Monday, February 14, 2011

sambutan maulidur rasul

Sambutan maulidur rasul peringkat daerah muar telah diadakan di masjid jamek sultan ibrahim pada 15 feb 2011 jam 8.00 pg. Seramai lebih 8000 org telah hadir yg mana amanat sambutan maulidur rasul disampaikan oleh tn Hj Misalan bin Karmani, turut hadir adun bkt serampang, adun sg abong, adun maharani, datuk md ismail md shah, datuk dr haris salleh, dato saipolbahri suib, hj fuad tukirin, hjh jamilah othman, ketua-ketua jabatan dan orang ramai,.

Ceramah telah disampaikan oleh Tn Hj Hanafiah bin Abd Razak dari jabatan falak majlis agama islam johor. Antara yg disentuh tentang sejarah perjuangan nabi dalam mengembangkan Islam. Nak dapat pertolongan Allah tidak besar bajetnya, hanya kita berusaha mendekati diri-Nya. 3 sifat penting dlm diri kita iaitu sabar atas kesusahan, redha dgn ketentuan dan tidak putus doa walaupun dalam keselesaan sbg bukti tawakal thdp Allah. Rahsia Rasulullah dlm kejayaan yg dibantu oleh Allah.

Ucapan Do, tentang kebersihan daerah muar yg perlu dilakukan secara bersama, sikap penduduk yg suka membuang sampah dan pekerja yg tidak berdedikasi telah menyebabkan masalah sampah berleluasa. Turut disentuh tentang sambutan velentine day yg haram disambut oleh org Islam. Kasih sayang dapat ditunjukan menerusi cara yg halal dlm hubungan suami isteri dan keluarga.

Wahai sahabat muslimku, ambillah iktibar dari perjuangan rasulullah dlm mengembangkan islam. Mudah2an kita dapat manfaatnya. Insya Allah yea sahabat

Sunday, January 9, 2011

USRAH PIMPINAN 4B TAHUN 2011

Alhamdulillah, usrah 4B Bakri telah bermula kembali. Dengan menemukan pimpinan 4B yang ingin menyuntik semangat dan roh Islam, maka usrah dimulakan di rumah Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri. Usrah yang bersantai namun diisi dengan tazkirah iaitu buku bertajuk Sabda Rasululllah yang diriwayatkan oleh Ibnu Abas. dengan mengupas 2 tajuk iaitu "Ingatlah Allah ketika senang maka Allah akan mengingatimu ketika susah " dan " Mintalah kepada Allah nescaya Allah akan kurniakan".

Selepas dari tazkirah, ahli pimpinan Usrah telah membincangkan Program Usrah pada minggu depannya di Gunung Ledang iaitu 15-16 Januari 2011. Insya Allah usrah akan berjalan pada setiap minggu iaitu Jumaat malam yang akan bergilir-gilir di rumah ahli usrah.

KONVOI 4B KE RUMAH PIMPINAN DALAM PARLIMEN BAKRI

Pada 2 Januari 2011, Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri telah memulakan langkah barunya dengan membawa 23 orang pimpinan Belia 4B termasuk belia Pesta, Belia MAYC Bakri, Belia Kampung Tengah, Belia Pertama Indah dan pemuda UMNO Bakri untuk bersama-sama mengunjungi rumah pimpinan dalam Parlimen Bakri.

