salam saudaraku Radzi,
Kepimpinan berfikir dalam islam sahaja dapat mengatasinya dan mengubahkan segala yang ada. Asas rujukkannya melalui Al Quran dan sunnah Rasul serta berfikir melalui akal. Itu aje wasallam.
Post a Comment