tag:blogger.com,1999:blog-4305689079665845702.post8211007428181480167..comments2024-02-15T20:14:43.447-08:00Comments on PERJUANGAN: Antara Guru Dan PolitikMOHD RADZI BIN HJ. AMINhttp://www.blogger.com/profile/02035717844254622975noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-4305689079665845702.post-71442712456189809722009-04-05T09:55:00.000-07:002009-04-05T09:55:00.000-07:00Sebagai warga pendidik,saya merasakan ada benarnya...Sebagai warga pendidik,saya merasakan ada benarnya dalam hujahan saudara. Pada pendapat saya,kedudukan guru sekarang tidak terjamin seperti dahulu lagi yang membolehkan guru di sekolah terlibat secara langsung dalam politik. Tetapi jika guru-guru yang sudah berkhidmat di bahagian yang lebih tinggi seperti di PPD, JPN atau KPM adalh lebih sesuai untuk melibatkan diri dengan politik. Dunia sekarang yang lebih mencabar membuatkan tugas sebagai seorang pendidik semakin mencabar. Lebih-lebih lagi guru sekarang ini sudah tidak lagi di sanjung tinggi oleh masyarakat seperti dahulu dimana guru disanjung tinggi. Dengan anak-anak didikan yang semakin berani mengikut arus pemodenan dari segi akhlak, perangai dan tingkahlaku, guru terpaksa berdepan dengan seribu macam karenah yang kadang-kala di luar jangkaan. Kuasa di tangan guru yang semakin hilang dan lenyap menyukarkan guru era globalisasi untuk mendidik anak-anbak didikan mereka dengan smepurna dari setiap aspek dalam melahirkan modal insan yang gemilang dan cemerlang. Adalah kurang wajar untuk menempatkan seorang guru yang mengajar di sekolah yang memikul segala tanggungjawab untuk melibatkan diri dalam bidang politik melainkan guru-guru bersara ataupun guru-guru yang tidak lagi berkhidmat di sekolah. Apa yang penting adalah pembinaan modal insan yang cemerlang, gemilang dan berjaya dari segala sudut aspek. Oleh itu, adalah lebih baik guru melahirkan ahli politik yang berjaya dari terlibat secara langsung dalam bidang politik. Dekad ini, ramai masyarakat di luar yang tidak lagi menghormati guru, memandang guru sebelah mata, mencari kesalahan guru, sering mengutuk guru dan menganggap guru adalah golongan berpendapatan rendah. Guru era kini lebih banyak dicerca, dikeji, dihina, dipersalahkan dan diperlekehkan daripada disanjung dan dipuji. Maka sama ada kemasukan guru akan menaikkan dan memantapkan lagi nama UMNO atau tidak, ianya tidak akan mendatangkan impak yang besar. Sebaik mana pun guru itu, guru itu tetap akan dikritik hebat.Sedangkan PM kita pun sentiasa dikritik hebat, inikan pula guru yang berpendapatan rendah. Apa yang penting ialah nawaitu seseorang. Orang melayu kita mudah melenteng, mudah terpengaruh dan penuh dengan PHD ( Perangai hasad dengki ). Selagi semua itu bersarang di hati selagi itulah bangsa melayu akan berpecah dan tidak akan bersatu. Orang melayu hanya akan bersatu apabila dicabar. Tetapi berkemungkinan semuanya akan terlambat.Justeru itu, orang melayu perlulah bangkit dan bersatu demi kedaulatan negara dan berfikiran secara logik, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata dan janji-janji manis terutamanya dari pihak pembangkang. Adalah lebih penting kita mempertahankan apa yang dah dicapai dan makin memperbaiki serta memajukan negara daripada mencuba sesuatu yang baru yang belum tentu ada arah tujunya dan mungkin memakan masa bertahun-tahun lagi untuk menstabilkan negara. Sokonglah kerajaan sekarang yang sudah mengembleng tenaga bertahun-tahun dalam memastikan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang baik dan selesa.'Sedangkan lidah lagi tergigit'.tapi bukan selalu kita tergigit lidah sendirikan.. Jadi fikirkanlah... Kekalkan apa yang ada dah perbaikinya ataupun terpaksa bermula dari bawah dengan pelbagai masalah yang lebih rumit untuk dihadapi.. Yang penting, orang Melayu...bangkitlah bersatu..Nietanoreply@blogger.com