Syukur alhamdulillah dengan rahmat dan keizinan-Nya kita dapat sama-sama meraikan hari kemerdekaan ke 55. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk mengecapi apa yang kita miliki pada hari ini dan lagi sukar untuk menjaganya pada suatu masa yang panjang. Perkataan 55 tahun jika kita sama-sama amati, kita melalui beberapa zaman, zaman ketika penjajah iaitu British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, zaman kita meniti kesusahan dengan menjual hasil bumi yang terhad iaitu bijih timah, getah, balak, koko dan kelapa, kemudian kita mula membuat pinjaman dengan US untuk menaikkan taraf kemudahan kita termasuk pembinaan jalan raya dan pelabuhan bagi memudahkan kita mengekang komunis dan menjual hasil masyhur kita. Kemudian kita berhadapan dengan konfrontasi dengan Indonesia bagi pembentukan Malaysia, kemudian kita berpisah dengan Singapura, kita juga mengalami krisis ekonomi dan perpecahan dalaman parti Melayu sehingga terbentuklah parti semangat 46, kemudian PKR dan kini Malaysia terus menjadi negara yang dihormati.
Secara jujurnya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemimpin negara kita dalam semua peringkat, baik YDPA, PM, TPM, MB, CM, Menteri Kabinet, MP, ADUN, Ketua GLC dan semua rakyat Malaysia sejak merdeka sehingga kini. Tanpa jasa dan pengorbanan yang dilakukan tidak mungkin kita berada di tahap kini.
Namun kemerdekaan ke 55 tahun ini tidak akan begitu lama jika generasi yang dilahirkan bukan generasi yang kita harapkan, sebab itu pada masa kini usaha untuk melahirkan generasi yang baik bukan satu perkara yang mudah dan kita masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Generasi yang kita harapkan khususnya dikalangan generasi Melayu mestilah generasi yang boleh dianggkat hingga ke persada antarabangsa, usaha ini perlu digembleng secara bersama dibanyak peringkat.
Oleh itu generasi yang ada pada masa kini yang menyambut sambutan kemerdekaan, ayuhlah kita singsing lengan, sama sama berganding bahu untuk membina masyarkat yang baik, cemerlang untuk masa depan Malaysia yang penuh gemilang....hentikan rasuah, tingkatkan intergriti, tambahkan ilmu, kuatkan semangat yang tinggi demi sebuah negara bernama Malaysia...selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke 55....janji ditepati...
Thursday, August 30, 2012
Sunday, July 22, 2012
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
Salam semua sahabat, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa bagi 1433H atau 2012. Pertamanya marilah kita memanjatkan rasa sykur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberikan kesempatan dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Jika dilihat sahabat, jiran dan saudara mara kita sudah tiada untuk bersama-sama kita untuk berpuasa. Keduanya marilah kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional yang mewujudkan suasana negara yang cukup baik, makmur, mewah, sejahtera dan harmoni dengan pelbagai kaum sejak 1957 sehigga kini. Jika hendak dibandingkan dengan negara Syria pada masa kini yang mencecah hampir 20,000 orang kematian kerana perang saudara. Ketiganya marilah kita menjadikan ibadah puasa ini sebagai ibadah kita yang terakhir, lakukanlah dengan sungguh-sungguh dalam setiap perkara. bersihkan diri dengan sifat yang tidak baik selama ini yang telah kita lakukan, kita maafkan semua perbuatan yang tidak baik orang lain ke atas diri kita, kita jadikan sifat kita sifat zuhud dan menyesali dengan perbuatan yang kita lakukan.
Wahai sahabat sekalian, saya doakan kalian beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Perjuangan kita untuk memakmurkan dunia ini masih belum ada hentinya, buatlah yang seadilnya, buatlah yang baiknya, buatlah untuk bekalan kita di akhirat nanti, jangan kita terus menerus merosakkan diri kita dengan kehinaan, kezaliman dan kejahatan. Hidup kita tidak lama dan pasti kita akan dibangkitkan di Padang Mahsyar. Semoga berbahagialah kalian di akhirat sana. Sahabatmu yang hina...Mohd Radzi bin Hj. Amin

Monday, June 11, 2012
PROGRAM RAWATAN ISLAM
Alhamdulillah...pada 10 Jun 2012 sempat saya bertemu dan berbual dengan tokoh rawatan Islam di Malaysia ini iaitu Prof. Dato' Dr. Amran bin Kasimin yang merupakan seorang pensyarah, bekas ADUN (BN) Bangi, Selangor dan anak murid Dato' Dr. Haron Din dalam perubatan Darul Syifa. sempat saya membeli buku-buku, air, cd perubatan Islam yang dapat dimanfaatkan untuk keluarga saya dengan keizinan Allah SWT.
