Friday, February 26, 2010

MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA








26 Feb 2010 - Sek. Tinggi Chung Hwa, lebih 1,500 orang telah hadir di dalam Majlis Jamuan Makan Malam Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Tiong Hwa Muar yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato' Hj. Abdul Ghani Othman. Turut mengiringi beliau isterinya iaitu YAD Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Arifin, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Pengerusi Persatuan Tiong Hwa iaitu Dato' Ng Kok Hwa,Pegawai Daerah Muar, YDP Majlis Perbandaran Muar, Ketua Polis Daerah Muar, ADUN Bukit Naning, Ketua UMNO Bahagian Bakri, Ketua UMNO Bahagian Muar, Pengerusi JPMM DUN Bentayan, Pengerusi JPMM DUN Sungai Abong, Ketua MCA Bahagian Bakri, Ketua MCA Bahagian Muar dan ramai lagi yang mewakili persatuan Tiong Hwa termasuk keturunan Hokien, keturunan Hainan, keturunan Hokchiu, keturunan Kwongsai, keturunan Teo Chew, keturunan Hakka dan beberapa lagi keturunan termasuk ketua tokong,ketua penjaja, pengerusi SJKC Sing Hwa,Pengetua Chung Hwa High School.

Pertemuan ini adalah penting bagi menunjukkan sokongan masyarakat Cina terhadap kerajaan yang diikrarkan oleh Pengerusi Tiong Hwa, beliau berharap agar kerajaan akan lebih memantau projek-projek pembangunan yang dilihat menghadapi masalah, memastikan sikap kakitangan kerajaan yang turun ke padang, efisien dan komited, memohon tapak tanah untuk pembinaan replika tarian singa memandangkan pasukan tarian singa dan naga telah memenangi 32 kali kejohanan di peringkat antarabangsa.

YAB Menteri Besar juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 650,000.00 bagi melaksanakan peromohonan yang diminta oleh masyarakat Tiong Hwa termasuk sekolah, persatuan penjaja, tokong dan diharapkan sokongan yang baik dan padu dapat diteruskan kepada kerajaan Barisan Nasional. Beliau juga membandingkan Daerah Muar dengan Daerah lain yang mempunyai keunikan tersendiri dengan masyarakatnya yang mempunyai persefahaman yang baik. Toleransi antara kaum amat penting sepertimana yang dibawa oleh Perdana Menteri dan hasilnya adalah kemajuan ekonomi negara yang bertambah pulih. Muar juga dikenali sebagai bandar pengeluar perabot terbesar di Malaysia dan mempunyai pasukan tarian singa dan naga yang dikenali.

Kehadiran Ahli Parlimen Bakri iaitu DAP hendak menyerahkan memorandum di dalam majlis makan tidak kesampaian apabila dihalang oleh pihak berkuasa memandangkan program tersebut adalah sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA KAUM TIONG HWA DAN HARAPANN YANG TINGGI UNTUK MEMASTIKAN KITA BERSAMA DI DALAM MEMENANGI PILIHANRAYA AKAN DATANG.

Wednesday, February 17, 2010

Dato' Chua Jui Meng Turun Ke Pasar Muar

17 Mac 2010 - Dato' Chua Jui Meng yang sebelum ini menjadi Ahli Parlimen Bakri selama 4 Penggal dalam kerusi Barisan Nasional telah keluar untuk menyertai PKR dan kini merupakan Ahli Majlis Tertinggi PKR. Alasan beliau menyertai PKR kerana perjuangan beliau sama dengan perjuangan yang dibawa oleh PKR.Pada jam 9.30 pagi semalam,Dato' Chua bersama rombongannya seramai 40 orang telah mengunjungi pasar awam Muar dengan membuka kaunter akhbar/info PKR, bersalaman, menyerahkan akhbar lidah rasmi Keadilan berbahasa Melayu dan Cina. Dato' Chua yang merupakan veteran lama MCA mempunyai hubungan yang mesra dan memang ia dikenali oleh seluruh masyarakat kerana jawatan beliau sebagai Menteri.

Beliau yang beramah mesra dengan peniaga dan orang awam yang membeli barang dikawasan tersebut turut diikuti oleh Hj. Kusni Simoh yang merupakan Pengerusi PKR Cabang Bakri serta Ketua Angkatan Muda Ledang (Arab), Ketua Angkatan Muda Muar (Anuar) dan beberapa lagi pengikut mereka yang berada di Kuala Lumpur. Walaupun orang mengenali Dato' Chua namun ada juga memandang sinis dengan kemasukkan Dato'Chua ke dalam PKR kerana tidak berterima kasih kepada BN malah wujud cakap-cakap dari peniaga setempat tak lama lagi akan ramai orang PKR yang akan keluar parti. Keluarnya Datuk Seri Zahrain telah menunjukkan bahawa PKR semakin runcing dan krisis dalaman ini sudah pastinya akan memberi kesan kepada PKR dan DAP. Sehingga Menteri Besar Kedah menyatakan janganlah sampai melarat ke Kedah dengan krisis yang berlaku iabarat sebuah rumah jira yang terbakar sudah pastinya mereka perlu bersiap sedia.

