Salam takzim buat anda semuanya... Isu berkaitan penggantungan YB. Dato' Seri Hj. Saipobahari sebagai Ketua UMNO Bahagian Bakri telah membawa kepada perlucutan jawatan saya sebagai AJK UMNO Bahagian Bakri yang dilantik. Perlucutan ini diambil tidak sampai 2 hari sewaktu perlantikan Tn. Hj. Hassan Johari selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri untuk memangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Bakri. Ini merupakan pengalaman yang cukup berharga bagi diri saya yang baru sahaja dilantik untuk memegang jawatan tersebut.
Perlucutan ini tidak membawa kesan yang buruk pada diri saya. Ini kerana saya yakin kepada prinspi perjuangan yang ikhlas dan baik sepertimana yang saya tekankan kepada rakan-rakan seperjuangan. Kita kena lihat dari luar dalam membuat penelitian yang lebih adil. Kita kena rasional dan tenang dan berbalik kepada prinsip perjuangan yang baik. Saya menganggap perlucutan ini banyak hikmah bagi diri saya. Paling penting kita dapat belajar selok belok politik dan pengalaman ini mematangkan diri kita supaya kita akan bertindak lebih baik pada masa mendatang. Saya kira dengan perlucutan ini juga ia akan memudahkan kerja-kerja dan urusan pentadbiran kepimpinan yang ada. Sememangnya saya tidak mempunyai masaalah dengan Pemangku yang ada, malah prinsip perjuangan asas iaitu "akur siapa ketua", "menghormati pemimpin yang lebih lama" dan menjunjung asas perlembagaan parti UMNO telah menjadi penyuntik semangat bagi diri saya. Dengan keadaan seperti ini juga, penumpuan saya untuk menumpukan pengajian di peringkat PHD akan lebih terurus.
Di dalam kesempatan ini juga, saya menyeru kepada semua ahli UMNO di Bahagian Bakri, hendaklah bersatu padu, pepatah Melayu "biduk berlalu kiambang bertaut" mestilah disematkan dalam diri. Kita sebagai satu kumpulan mestilah berpegang pada satu ketua dan kita sebagai ahli berhak menasihati jika kepimpinan itu tidak betul pada tapak sebenarnya. Oleh itu, saya mengharapkan rakan-rakan dalam parti, sama-samalah kita bekerjasama dalam memenangi PRU 14 pada masa akan datang. Jika kita percaya parti UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu, kita tanamkan sikap berbaik sangka, bersatu padu, tolong menolong dan ikhlas dalam perjuangan.
Sekian terima kasih dan salam takzim dari saya.....UUM Kedah...
Monday, March 17, 2014
Friday, January 17, 2014
Perlantikan Sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bakri
Pertamanya marilah kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT atas izin-Nya kita masih lagi dapat melakukan kerja-kerja seharian dengan sebaiknya. Semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dan kebaikan dari-Nya untuk manfaat perjuangan agama, bangsa dan negara.
Pada tarikh 16 Januari 2014 jam 8.30 malam saya telah mengangkat sumpah bersama barisan AJK UMNO Bahagian Bakri sesi 2013-2016. Ini merupakan kali pertama perlantikan yang saya terima daripada Ketua UMNO Bahagian Bakri iaitu YB. Dato' Seri Hj. Saipolbahari bin Hj. Suib. Atas dasar perlantikan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Bakri yang telah memilih saya untuk sama-sama berjuang dalam agenda UMNO Bahagian Bakri iaitu memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU 14.
Bukanlah satu perkara yang mudah dengan amanah yang diberikan, ini kerana saya merupakan AJK yang paling muda berbanding dengan pimpinan yang lain dan tanggungjawab saya dalam menamatkan pengajian di peringkat Phd. Oleh itu saya memohon petunjuk daripada Allah SWT agar mempermudahkan urusan yang saya lalui dan memohon jasabaik dari semua rakan-rakan untuk bersama-sama berganding bahu untuk kebaikan bersama.
Terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan. Jazakumullah.

Wednesday, November 27, 2013
#MuktamarPAS : Konsert METAL Sesat di Karnival PAS for ALL!!!
Sedih apabila PAS turut melaksanakan konsert metal. Seharusnya PAS akan lebih menjaga dirinya apabila ia melaksanakan tahalul siyasi dgn DAP dan PKR. Semoga PAS akan menjadi lebih baik.
