Terima kasih kepada PR kerana memutuskan usaha untuk tidak mewujudkan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh PAS sendiri. Terima kasih kepada DSAI yang mengetuai keputusan ini, sesungguhnya keputusan ini tidak memberikan perubahan landskap politik negara, namun ia mengubah kelangsungan usaha menyatupadukan orang Melayu dan Islam. Keputusan ini sudah dijangka dan terlalu sukar untuk PR menerimanya tambah-tambah DSAI yang ingin menjadi PM selepas Pak Lah.
Apa yang memberi kesan adalah orang Melayu yang tidak berpolitik, tengah-tengah dan yang mahukan perdamaian di antara UMNO dan PAS dapat dihentikan, orang inilah yang kecewa teramat sangat kerana usaha untuk melihat perdamaian dan perpaduan parti terbesar Melayu gagal. Adalah amat kecewa apabila soal perpaduan Melayu dan Islam tidak diletakkan di atas dalam agenda perjuangan negara waimah mereka yang memakai lambang Islam, berjubah labuh, berjanggut panjang dan mereka yang menggelarkan dirinya lebih Islamik menolak usaha ini.
Pertengkaran politik antara parti-parti Melayu akan merugikan Melayu, apa sudah jadi dengan pilihanraya lepas, habis negeri Melayu jatuh ke tangan bukan Melayu, isu Perak satu bukti orang Melayu tidak bersatu. Kerana politik adab Melayu langsung ditinggalkan, di mana akhlak seorang Islam yang berjubah dan berjanggut berbaring di atas jalan raya menghalang kenderaan Raja, di mana akhlak seorang Islam yang menggelar dirinya Islamik meletakkan kepentingan DAP sebagai titik kepuasan, di mana akhlak seorang yang bergelar ulama memberi kata nista dan penghinaan kepada orang yang seagama, sekalimah, seakidah, sebangsa, sedarah, seketurunan dan sekeluarga sehingga sanggup menyumpah serakah.
wahai sahabat seagama dan sebangsa denganku...demi agama Islam yang suci yang menganjurkan akhlak yang mulia, marilah kita bersatu, marilah kita bersama-sama membawa Malaysia tanah Melayu ini kepada kemakmuran, perdamaian, keadilan, kejayaan seiring dengan konsep kongsi kuasa, seiring dengan menghormati hak istimewa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, seiring dengan prinsip yang dipersetujui bersama, marilah kita memuliakan sahabat yang bukan seagama, hindarilah perbuatan terus mencaci dan merendahkan orang lain...insya Allah perasaan dan kehendak ini akan menjadi kenyataan di suatu hari nanti
3 comments:
sebok je kerajaan perpaduan ,kenapa lepas pru13 nak buat perpaduan..masa umno menang besar dalam pilihanraya ,melayu tak berpecah ke,mentang-mentangla umno dah kalah barula melayu dah berpecah,pecah perut ke,duit tak boleh nak rembat
sepatutnya kerajaan perpaduan bukan sekarang dibuat, dah lama patutnya, umno kuat atau lemah bukan itu maksudnya, pas kuat dan pas lemah juga bukan ertinya, apa yang penting masing-masing menyedari bahawa kita sebagai umat melayu mestilah bersatu, tambah2 sbg org islam.
sampai bila kita bergaduh ?????????cuba saudara bagi saya idea supaya generasi kita yang muda ini akan lebih bersifat terbuka, telus, bertanggungjawab dan mengutamakan agenda perpaduan
Memang ada benarnya.Orang lain bersorak & ambil kesempatan tgk Orang Islam berbalah.Itu realiti!
Kesimpulanya terlampau taksub dengan Parti2 politik baik kanan/ kiri akan menyempitkan pandangan Minda.
Konsep Politik di Malaysia baik Kanan/kiri perlu diubah dpd konsep Politik Berkepentingan kepada Politik sebagai alat/'Tool'.
Orang Politik menjadi alat kepada Rakyat.
Post a Comment