Majlis Penyerahan Ang Pau

8 Feb 2010 : Majlis penyerahan bantuan kepada orang miskin di Bukit Bakri bersama Ketua Masyarakat Bakri Barat iaitu En.Sia Ka Tuan telah dijalankan di Pejabat MCA Cawangan Bukit Bakri. Seramai 30 orang telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh orang ramai bermula jalam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.

UMNO Bahagian Bakri menerusi wakilnya iaitu Tn.Hj. Rasid bin Hj. Suib telah menyampaikan beberapa kotak limau daripada Dato' Saipolbahari yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Bakri. Majlis berjalan dengan suasana tenang dan simpati dengan keadaan penerima yang dilihat kurang upaya. Termasuk orang tua, anak cacat dan ibu tunggal turut diberikan ang pau.

Sepanjang tinjauan saya, yang menariknya, penerima bantuan akan duduk sebaris dan dihadapan mereka ada kotak yang diisi dengan ang pau yang diberikan oleh dermawan. Namun sebelum itu, terdapat penyambut tetamu yang mengucapkan jutaan terima kasih kerana hadir dan mereka akan ke kaunter pendaftaran bagi memaklumkan berapakah jumlah sumbangan yang akan diberikan. Daripada kiraan pada hari tersebut, jumlah sumbangan yang diterima melebihi RM 20,000.00.

Mungkin kaedah ini boleh dicontohi oleh masyarakat Melayu.....

Friday, February 12, 2010

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

12 Feb 2010 jam 8.00 malam, satu Majlis Perasmian Menara Jam dan Sambutan Tahun Baru Cina anjuran bersama JKKK Bukit Bakri dan KRT Bukit Bakri telah diadakan. Seramai 250 orang telah hadir di dalam majlis tersebut. Antara pemimpin yang hadir adalah YB. Datuk Abdullah Ali (ADUN Bukit Naning), En. Sia Ka Tuan (Pengerusi JKKK Kampung Baru), En. Chris Lee Ching Yong (Pengerusi JPMM DUN Bentayan), Hj. Mohd Fuad Tukirin (Ketua Pemuda UMNO Bakri), En. Ali bin Tukiman (mewakili YDP MPM), En. Aridas (Pengerusi MIC Bakri), En. Rumsani Abd Rahman (Pegawai Perpaduan Muar), En. Lee Poh Ping (Ahli Majlis Perbandaran Muar) dan Mohd Radzi Amin (Pegawai JASA Daerah Muar.

Majlis dimulakan dengan persembahan gendang harimau bagi menerima acara sambutan daripada The Bakri Chinese Art Of Self Defence kemudian berjalan ke tapak perasmian jam besar yang terletak di selekoh jalan Bakri. Acara bunga api turut dijalankan dan diikuti dengan ucapan En. Sia Ka Tuan yang mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran. Kemudian ucapan Chris, namun ketika Chris naik ke pentas, Ahli Parlimen Bakri iaitu Er Teck Hwa bersama kumpulannya sekitar 20 orang telah datang ke meja utama dan bersalaman dengan jemputan. Selepas itu beliau meminta tarian gendang harimau dimainkan untuknya dan selepas itu beliau naik ke pentas dengan menyerahkan sampul surat kepada Chris. Beliau dengan lagaknya yang tidak menghormati majlis orang dianggap pengacau yang kononnya ia buat kerja. Kemudian beliau bersama kumpulannya telah pergi ke tempat jam besar dengan memacak sign board Tapak Pelupusan Sampah dan menunjukkan kepada media tentang soalan yang dibawa ke Parlimen.

Majlis diteruskan dengan ucapan Chris dan di dalam ucapannya beliau menekankan isu tapak pelupusan sampah amat penting untuk ditangani, Ahli Parlimen Bakri mempunyai harapan yang tinggi untuk beliau menyelesaikan isu sampah ini. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan ADUN Bukit Naning yang menyatakan bahawa isu sampah telah diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan amat peka untuk menangani masalah ini. Beliau sendiri telah bawa isu ini ke Dewan Negeri Johor ,Mesyuarat Tindakan Daerah dan Majlis Perbdandaran Muar. Tapak ini hanyalah sementara dan ia pasti akan dtutup,namun beliau meminta kepada penduduk agar bersabar seketika kerana tapak baru telah dikenalpasti namun ia memerlukan kajian daripada Jabatan Alam Sekitar untuk melihat kesannya di tapak pelupusan yang baru.