Wednesday, November 20, 2013
Pengalaman menunggang motosikal seorang diri ke Bangkok Thailand (16-20 Nov 2013)
Ini adalah pengalaman saya ke Bangkok yang boleh saya
kongsi bersama. Saya pergi pada 16 November dan pulang kembali ke Malaysia pada
20 November 2013. Saya menggunakan motosikal jenis Yamaha XJ6. Sebenarnya motor apa sahaja takde masalah asalkan ada keyakinan. Jadi saya kongsi pengalaman saya untuk anda apabila bergerak seorang diri ke
Bangkok :
1. Niatkan
perjalanan yang dilakukan adalah ibadah bagi mendapatkan keredhaan Allah
2. Pastikan
motosikal telah di servis dan keadaan motosikal yang baik
3. Elakkan
bergerak malam
4. Bawa
passport
5. Bawa
salinan geran motosikal
6. Beli
insurans masuk Thailand (RM 16.00 untuk 9 hari) beli di Changlun, Kedah
7. Ambil
borang imigresen
8. Bawa
peralatan membuka tayar (cacing/penebuk tayar) tayar tubless lagi baik
9. Bawa
makanan segera, roti, biskut dan minuman 3 in 1 secukupnya (bagusnya milo)
10. Pastikan
motor ada side box dan elakkan beg sandang dibelakang badan (penat)
11. Ada
GPS / Peta Thailand
12. Bawa
pen dan buku nota untuk catatan sendiri (penting)
13. Spray
rantai 1 botol
14. Ubat
penting (panadol, cirit birit)
15. Kompas
untuk arah kiblat
16. Sehelai
seluar jeans, sehelai kain pelekat dan 2 helai t-shirt
17. Duit
yang telah ditukarkan paling tidak bawa RM 1,500.00 untuk 4 hari
Sempadan Thailand hanya dibuka jam 7.00 pagi (Malaysia) =
6.00 pagi (Thailand) dan akan ditutup kembali jam 12.00 mlm (Malaysia) = 11.00
mlm (Thailand)
Cara nak masuk
1. Pastikan
isi minyak motosikal penuh sebab minyak Thailand mahal. Ketika ini minyak RON
95 Malaysia ialah RM 2.10 seliter manakala Thailand RM 3.93 seliter, hamper 2
kali ganda
2. Lepaskan
dulu sempadan Malaysia untuk serahkan passport bagi tujuan pengesahan keluar
3. Masuk
Thailand motor parking tepi di pintu masuk
4. Pergi
kaunter antarabangsa dan serahkan passport Malaysia dan borang imigresen
5. Pergi
kaunter serahkan geran motor dan insurans serta bayaran RM 1.00
6. Jangan
kelam kabut dan tenang, jika ada masalah boleh bertanya di kaunter dalam Bahasa
Melayu atau Inggeris
Selepas keluar
singgah 7 eleven di Pekan Danok untuk beli
1. Peta
besar Thailand
2. Beli
sim card Thailand (call / internet) jika perlu, katanya call dari Thailand
lebih murah
3. Peta
Bandar utama Thailand seperti Bangkok, Hatyai, Phuket, Krabi, Kanchanaburi dan
sebagainya
4. Mulakan
perjalanan masuk, dengan penuh kesyukuran atas nikmat Allah
5. Pam
minyak jangan risau di sana ada banyak pam minyak termasuk Shell, Caltex, Esso
dan Petronas (hanya di Bangkok)
Laluan masuk
1. Pekan
Danok (ini tempat org Malaysia berhibur, tengok-tengok cari pengalaman takpe,
takyah singgah) beli sedikit makan (0 km) jam 5 petang
2. Jumpa
Sadao iaitu Daerah Selatan Thailand (23 km) jam 5.30 ptg
3. Simpang
3 Hatyai. Jika tegak masuk Hatyai belok ke kiri untuk ke Krabi, Phuket, Trang,
Bangkok (65 km) jam 6.15 ptg
4. Saya
menuju ke Krabi, ikut Jalan No. 4. Kemudian terus ke Phattalung (140 km) jam
8.15 mlm
5. Selepas
tu ke Trang (70 km) jam 9.00 mlm
6. Sampai
ke Krabi (190 km) jam 11 mlm. Di Krabi ada banyak pantai yang boleh dilihat,
saya tak pergi Pantai sebab dah malam, hanya tidur di Hotel satu malam RM
60.00. Esok pagi sarapan di Kedai sebelah Masjid sebelum Bandar Krabi.
7. Sampai
ke Phuket (200 km) jam 1.00 ptg. Solat di Masjid jalan menuju ke Patong Beach.
