Monday, June 8, 2009

Jangan Cemari Usaha Mewujudkan Kerajaan Perpaduan

Di dalam kita ingin bersatu mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan, kita haruslah sensitif dengan sahabat kita yang lain, kita tidak perlu mewujudkan provokasi yang akhirnya akan menyukarkan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan. Amatlah penting untuk sama-sama baik PAS dan UMNO untuk mengambilberat sensitiviti yang disukai dan tidak disukai oleh sahabat yang ingin mewujukan kersama.

Usaha PAS untuk menawan Pahang dan merampas Kelantan jelas mewujudkan satu ketegangan dan mencemari usaha perpaduan, ini kerana kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang dipunyai oleh UMNO adalah orang-orang Melayu. Adalah lebih baik menawan kerajaan Selangor dan Perak daripada diperintah oleh DAP dan PKR. Ini kerana apabila ingin mewujudkan kerjasama provokasi amatlah dilarang kerana ia akan dijadikan sentimen.

Perkara penting yang perlu dilakukan oleh kedua-dua parti adalah menghormati antara satu sama lain, memberikan pandangan dalam konteks membina bukan mengaibkan dan berkerjasama secara ikhlas kerana Allah bukan kerana kepentingan tersembunyi individu. Apabila sudah berpadu terimalah hakikat bahawa jika ia diukur tidak sempurna mengaku dan berundurlah demi kepentingan perjuangan yang dihajati.

4 comments:

smtabi'in said...

assalamualikum Mr Radzi,

pertama sekali tahniah atas adanya blog yang menarik nih... salam perjuangan... hehehhee

saya support dan "saspek" usaha murni tuan untuk memajukan bangsa terutamanya keberanian untuk menjadi AHLI SEUMUR HIDUP... Syabas!!! bukan semua orang berani nak deklare macam apa yang dah tuan deklare....

berkenaan isu ini yang sedang menghangat dipasaran nih, rasanya rakyat marhaen macam saya ni dan ramai lagi diluar sana yang pening, compius, jauh lagi daripada faham, apa sebenarnya yang berlaku... apa sebenarnya cadangan kerajaan perpaduan nih?? apa sebenarnya yang telah dicadangkan oleh TGHH dan seolah olah di iya kan oleh majoriti pemimpim UMNO dan negara.... apa yang telah disepakati.... dan banyak lagi sebenanrnya persoalan dan pertanyaan yang bersarang di kepala nih.... tuan ada jawapan????

usop sontoroyo said...

salam...perjuangan hang di penghujung jln...selagi apiperkauman dimainkan UMNO, yang jelas ditolak secara total oleh Islam, BN akan berkubur pada pilihanraya umum akan datang..

Sahabat lama

Anonymous said...

PAS for All...

MOHD RADZI BIN HJ. AMIN said...

terima kasih sahabat yang memberikan komen....UMNO itu bapa, PAS itu ibu, PKR pula anak, apa yang dikata oleh ibu dan apa yang dikata oleh anak UMNO tetap terima. Itulah kelebihan UMNO walau dikeji, dikata, didusta, dicaci, dihina, dicerca tapi kita tidak mahu melawan kerana jika kami melawan sudah pastinya ia tiada kesudahan.

Sebagai seorang sahabat lama, yang kawan-kawan mengenalinya, saya bukanlah dapat disamakan dengan yang lain. Keinginan saya tidak lebih selain melihat agama dan bangsa saya bersatu menerusi konsep kongsi kuasa.

Tiada apa yang boleh dibanggakan bagi seorang bapa selain melihat anaknya berjaya dan tidak ada perasaan gembira hati ibu dan anak apabila si bapa tahu kehendak anak-anaknya.

cuma satu ingatan saya, Penang dah tak jadi Melayu dan tak mungkin jatuh ke tangan Melayu, ia berlaku seperti singapura jatuh ke tangan kaum Cina. Bukan masalah perkauman, tetapi tanah Melayu ini adalah hak Melayu, jangan kecewakan pejuang terdahulu yang mempertahankan Melayu bertumpah darah dan jangan kecewakan anak-anak kita merempat di tanah sendiri, jangan sampai anak cucu kita berdiri di atas kubur kita dan berkata "inilah bapa aku yang menjual tanah ini dengan Cina".

Kita tidak kompromi soal akidah dan Islam, bagi saya kedaulatan islam adalah yang tertinggi untuk diletakkannya. Rasulullah SAW sendiri berdakwah menggunakan akhlak bukan secara kejian, fitnah dan perasaan buruk. Belajarlah menjadi akhlak Islam terpuji, jangan sampai kerana kita Islam menjadi fitnah, tiada makna memakai jubah, serban dan berjanggut Islam dijadikan fitnah kerana perbuatan kita, ingatlah pengertian Islam itu luar dan besar, keselamatan, kesejahteraan, ketenangan, kebaikan untuk penganutnya bukan berpecah belah.

Saya akui pemimpin UMNO silap, dan pemimpin pembangkang pun silap. Tiada kesempurnaan seseorang makhluk bernama manusia kecuali Rasulullah yang maksum dan terpelihara dari segala dosa.