Daripada tindakan yang diambil oleh Ahli Parlimen Bakri telah menunjukkan beliau sendiri tidak berjaya menangani permasalahan sampah dan menyerahkan kepada Chris untuk menguruskan isu ini, ini menunjukkan seolah-olah berliau sendiri seperti menyerahkan mandat kepada Chris untuk menyelesaikan perakara ini. Jelas menunjukkan pembangkang tidakmampu melakukan apa-apa dalam menyelesaikan masalah rakyat, mereka hanya boleh bawa dan bercakap yang peranan itu boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja jika diberikan jawatan wakil rakyat.

Tuesday, February 9, 2010

Kita Mampu Menang Pada PRU 13

Pada hemat saya,dan saya yakin menerusi gerak nadi akar umbi, kita mempunyai ruang yang luas dan kekuatan yang baik bagi menawan kembali kerusi-kerusi yang kalah atau terlepas ke tangan pembangkang. Keyakinan ini dapat dilihat hasil tinjauan saya ke bawah dengan mendalami perkara-perkara utama untuk menang.

Persoalannya,adakah kita semua sudah bersedia untuk menerima tawaran kemenangan itu, adakah kita sanggup untuk memikul tanggungjawab sebagai prasyarat kemenangan. Kita mempunyai pelbagai kekuatan dalaman Bahagian dan luaran Bahagian, kerana inilah masa yang paling sesuai untuk kita bekerja dengan setulus hati,tanpa memikirkan prasangka buruk antara satu dengan yang lain,meletakkan kepentingan parti bukan diri dan kesediaan untuk berubah.

Gagasan 1Malaysia,kita mendahului masa,kita menjuarai isu dan kita mewakili semua bangsa perlu diterapkan dalam kepimpinan UMNO Bahagian Bakri agar mereka melihat yang kita benar-benar berjuang untuk rakyat.

Setelah diteliti tidak kuat mana pembangkang di Bakri, isu dalaman DAP, jentera yang terhad dalam PAS dan tiada sebarang momentum langsung daripada PKR adalah peluang terbaik untuk kita sama-sama mengambilnya. Tugas ini bukan tugas jabatan kerajaan sahaja, tugas ini bukan tugas badan NGO sahaja dan tugas ini tidak terbeban pada parti sahaja, tetapi kita perlu berganding bahu antara jabatan, badan NGO dan UMNO....namun siapa yang nak koordinate, inilah yang perlu kita sepakati.

Apabila kita memahami dan menginsafi tentang struktur,kita taat pada pemimpin dan bekerjasama untuk bersama kita pasti akan dihormati...Kita tidak ditertawakan oleh parti lain. UMNO, MCA,MIC,PGRM dan PPP harus duduk semeja, harus mempunyai tekad yang sama, kesedaran dan kesungguhan perlu ada dalam setiap sanubari pemimpin. Tidak mungkin lebih 50 tahun kita mentadbir kita membiarkan masa dan situasi mencorakkan kita. Kita mampu bangkit dan menggandakan apa yang dibawa oleh pemimpin terdahulu.

Kepada jentera UMNO tidak kira berjawatan atau tidak, kita adalah aktivis,kita adalah pejuang, kita jua adalah pendiding, kalau hanya seorang yang memberi wang seringgit kita hanya ada seringgit tapi kalau 20,000 ahli UMNO beri seringgit kita ada RM 20,000 untuk kita tundukkan parti lawan....

Selebihnya untuk mengetahui tips kemanangan bolehlah kita berbincang.....

Program JUARA RAKYAT Bahagian Bakri Bulan Kebajikan

Syabas dan tahniah kepada kepimpinan UMNO Bahagian Bakri kerana mendahului bahagian lain di Daerah Muar mengambil inisiatif untuk melaksanakan program JUARA RAKYAT Peringkat parlimen yang akan diadakan pada 19 dan 20 Februari 2010 di PESTA 1 dan PESTA 2.Berikut adalah aturcara program yang dijangkakan
19 Februari 2010 (Jumaat)
2.30 petang : Persiapan tempat
: Pameran dimulakan
5.00 petang : Acara sukaneka masyarakat
: Lawatan ke rumah orang sakit
7.30 malam : Majlis bacaan yassin dan tahlil

20 Februari 2010 (Sabtu)
8.30 pagi : Gotong royong perdana
10.00 pagi : Minum pagi
12.00 tengahari : Makan tengahari
2.30 petang : Majlis perasmian
: Ketibaan jemputan
: Ketibaan perasmi
: Lagu Bangsa Johor
: Lagu Negaraku
: Lagu Kita Juara Rakyat
: Ucapan Wakil Kaum India
: Ucapan Wakil Kaum Cina
: Ucapan perasmian Wakil Kaum Melayu
: Majlis penyampaian ang pau
: Minum petang dan bersurai
9.00 malam : Persembahan Pentarama “1Malaysia” di PESTA 2
Buat masa ini permit polis telah dipohon bagi perlaksanaan program juara rakyat. Datanglah beramai-ramai khususnya jentera UMNO dan BN yang ingin melihat kekuatan kita bertambah....sasaran peserta lebih 1,500 orang yang akan hadir.