Dengan memulakan langkah awalnya iaitu berkumpul di Masjid Jamek Sultan Ibrahim untuk sesi taklimat solat sunat duha dan bacaan doa keselamatan untuk bergerak ke check point yang dirancangkan iaitu :
1. Rumah En. Muzamael bin Sharif (Penghulu Mukim Bandar)
2. Rumah En. Chris Lee Ching Yong (Pengerusi JPMM DUN Bentayan)
3. Rumah En. Halim (Ketua Kampung Bukit Treh)
4. Rumah Tn. Hj. Dris bin Sehan (Ketua Kampung Sabak Awor)
5. Rumah Tn. Hj. Kahar bin Hj. Mashuri (Ketua Kampung Sungai Abong)
6. Rumah Tn. Hj. Hassan bin Ayub (Ketua Kampung Parit Keroma)
7. Rumah En. Mokhtar bin Sulaiman (Ketua Kampung Batu 3)
8. Rumah Tn. Hj. Khalil bin Ismail (Ketua Kampung Jeram Tepi)
9. Rumah Tn. Hj. Salleh bin Shukor (Ketua Kampung Simpang Jeram)
10. Rumah Tn. Hj. Musyrik bin Yusof (Ketua Kampung Batu 5)
11. Rumah Tn. Hj. Hassan bin Hj. Johari (Naib Ketua UMNO Bahagian Bakri dengan makan tengahari dan zolat zuhur dirumahnya)
12. Rumah En. Toh Pee Chu (Ketua Masyarakat Bakri Timor)
13. Rumah En. Sia Ka Tuan (Ketua Masyarakat Bakri)
14. Rumah Tn Hj Kudari bin Hashim (Ketua Kampung Batu 14-16 Air Hitam)
15. Rumah En. Salleh bin Hashim (Ketua Kampung Parit Haji Anuar)
16. Rumah En. Salleh bin Hj. Karim (Ketua Kampung Batu 17-18 Air Hitam)
17. Rumah En. Jamil bin Madran (Ketua Kampung Sri Sempadan)
18. Rumah En. Arifpudin bin Abd. Latif (Penghulu Mukim Air Hitam)
19. Perjumpaan dengan pasukan polis Bukit Naning
20. Rumah Tn. Hj. Sarman bin Othman (Ketua Kampung Parit Tengah Air Hitam. Peserta konvoi merempuh hujan lebat, habis semua sekali...takpe sahabat ini perjuangan dan pengalaman)
21. Minum petang di simpang Parit Tengah
22. Solat asar di Masjid Parit Tengah
23. Rumah Tn. Hj. Rohani bin Idris (Ketua Kampung Parit Baru, jumpa beliau di Masjid Parit Baru)
24. Rumah En. Saifudin bin Kadak (Ketua Kampung Parit Bugis)
25. Rumah Tn Hj. Yatimin bin Yatiman (Ketua Kampung Sri Bulatan Setia)
26. Rumah Tn. Hj. Mohd Nizam Al Bakri bin Hj. Ali (Pengerusi Biro Agama 4B Bakri)
Majlis berjalan dengan baik sekali, para peserta sanggup bermula dan berakhir dengan minat yang cukup tinggi. Mereka tidak kisahkan tentang wang minyak malah mereka sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk membeli baju, membayar insurans dan duit minyak. Peserta mengharapkan akan ada ekspedisi yang lebih jauh dan mencabar. Insya Allah saasaran 4B Bakri adalah konvoi motosikal dari Bakri ke Jerlun Kedah.

Thursday, December 16, 2010

Petua Orang Cemerlang

1. Orang yang cemerlang sentiasa berusaha menjana hati yang bersih dan sentiasa mencuci hatinya menggunakan pelbagai teknik dan petua seperti sembahyang taubat, istighfar, baca Al Qurang, maafkan semua orang, ingat mati, sedekah, berpuasa, kekalkan wudhu dan sebagainya.....

2. Orang cemerlang sentiasa membentuk niat yang murni untuk setiap kegiatan yang dilakukan

3. Orang yang cemerlang sentiasa mencari emas dalam diri. Tuhan mencipta manusia dengan sempurna, tetapi kebanyakkan orang tidak sedar. Dengan mengenal diri secara mendalam, kita dapat menerobos sempadan diri.

