Wednesday, December 30, 2009

PENGHARAMAN LPKP KE ATAS BAS LEBIH 30 TAHUN


Penguatkuasaan pengharaman bas sekolah yang berusia lebih 30 tahun tidak dapat beroperasi pada Januari 2010 adalah sesuatu perkara yang tidak boleh diterima. Ini kerana ia terlalu cepat dan mendesak tanpa memikirkan cadangan lain bagi mengatasi permasalahan ini. Bukan sahaja pengusaha bas akan marah, malah lebih 30 ribu pelajar di seluruh negara tidak dapat bergerak dan lebih 30 ribu keluarga akan memarahi pihak LPKP dan seterusnya kepada kerajaan Barisan Nasional. Cuma nak maklumkan kebanyakan yang memiliki bas lama ini adalah peniaga Melayu yang tidak mampu untuk memiliki bas baru yang harganya lebih RM 500 ribu sebiji.

Perlu mengambilkira cadangan kerajaan untuk mengenakan penyemakkan kenderaan berusia lebih 15 tahun ke PUSPAKOM, namun cadangan itu ditarikbalik kerana ia menimbulkan kemarahan ramai pemilik kenderaan yang mempunyai usia ini.

Adakah kerana isu kemalangan bas 2 tingkat milik Sani Ekspress dijadikan isu bagi pengharaman bas sekolah ini, kalau kerana isu inilah ia dianggap tidak logik, ini kerana bas Sani Ekspress yang mengorbankan 10 orang ia berusia 3 bulan dan dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk black box.

Apa yang dilihat dalam perkara ini adalah nyawa pelajar, kepentingan peniaga dan perlaksanaan kerajaan yang perlu ditekankan, ia mesti seimbang dan adil. Untuk itu sewajarnya perbincangan antara persatuan ibu bapa pelajar, persatuan pengusaha bas dan LPKP bagi mencari jalan penyelesaian. Mungkin cadangan mewujudkan dana pinjaman kepada pengusaha bas atau membuat penyemakkan PUSPAKOM yang lebih kerap dapat dijalankan

2 comments:

eyezack55 said...

Salam,

Teruskan perjuangan tuan jangan mengalah. Saya seorang yang akan menjadi mangsa dalam tempoh 1 tahun 3 bulan dari sekarang.Saya akan beri komen lagi nanti. Hj abu hassan.

eyezack55 said...

Salam,
Saya sangat menyokong apa yang tuan perjuangkan. Saya seorang pesara tentera dan kini menjadi pemandu bas sekolah. Sekiranya benar LPKP hendak menghapuskan bas berusia 30 tahun maka saya rasa saya salah seorang yang akan menerima akibatnya. Umur saya sekarang adalah 55 tahun. Bas sekolah saya pula akan berusia 30 tahun pada mac tahun 2011. Saya merasa hairan macam mana orang yang membuat polisi atau cadangan datangnya dari orang yang duduk di dalam bilik berhawa dingin sedangkan polisi atau cadangan itu dibuat bagi orang yang diluar pejabat. Mereka ni tak tahu sebenarnya di luar ni macam macam bolih dibuat. Kalau body bas dah teruk ada bengkel yang bolih buat bas tersebut menjadi baru. Kalau injin pula bolih buat overhaul atau ditukar baru. Pelik bin ajaib kalau kereta antik tak ada had pula ya??? Jadi di dalam kes ini apa sebenarnya masalah LPKP,sehingga sewenang-wenangnya mengeluarkan arahan sedemikian (mungkin pengarah baru agaknya).Kalau nak lupuskan bas berusia 30 tahun apa esentif yang diberikan untuk saya mendapatkan pengganti bas baru/terpakai. Dengan usia emas ni siapalah agaknya yang bolih memberi pinjaman puluhan ribu kepada saya. Kalau nasib tak baik mati lebih awal dengan hutang tak langsai.Dimana kan slogan rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan. Saya berharap tuan teruskan usaha tuan sehingga berjaya. Terima kasih. Hj Abu Hassan