Sedekah duit utk keselamatan diri. Di sini banyak tahfiz dan makanan Islam.
Saya ronda di Pulau Phuket termasuk
Karon Beach, pusing ke Chalong, Thalang dan berhenti di jambatan Pulau Phuket. Ambil
gambar dan di tepi jalan ada gerai ikan masin
8. Kemudian
bergerak ke Ranong (400 km), ikut jalan no 4. Di sini akan melalui Takua Pa (pantai),
Khura Buri, Suksamran, Kaper dan Ranong. Kawasan ini banyak muslim dan bila ada
masjid boleh berhenti sebab di situ ada warung Islam. Kawasan ini banyak kelapa
sawit dan agak sunyi. Sampai di Ranong, Bandar Ranong di sebelah kiri, tidak
berada di Jalan besar. Boleh tidur di Farm Resort. Makanan Islam di sini sukar cari kalau takde
pengalaman, malamtu saya makan roti
dengan buah berangan.
9. Esok
pagi sarapan di Ranong Port. Ada kedai muslim dan di sini juga sempadan Thailan
Myanmar. Kena naik bot. (Next time boleh pergi)
10. Bergerak
ke Chumporn (200 km) melalui Kra Buri. Berhenti seketika kerana boleh lihat
sempadan 2 negara iaitu Myanmar dan Thailand. Nanti Nampak bot berulang alik
menyeberang sempadan Negara. Seperti di Sungai Golok atau Munduk di Rantau
Panjang. Di Chumporn makanan Islam sukar cari.
11. Kemudian
bergerak ke Prachuap Khiri Khan (300 km). Boleh bawa laju, ketika itu saya bawa
140 kmh. Hati-hati bila melalui simpang sebab ada kenderaan u-turn, lembu di tepi
jalan dan kenderaan berat.
12. Kemudian
bergerak Bangkok (300 km) melalui Kui Buri, Pran Buri dan Phetchaburi. Berhenti
di simpang Pak Tho untuk belak ke kanan.
Jika terus ke Rachaburi ia akan bertambah jauh. Anda akan melalui samut
Songkhram, Samut Sakhon dan seterusnya ke Bangkok. Jalan raya mereka besar
iaitu 3 lorong bermula di Petchaburi.
13. Bangkok
bandarnya memang padat dan sesak. Bawa motosikal yang ada side box kena
hati-hati sebab boleh bergesel dengan kenderaan lain. Di sini memerlukan GPS
atau peta Bandar Bangkok. Kalau nak cari makan boleh ke medan selera Arab iaitu
Jalan Sukhumvit 3. Bila sampai di Bangkok jangan lupa ke Masjid Bangkok untuk
derma di sana dan solat syukur. Berhibur dan juga beramal.
Tips untuk menuju
ke destinasi
1. Tidak
semua orang Thai boleh berbahasa Inggeris. Mereka hanya faham menerusi Isyarat.
Jika anda mahu makan tunjukk isyarat hendak makan dan sebut perkataan muslim.
2. Minta
orang Thai lukiskan peta destinasi yang hendak dituju
3. Jika
anda mahu ke desntinasi tertentu,memang sukar dan anda kepenatan sendiri. Berhenti
di mana-mana parking yang ada lelaki memakai vest warna merah. Ia adalah teksi
motosikal yang akan bergerak ke mana-mana. Bayar kepada mereka Rm 2.00 atau 20
baht dan minta dia bawakkan ke mana anda mahu pergi. Tips ini adalah untuk
pengguna motosikal dan pejalan kaki.
4. Anda
tidak akan sesat, jika anda amati betul beberapa perkara iaitu :
a.
Bawa bisnes kad hotel anda, passport boleh
tinggal di hotel atau membawanya
b.
Minta nasihat pihak kaunter hotel, lazimnya dia
boleh berkomunikasi bahasa Inggeris dan menunjukkan tempat yang anda hendak
pergi
c.