Hilangnya Seorang Pejuang Agama, Bangsa Dan Negara


Al fatihah diucapkan kepada Allahyarham YB. Datuk Hj. Sulaiman bin Taha (ADUN Tenang merangkap Ketua UMNO Bahagian Labis) yang telah pulang ke rahmatullah pada pagi tadi akibat sakit paru-paru dan kencing manis. Beliau yang telah dimasukkan ke dalam wad di Hospital Ampang Puteri seorang tokoh pejuang sehingga memenangkan kerusi Barisan Nasional di Parlimen Labis iaitu anak kepada Dato' Chua Soi Lek.

Allahyarham yang bertanding di DUN Tenang memenangi 7,655 undi manakala PAS 2,138 dengan majoriti 5,517. Pada pilihanraya 2008, allahyarham memperolehi 6,367 undi manakala PAS memperolehi 3,875 undi dengan majoriti 2,492.

Semoga roh allahyarham Datuk Sulaiman Taha diberkati oleh Allah SWT, termasuk dikalangan para pejuang Islam dan semoga kerusi DUN Tenang masih milik Barisan Nasional dengan majoriti yang bertambah.

Wednesday, December 8, 2010

Ketuanan Melayu Digantikan Kedaulatan Melayu

Saya menjujung kata-kata DYMM Sultan Ibrahim Ismail yang menyatakan ketuanan Melayu perlu digantikan kepada Kedaulatan Melayu. Ini kerana, ketuanan Melayu agak mengelirukan apabila wujud pandangan bahawa ketuanan Melayu akan melahirkan antara tuan dan hamba, ini bermakna orang Melayu menjadi tuan dan bukan Melayu menjadi hamba. Inilah yang menyebabkan orang Melayu sendiri yang menolak ketuanan Melayu atas kepentingan politik mereka dan ia amat mengguriskan rakyat Malaysia berketurunan Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan ini, saya beranggapan perkataan ketuanan Melayu wajar digantikan Kedaulatan Melayu yang melihat Raja-Raja Melayu dan rakyat Melayu adalah seorang yang berdaulat selepas daripada penyerahan Tanah Melayu daripada kerajaan British. Dengan adanya kedaulatan Melayu ini sudah pastinya kata lawan tidak berdaulat tidak akan wujud. Ini kerana Kedaulatan Melayu telah pun diterima sejak kita merdeka lagi, malah kedaulatan Melayu inilah yang menjadi asas kemakmuran negara Malaysia menjadi sebuah negara yang dikenali dan berdaya maju.

Soal orang Melayu menolak ketuanan Melayu amat mengecewakan dan mendukacitakan, tidak wajar mengambil pedang dari bapanya lalu menghayun pedang tersebut kepada bapanya, ertinya tidak wajar seorang yang dikatakan Melayu sanggup untuk membunuh kaumnya sendiri kerana nikmat yang sedikit. Saya minta kepada orang-orang Melayu tidak kira di dalam parti mana sekalipun dan tidak kira dalam NGO mana sekalipun janganlah kita menolak soal kedaulatan Melayu, malah kita wajib mempertahankannya selepas kita mempertahankan Islam sebagai agama kita, jika kita menolak kedaulatan Melayu sedangkan kaum lain mempertahankan kaumnya, maka kita teramat rugi ibarat yang dikejar tidak dapat dan yang digendong keciciran. Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan, Islam adalah agama kita dan Melayu adalah kaum kita, begitu juga dengan Islam dan Cina (jika dia Islam) tidak boleh dipisahkan, Islam adalah agama Cina adalah kaum mereka. Jangan campurkan antara kaum dalam perjuangan ketika bercakap antara Melayu dan Melayu, kita ada budaya, adat, kefahamannya tersendiri.

