Sunday, July 5, 2009

JASA DI SUA RASA TV 9

Alhamdulillah, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Johor bersama ibu pejabat Kuala Lumpur telah mengadakan pameran "Rentetan Perjuangan Bangsa" di Dataran Tanjung Emas Muar bermula 3, 4 dan 5 Julai 09. Pameran yang bertujuan menceritakan kembali detik-detik peperangan dengan Jepun, Komunis dan bagaimana Malaysia berjaya menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah secara bergambar. Gambar-gambar tersebut tidak mudah diperolehi kerana ia adalah simpanan kerajaan. Jika ia diteliti satu persatu dan dihayati boleh luluh air mata mengenang kembali datuk nenek kita mempertahankan negara sehinggalah mereka sanggup dibunuh oleh Jepun dan Komunis. Selain pameran bergambar JASA juga menyediakan beberapa acara lain termasuk tayangan patriotik iaitu "Hati Malaya", "Bukit Kepong" dan Leftenan Adnan. JASA juga menyediakan kaunter pendaftaran dan penyemakan SPR yang memperolehi lebih 500 orang yang berdaftar.
Kehadiran pengunjung ke pameran JASA sangat memeranjatkan apabila lebih 10,000 orang mengunjungi pameran tersebut dengan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, ideologi politik dan agama. Walaupun dalam keadaan berhujan dan panas terik, pengunjung tetap ramai dan tidak putus-putus sehinggalah pihak urusetia tidak dapat menutup pameran mengikut jadual masanya.
Terima kasih kepada petugas-petugas yang menjayakan pameran termasuk pengarah kami En. Mohamad bin Hj. Abu Bakar dan kepada Dato' Saipolbahari Hj. Suib (Ketua UMNO Bahagian Bakri) yang sudi hadir untuk menyampaikan hadiah di dalam kuiz dan cabutan bertuah.
Pegawai JASA yang turut bersama menjayakan pameran
En. Mohamad Abu Bakar, Ust. Salleh Yusof dan isteri, Ust. Norlizan Misran, En. Md. Nor Bachok dan isteri, CC Limah, En. Badang, Pn. Syamsiah, GAP, Amri, Radzi, Mokhtar, Hjh. Noriah (EXCO Wanita Malaysia), Hj. Dasuki, Kalid, Azman, Rosli, Rohaizah (Naib Ketua Puteri Johor) Md. Seh, Boon, Zamri, Nora, Mufa, Syidah, Hafiz dan Helmi.

1 comment:

Lance said...

Thank you for sharing tthis