Tengok sekeling bangunan anda yang tertinggi
sebagai symbol anda
d.
Hafal nama jalan besar hotel anda
e.
Boleh ikut laluan MRT
f.
Baca peta betul-betul
g.
Minta bantuan teksi motosikal sebab dia lebih
tepat daripada GPS.
Nasihat dari saya
1. Bawa
motor jangan ikut orang lain, ikut kemampuan diri sendiri
2. Pastikan
rehat yang secukupnya termasuk tidur. Jika penat berhenti di mana-mana 7 eleven
3. Jangan
menghina atau mentertawakan Negara, raja, pakaian, polisi dan lambang mereka.
4. Banyakkan
tolak ansur dan sentiasa senyum
5. Jika
ada sesiapa tahan anda kalau anda yakin nak bantu anda boleh bantu. Ikut gerak
hati masing-masing.
6. Di
atas motor banyakkan berzikir, hafal ayat-ayat lazim dan sentiasa menginsafi
diri
7. Nampak
masjid datangkan perasaan syukur teramat sangat pada Allah sebab anda lebih banyak
berjumpa tokong siam
8. Sebenarnya
kita di Malaysia lebih beruntung jika dibandingkan Thailand sebab pekerja pam
minyak mereka hanya RM 400.00 sebulan sedangkan kita telah masuk gaji minima RM
900.00 sebulan
9. Jika
ke Thailand anda boleh beradab atas jalan, apatah lagi di Malaysia. Saya sayang
anda semua sebab kita satu keluarga yang besar. Jaga nama baik Malaysia dan
maruah diri anda.
Maaf jika catatan ini kurang
tepat bagi mereka yang lebih arif keluar masuk, saya catat pada pengalaman saya
yang pertama kali. Catatan saya hilang setelah hp Samsung Note saya crack di Prachuap Khiri
Khan sebab motor saya terhentak di dalam lubang yang dalam ketika hujan .
Ketika ini saya sedang mengikuti pengajian peringkat Phd di UUM Sintok Kedah (International Study) semester 1. Kesempatan ini saya ambil. Ini kerana saya berulang-alik setiap minggu dari Muar ke UUM Kedah.
Saturday, July 6, 2013
PERUBAHAN UMNO KINI PENTING UNTUK MASA HADAPAN
Tidak lama lagi UMNO akan menghadapi pemilihan yang amat penting bagi menentukan masa hadapan parti tertua di dunia ini. Mengapa saya kata amat penting, ini kerana parti BN telah mengalami kekalahan yang paling teruk pada PRU 13 yang mana UMNO adalah tunjangnya. Masa hadapan UMNO dilihat amat berkait dengan masa hadapan dan corak Malaysia. Harus diingat parti UMNO merupakan pounch box kepada mereka yang tidak senang dengan kejayaan dan pencapaian yang dimiliki.
Saya melihat kepada 3 kumpulan di Malaysia yang melihat parti UMNO. Pertama mereka yang betul-betul duduk di dalam parti UMNO, memperjuangkan parti UMNO sebagai parti Melayu dan Islam. Mereka ini duduk dalam pelbagai lapangan, baik dari segi akademik, teknokrat, peniaga, ilmuan agama, politik, sosial dan pelbagai lagi. Mereka ini ada yang duduk berjawatan dalam parti dan ada yang duduk di luar. Golongan ini merupakan golongan yang amat penting dalam survival UMNO. Mereka yang dilahirkan dalam keluarga UMNO yang mana perjuangan Melayu dan Islam amat sinonim dengan dirinya.
Golongan kedua saya melihat kepada mereka yang terus menolak UMNO. Mereka ini dilahirkan di luar UMNO atau mereka yang kecewa, marah dan gagal dalam parti UMNO. Mereka ini sangat penting untuk menjadikan parti UMNO terus kekal. Mereka jelas menolak UMNO dengan alasan agama, keadilan, kezaliman dan sebagainya. Golongan ini dianggap sebagai pesaing utama dalam UMNO dan melihat UMNO begitu jijik dan haram. Golongan ini mempunyai pendekatan yang berlainan dengan parti UMNO. Kumpulan ini dilihat tidak memperjuangkan Melayu dengan lebih jelas namun tertumpu kepada agenda agama dan kesaksamaan. Harus diingat golongan ini semakin mendapat tempat jika pemimpin UMNO tidak mahu berubah.