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENEMPATAN (CF) UNTUK PROJEK PARLIMEN BAKRI

Pada 6 Dis 2010, UMNO Bahagian Bakri bersama Pejabat Daerah Muar telah mengadakan majlis penyampaian sijil layak menduduki bagi 3 projek yang diperuntukan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri menerusi permohonan yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Bakri. Antara projek yang diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri adalah :
a. Menaiktaraf Mess Pegawai PGA Bakri
b. Pembinaan Jalan di SRJKC Chin Terh Bakri
c. Pembinaan Pentas Budaya Parit Tengah Air Hitam
Kesemua projek tersebut telah pun siap dilaksanakan pada bulan 8 dan majlis yang diadakan pada tarikh tersebut adalah penyerahan sijil kepada penerima-penerima projek. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Penolong Pegawai Daerah iaitu Tn. Hj. Zainal Eran yang mewakili Pegawai Daerah Muar, ucapan YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali selaku ADUN Bukit Naning dan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Saipolbahari bin Hj. Suib selaku Ketua UMNO Bahagian Bakri. Di dalam ucapan CADO adalah projek ini yang dilobi sendiri oleh Dato' Saipol ketika TPM hadir ke Bakri, sebanyak, menyentuh tentang pembangunan PIA dan PIAS yang akan dijalankan pada Januari 2011 dengan peruntukan sekitar RM 1 juta.

ADUN Bukit Naning juga menyentuh inilah keprihatinan kerajaan Barisan Nasional yang memberikan peruntukan kepada kawasan-kawasan yang memerlukan, marilah kita bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan keamanan dan kemakmuran dalam negara Malaysia, memuji sistem penyampaian negara yang melaksankan transformasi yang diperlukan dalam mencapai objektif 1Malaysia,memuji kepada Dato' Saipol yang melaksanakan sebahagian tugas Ketua Bahagian dengan membawa projek di Bakri termasuk membina masjid Kampung Parit Tengah dan mendapatkan projek-projek untuk rakyat. Namun beliau menyentuh apakah yang kita perolehi daripada ADUN dan Ahli Parlimen pembangkang yang menang, langsung tidak ada projek pembangunan yang kita perolehi, hanya melawat sahaja dengan tangan kosong dan terus berpolitik menghentam kerajaan. Oleh itu beliau berharap pada masa akan datang pengundi-pengundi jangan tertipu dengan pembangkang kerana tidak ada apa yang boleh diharapkan. Malah kerajaan BN juga menurap jalan ke rumah ADUN pembangkang. Beliau juga menyatakan tentang projek yang telah pun dilaksanakan dan telah pun diluluskan iaitu Masjid Kampung Kenangan dato' Abdullah Jaafat Batu 6 Bakri sebanyak RM 2.3 juta dengan tambahan RM 250 ribu, Masjid Parit Keroma Jalan Dato' Haji Kosai sebanyak RM 1.5 juta dengan tambahan RM 300 ribu, Masjid Batu 18 Air Hitam hampir RM 2.3 juta dan RM 500 ribu untuk kerja-kerja menambak tanah merah dari Kampung Parit Kelantan ke Kampung Tanah Merah. Beliau juga mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam semoga pemikiran kita semakin baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Bagi Dato' Saipol pula, program yang diadakan ini adalah permintaan Pejabat Daerah yang mahukan satu majlis diadakan bagi memaklumkan kepada umum tentang kelulusan peruntukan dari TPM, beliau setuju dengan kenyataan ADUN Bukit Naning yang mana pembangkang tidak membuat apa-apa malah beliau bersama ADUN Bukit Naning berusaha untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuk kelulusan penutupan tapak pelupusan sampah. Beliau menyentuh tentang konvensyen BN yang meminta kita hendaklah buang jauh-jauh perkara yang keruh dan mengambil yang jernih, kita sama-sama berusaha untuk merampas kembali kerusi-kerusi yang kalah di Parlimen Bakri, beliau akan memberikan latihan kepada jentera parti untuk menghadapi pilihanraya dan beliau berharap jentera pemuda, wanita dan puteri jangan berjanji kepada awam yang akan memberikan kesan kepada pilihanraya. Beliau berjanji untuk merampas kembali kerusi yang kalah dari pembangkang.
ketibaan ADUN Bukit Naning bersama Ketua UMNO Bahagian Bakri