Program yang sangat baik dan menjadi keinginan bagi diri saya untuk mendalami ilmu perubatan Islam dengan niat untuk membantu masyarakat Islam khususnya agar tidak terpesong dari soal akidah dalam perawatan yang hendak dijalankan. Dalam pemerhatian saya ramai yang terkeliru antara yang masyarakat kita lakukan ini adalah perbuatan yang diizinkan Allah atau perbuatan mensyirikkan Allah. Daripada tulisan yang menggunakan ayat al quran kemudian dijadikan wafak dengan pecahan tulisan yang membawa kepada penggunaan alatan tradisional seperti keris, pedang serta haiwan yang dikeraskan telah membawa kepada perbuatan bertentangan dengan Islam.
Oleh itu saya, bermohon kepada Allah SWT agat masyarakat Islam di Malaysia ini dapat menghindari perbuatan yang terlarang. Gunakanlah cara perubatan Islam yang sebenar, jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu. Dan insya Allah saya berazam untuk belajar perubatan Islam ini setelah saya menamatkan Phd saya...amin
.
Gambar kenangan bersama Prof. Dato' Dr. Amran bin Kasimin (pengamal perubatan Islam)
Wednesday, May 23, 2012
MENGHARAPKAN SINAR GEMILANG KEMENANGAN BN PARLIMEN BAKRI
Senario politik pada bulan April 2012 ini menampakkan perubahan politik yang positif ke atas BN di Parlimen Bakri khususnya dlm konteks UMNO. Kelibat bendera yang berlegar-legar di sekitar parlimen Bakri khususnya apabila ada program parti telah meningkatkan kembali sokongan untuk orang-orang UMNO dan memberikan keyakinan kepada orang kampung untuk terus memberikan sokongan kepada BN. Di bawah kepimpinan Ketua UMNO Bahagian dan Timbalannya yang aktif melaksanakan aktivi telah mengukuhkan kedudukan parti, malahan jentera wanita UMNO juga bergerak menerusi prgrm secara berkelompok. Pemuda UMNO menerusi larian sang saka bangsa menunjukkan gelombang UMNO seluruh Malaysia. Tida dinafikan ADUN Bukit Naning menerusi prgrm pembangunan yang memberi impak kepada rakyat bahawa kerajaan BN adalah kerajaan prihatin. Pembinaan masjid yang telah selesai di Batu 18 Air Hitam telah mengukuhkan lagi sokongan di peti undi batu 18 Air Hitam. Masjid 2 tingkat dengan finishing yang kemas menjadikan ia masjid yg sangat puas hati.
Tidak ketinggalan NGO yang membantu kekuatan BN terutamanya Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri, PEKIM, Belia Sinar Sri Kelantan dan Pertubuhan Kebajikan Islam yang memgadakan ceramah umum bersama Ust Hasan Basri telah menampakkan semangat yang cukup kuat. Kehadiran pendengar yang melebihi 300 orang dan pemasangan bendera UMNO, BN dan Belia menyemarakkan lagi kekuatan BN di peti undi Batu 18 Air Hitam. Sehingga kini bendera tersebut tidak ditanggalkan dan akan terus dipasang sehingga PRU 13 nanti. Walaupun pada masa yang sama ceramah pembangkang turut diadakan selang 3 buah rumah di Parit Arab namun kehadiran yang ramai di ceramah anjuran NGO telah mengatasi kehadiran ceramah pembangkang yang dihadiri oleh Mustafa Kamil Ayub, Cikgu Mala Shamsudin dan YB Ng Swee Lim.
Saya amat mengharapkan jentera BN akan terus memantapkan lagi kedudukan BN dan pilihanraya kali ini adalah pilihanraya terpenting untuk kemenangan BN. Saya mempunyai keyakinan Parlimen Bakri akan dapat ditawan semula. Syabas pada semua jentera, petugas, orang orang UMNO dan penyokongan UMNO.
Sunday, March 11, 2012
PANDANGAN TERHADAP ISU PERLETAKAN JAWATAN DATO SHAHRIZAT
Agak terkejut dengan perletakkan jawatan Menteri oleh dato' Shahrizat selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia. Ada yang psotitif dan ada yang negatif perletakan jawatan ini. Sudah pastinya pembangkang akan memperlihatkan kejayaannya dalam mempengaruhi siasatan yang masih dibuat oleh SPRM. Ia juga memperlihatkan kejayaan dalam menyerang BN.
Bagi saya, perletakan jawatan yang dibuat oleh dato' Shahrizat adalah satu keberanian beliau yang meletakkan kepentingan teramai berbanding dirinya sendiri. Beliau yang mempunyai penyokong yang ramai bukan mudah untuk melepaskan kerusi yang empuk hanya kerana dakwaan yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, ini bukan isu parti tetapi isu prinsip yang terpaksa dikorbankan.
Namun bagi saya juga, dato' Shahrizat tak perlu risau, jika ia tak berlaku pada dirinya keputusan akan memihak padanya dan tindakan menyaman ke atas mereka yang mengaitkan dirinya boleh dilakukan. Saya percaya, undang-undang negara akan dilakukan dengan betul tanpa memilih siapa. Semoga beliau akan tabah dengan keputusan yang dibuat dan terus menjadi kuat dalam menghadapi pilihanraya.