Golongan ketiga adalah golongan berkecuali, ia tidak memihak kepada mana-mana, mereka yang mementingkan pada pencapaian diri sendiri. Mereka ini dilahirkan dalam suasana yang lebih terbuka. Mereka bukan tidak ada pendirian, tetapi pendirian mereka lebih terbuka. Golongan in lebih ramai jika dibandingkan dengan 2 golongan di atas. Golongan ini amat penting untuk ditarik oleh kedua pihak di atas. Golongan ini juga membuat keputusan pada saat akhir dengan melihat kepada penawaran yang diberikan oleh kedua pihak, melihat kepada permasalahan diri sendiri. Golongan ini perlu direbut dan diberikan tumpuan. Inilah golongan yang dipanggil atas pagar dalam parti politik. Mereka yang dilhahirkan kerana mahu memikirkan soal kerjaya. Mungkin juga golongan ini tidak didekati kerana mereka tidak mahu mengambil risiko dengan berbaik dengan 2 golongan di atas. Namun jika parti UMNO bijak menyesuaikan dirinya, maka golongan ini boleh beralih mengikuti UMNO.
Mengapa UMNO perlu berubah ?
UMNO perlu berubah dari segi kepimpinan iaitu tidak hanya melahirkan golongan koperat semata. Ia perlu memperbanyakkan golongan ilmuan, golongan agama, golongan sosial dan mereka yang ikhlas untuk berjuang. Bagaimana untuk membawa masuk golongan ini. Golongan ini boleh dibawa masuk menerusi perlantikan jawatan atau memegang mana-mana jawatan di dalam bahagian. Memasukkan golongan ini perlu dilihat secara terbuka. Menentukan kedudukan mereka di dalam parti juga penting untuk melihat mereka duduk bersama-sama dalam parti UMNO. Pada ketika ini UMNO dilihat sebuah parti yang mempunyai kemewahan, bersifat elit, tidak mementingkan soal pembangunan kerohanian dan tidak mendasar kepada perjuangan Melayu yang sebenar. Pejuang UMNO perlu meletakkan kepentingan Melayu dan Islam dihadapan jika dibandingkan kepada perjuangan projek. Golongan yang dibawa masuk ini perlu adil, mereka tidak boleh dibawa masuk dengan tangan kosong, mereka perlu diberikan tempat dalam apa jua bidang yang membolehkan mereka survive. Ini adalah wajar dan penting dengan suasana masakini yang telah berubah kepada ekonomi kapitalis. Ini bermakna perubahan ini bukan sahaja dilakukan oleh presiden parti namun kepada ketua UMNO Bahagian. Namun penegasan presiden UMNO adalah penting bagi memperlihatkan mereka benar-benar diperlukan dalam parti UMNO.

Tuesday, May 14, 2013
TRANSFORM UMNO BERMULA DARI PEMUDA
Menyedari PRU 13 keadaan parti BN yang ditunjangi oleh UMNO semakin tidak stabil, ia dilihat dari aspek 3 kaum iaitu Melayu bagi parti UMNO, Cina bagi parti MCA dan India bagi parti MIC yang perlu diadakan transform secara dalaman. Setelah post mortem yang dijalankan beberapa kali sejak PRU 10 sehingga PRU 13, maka wajarlah satu usaha yang sangat koprehensif dan berkesan perlu dijalankan.
Sebelum ini penulis ada menulis bahawa UMNO perlu melakukan transformasi dalaman bagi menjadikan UMNO terus relevan. Cakap-cakap relevan tidak hanya diluangkan daripada mulut semata, ia perlu dijadikan prinsip dan pendirian yang tersemat di dalam sanubari bagi setiap ahli-ahlinya. Jumlah keahlian UMNO yang dianggarkan lebih 2 juta perlu dijadikan satu kekuatan yang sebenar dan tidak lagi dianggap sebagai ahli back fire pada klimaks perjuangan.
Penulis melihat untuk menjadikan UMNO itu kekal dan relevan, maka penulis membawa pembaca semua untuk melihat kepada barisan pemuda. Ianya bermula daripada pemuda yang mempunyai kualiti terpilih, menjadikan pemuda sebagai benteng utama dihadapan, mejadi simbol kepada kejayaan dan menjadikan pemuda sebagai pewaris masa hadapan negara. Untuk itu apa yang pemuda perlu lakukan transformasi tersebut.