Monday, February 27, 2012
Operasi Menembak Babi Hutan Di Mukim Air Hitam, Muar
Operasi menembak babi hutan di Mukim Air Hitam berpunca dari keresahan penduduk kampung berkaitan serangan babi yang semakin menjadi jadi. Ini kerana tindakan babi yang luar biasa kerana peningkatan jumlah babi yang semakin banyak telah menyebabkan babi hutan ini tidak lagi menyerang tanaman tetapi menyerang ternakan dan penduduk kampung.
Kes babi melanggar motosikal yang sedang bergerak di Batu 18 telah menyebabkan saya selaku pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri bercadang untuk mengambil tindakan. Menerusi perbincangan dengan ADUN Bukit Naning,YB Datuk Abdullah bin Md.Ali yang membenarkan operasi ini dijalankan, serta sokongan kuat dikalangan rakan2 fb Mukim Air Hitam telah menyebabkan tindakan awal dengan pihak Jabatan Perhilitan Daerah Muar. Surat dihantar kali pertama yang mana Jabatan Perhilitan merasakan perlu mengkaji semula tarikh, masa dan tempat kerana ia tidak bersesuaian. Satu perbincangan dijalankan secara tidak formal dengan jabatan perhilitan yang menyebabkan satu tarikh perbincangan yang melibatkan JPMM Bukit Naning telah dibuat.
Pada 1 Februari 2012,seramai 15 orang terlibat yang mana Penghulu Mukim Air Hitam telah mempengerusikan mesyuarat, turut hadir En. Dasuki (Perhilitan Muar), ASP Roslan (wakil IPD Muar) ketua kampung Tok Jamil, Tok Salleh Karim, Tok Salleh Hashim, Tok Sarman, Tok Rohani, Tok Kudari dan wakil penembak dari Muar Shooting Club (En. Sia Bee Tiong). Namun tarikh yang dicadangkan asalnya pada 19/2/12 ditolak kerana pasukan menembak ada programnya tersendiri,maka tarikh 26/2/12 dipilih sebagai waktu operasi.
Semingga sebelum 26/2/12 hebahan telah dibuat menerusi fb, poster, kain rentang, hebahan menerusi budaya al quran, tahlil dan yassin serta orang ramai. Operasi yang melibatkan 3 buah kampung iaitu Kampung Sri Sempadan, Kg, Batu 17-18 dan Kampung Parit Hj Anuar bermula jam 7.00 pg sehingga 3.00 ptg. Datuk Abdullah bersetuju untuk menyumbangkan peruntukan membeli peluru kepada setiap kumpulan yang terdiri daripada kumpulan Bukit Bakri (En Ah Teong),Kumpulan Parit Jawa (En Teo) dan Kumpulan Ledang (En Anuar/En Ah Lek. Peluru ini akan digunakan selama sebulan bagi menangani masalah babi.
Hasil operasi tersebut sehingga jam 3.30 ptg sebanyak 18 ekor telah berjaya ditembak, majlis penutupan program dijalankan yang mana liputan media yang membabitkan akhbar Melayu, Inggeris dan Cina telah dibuat. Saya mewakili JPMM Bukit Naning dan Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan fb, pasukan polis, pasukan menembak 3 kumpulan, perhilitan, ketua kampung Mukim Air Hitam dan orang ramai. Program menembak babi akan diteruskan ke kampung lain tanpa dimajliskan. Semoga masalah babi di kampung kita dapat dikurangkan. Gambar sedang diusahakan untuk diupload, lambat sangat...

Wednesday, February 8, 2012
KERJASAMA PARTI KOMPONEN AMAT PENTING
Dalam pilihanraya ke 13 ini, kerjasama antara parti komponen amat penting. Sikap mementingkan parti sendiri perlu dikikis dan sikap mementingkan diri sendiri perlu dibuang dalam menghadapi pilihanraya. Sikap bersatu padu yang ditunjukkan oleh parti pembangkang iaitu gabungan PAS,PKR dan DAP wajar dicontohi.
Jika melihat kepada aktiviti PR yang dilakukan sebagai contoh kain rentang yang dipasang mereka menampilkan pimpinan ketiga-tiga parti, tidak ada gambar kecil atau terbesar malah sama saiz gambarnya. Jika dilihat kepada ceramah pembangkang ketiga-tiga parti akan turun dan memberikan ceramahnya walaupun pimpinan itu tidak sehebat mana. Gerak kerja bersama dalam PR perlu dilihat positif oleh parti BN, ini kerana sikap berkerjasama di antara mereka ternyata membuahkan hasil walaupun mereka mempunyai mimpi yang berbeza.
Dalam pemerhatian ini, BN khususnya parti komponen UMNO,MCA dan MIC mesti bergerak secara seiring, tidak boleh meninggalkan tubuh badan lain dan tidak boleh mengkhianati antara satu dengan yang lain. Kerjasama antara parti komponen perlu ikhlas, teguh, bertenaga dan berwawasan. Jika parti komponen meninggalkan sikap pentingkan diri sendiri ia pasti akan menjadi lebih kuat dan mudah untuk menghadapi pilihanraya akan datang.
Saya percaya masih ada masa dan ruang untuk mengadakan kerjasama yang erat antara pimpinan parti.

Subscribe to:
Posts (Atom)