1. Mementingkan urusan Allah dan Islam sebagai matlamat hidup perjuangan
Dalam apa jua bidang termasuk politik urusan Allah mesti diletakakn dihadapan hidup kita. Mempercayai rukun Iman dan Islam akan melahirkan pemuda yang sangat disayangi dan disegani. Percaya kepada rezeki, qada dan qadar, pembalasan hari akhirat juga akan membataskan pemuda untuk tidak melakukan perbuatan sewenangnya.
2. Pemuda mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam disiplin yang berbeza
Inilah segala intipati kejayaan, pemuda mestilah mempunyai sikap rajin membaca pada perkara fakta, dengan pembacaan sahajalah ia akan meringkaskan dan memendekkan masa mengecapi kejayaan. Banyak maklumat yang mudah diperolehi untuk menjadikan pemuda seorang yang cukup berilmu dan disiplin yang tinggi. Sikap membaca juga akan mengubah watak pemuda kepada golongan berfikir.
3. Pemuda mestilah kreatif, terbuka, bersungguh dan berwawasan untuk kecapi kegemilangan
Saya melihat, watak seperti ini akan menjadikan pemuda akan terus maju kehadapan. Saya menyeru kepada pemuda sekalian agar menjadikan tempoh usia pemuda ini untuk mengambil sebanyak mana ilmu, sebanyak mana peluang, sebanyak mana networking dan sebanyak mana keuntungan yang halal untuk persiapan masa tua. Oleh itu pemuda mestilah kreatif, terbuka, bersungguh dan mempunyai wawasan agar kedudukan pemuda dilihat lebih tinggi.
4. Mentaati kepada pemimpin dan menegur dengan hikmah sikap pemimpin
Dalam organisasi kita tidak lari daripada sifat menataati ketua yang kita angkat, namun bukanlah semua perkara kita turuti, selagi ianya tidak bertentangan dengan perkara mungkar, maka kita mesti taat kepada pemimpin kita. Oleh itu kita digalakkan menegur pemimpin kita dengan hikmah, dengan istighfar dan dengan niat untuk kebaikan semua pihak. Tindakan ini akan menjadikan pemuda mempunyai organisasi yang kuat dan padu.
5. Meninggalkan politik wang, rasuah, berpoya dan cakap kosong
Bagi menjadikan pemuda UMNO disanjungi, politik wang wajib digugurkan dan dielakkan kepada golongan muda. Budaya meminta rasuah, senduk, tekak kering, haus dan sebagainya perlu dielakkan untuk menjadikan pemuda seorang yang bermaruah. Sikap ini juga akan mewujudkan kehancuran pemuda dan seterusnya UMNO gagal mewujudkan barisan pelapis yang digeruni.
Dari itu, saya meminta kepada semua pembaca, ayuhlah kita melakukan tranformasi dalam pemuda untuk meletakkan pemuda ditempat yang sebenarnya. Apa yang saya tuliskan ini adalah ikhlas untuk kebaikan kita semua. Tanpa mengira apa jua latar belakang saudara termasuklah parti PAS, ayuhlah bersama pemuda UMNO untuk melakuakn transformasi demi kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.
Takbir...
Coretan transformasi pemuda
Mohd Radzi bin Hj Amin
15 Mei 2013
1.45 pagi

Thursday, January 31, 2013
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PPK BAKRI
Pada hari ini 31 Januari 2013 ada program sambutan maulidur rasul peringkat PPK Bakri, program diadakan di pejabat peladang bakri Jalan Sungai Abong. Program dihadiri oleh Yh. Dato Saipolbahri Hj Suib selaku Pengerusi NAFAS Kebangsaan, Pengarah LPP Johor, AJP Bakri. Ceramah yg disampaikan oleh Ust. Iskandar dari SK Bandar Maharani.
Antara pengisian ceramah adalah jika kita dalam tempoh 40 hari tidak diisi dengan ilmu ibarat tanah merekah yang tidak ditimpa hujan selama 40 hari. Isilah diri dengan ilmu agar diri menjadi sempurna.

Subscribe to:
Posts (Atom)